Gadis terlanjur gusar masa depan

Gadis terlanjur gusar masa depan


     
SAYA seorang wanita yang masih belajar. Saya tahu hukum agama namun pada waktu 
usia muda selalu terikut-ikut ajaran syaitan.
Saya pernah terlanjur, tetapi saya sudah bertaubat. 


Saya tidak lagi bersama kekasih. Sekarang saya bersyukur dipisahkan, tetapi
takut menghadapi masa depan. 


Saya takut hendak menjalinkan hubungan serius dengan lelaki kerana bagi saya
hubungan yang dibina atas dasar kasih sayang dan nama Allah hendaklah 
dijalinkan dengan ikatan perkahwinan.




Saya teringin mencari lelaki beriman yang boleh membimbing saya ke syurga, 
tetapi berasa diri tidak layak mendapat semua itu.




Saya bimbang bakal suami tidak boleh menerima keadaan diri yang 
sudah terlanjur. 

Saya tidak tahu hendak bercerita kepada siapa kerana tiada siapa 
yang tahu mengenai diri saya. 

Kadangkala saya terfikir untuk terus tidak berkahwin kerana takut
 untuk berdepan dengan bakal suami jika dia tahu saya pernah
 bersama orang lain. 

Saya buntu, tidak tahu apa yang patut saya lakukan. 

SEDIH
Negeri Sembilan 



MASALAH terlanjur berlaku akibat pergaulan bebas antara
 lelaki dan perempuan bermula dengan suasana persekitaran seperti di 
rumah, sekolah dan kawan-kawan. 
Oleh itu, ibu bapa perlu sentiasa berwaspada terhadap pergaulan anak 
gadis mereka. 

Hadis Nabi ada menyatakan (maksud): “Janganlah sekali-kali seorang 
lelaki berduaan saja dengan seorang wanita, melainkan dengan 
didampingi seorang mahram.” (Hadis riwayat Bukhari) 

Selepas terlanjur, tiada yang boleh dibuat selain bertaubat 
kepada Allah semata-mata. Dosa zina boleh dihukum sebat 
100 kali sekiranya sabit kesalahan. 


Bagaimanapun, anda tidak dinasihatkan mendedahkan keaiban diri 
kepada umum. 

Ajaran Islam mengenai kesalahan zina bertujuan menjaga kesucian
 diri dan masyarakat daripada pergaduhan sesama sendiri dan menyekat 
wabak penyakit. 
Dalam urusan memilih jodoh, anda dinasihatkan supaya menyuarakan 
keinginan kepada ibu bapa. Mereka tentu mencari jodoh yang baik. 
Mencari jodoh sendiri melalui kenalan mungkin membawa fitnah dan 
maksiat seperti yang pernah berlaku pada diri anda.


0 comments:

Copyright © 2013 #cermin and Blogger Templates - Anime OST.