Kenapa Kita Membenci?

Kenapa Kita Membenci?


Aku ingin berkongsi pandangan bersama-sama para pembaca tentang persoalan "benci".
 Sebenarnya mengapa kita membenci??

Kalau dua orang yang bercinta berpisah, yang satu membenci yang satu lagi. Mengapa mereka membenci?Kerana kecewa?Mengapa perlu kecewa?Kerana tak dapat apa yang dihajati?Apa yang dihajati?Bahagia?Gembira?Adakah kalau kita tak berpasangan dengan si dia kita tak gembira?

Bagi dua kumpulan yang bertentangan ideologi politik. Mengapa mereka membenci?Kerana pandangan berbeza?Mengapa berbeza?Kerana satu pihak mahukan wang dan satu lagi mahukan Islam?Mengapa perlu wang dan Islam?Kerana mahukan bahagia?Habis tu,bahagiakah kita kalau berperang antara satu sama lain??

Jadi apabila kita membuka buku nota dan menyenaraikan kembali mengapa kita membenci.Sebenarnya kita membenci disebabkan perkara yang sememangnya tak berasas.Membenci kerana cinta, mengapa perlu bercinta jika kita membenci. Membenci kerana politik, politik tidak boleh dibina dengan membenci.Membenci kerana Islam, Islam bukan agama kebencian.Jadi bila dicongak sebenarnya kita tak patut membenci. Kita hanya perlu menyayangi.

Apabila tiada benci,InsyaAllah ada titik pertemuan di antara dua pihak yang bertelagah. Dan benci takkan wujud dengan sayang.Jadi buangkan lah benci,bawakanlah bunga kasih dan sayang.Dan kembangkan kewangian syiar Islam dalam kehidupan.Maka amanlah dunia ini....

0 comments:

Copyright © 2013 #cermin and Blogger Templates - Anime OST.