._-=+”*&[aKAn tIBa mASanYA NaNTi]&*”+=-_.

Auzubillahiminasyaitanirrajim,,,,
Bismillahirahmanirrahim,,,
Amat menyedihkan tatkala melihat peristiwa yang berlaku di sekeliling kita,,,yang penuh dengan perlanggaran fitrah,,, tambahan pula apabila ia berkaitan dengan orang yang kita sayang,,,
Ikutilah kisah ini,,,,







._-=+”*&[aKAn tiBa mASanYA NaNTi]&*”+=-_.

                Begitu indah hari ini yang dihiasi dengan langit yang cerah, awan yang putih memukau, langit yang membiru. Sang abid berjalan – jalan di sebuah taman sambil menghirup udara yang segar. Amat menyenangkan hati. Tiba-tiba mata sang Abid terlihat pada sepasang burung yang berkicauan di dahan sebatang pokok. Sungguh menggembirakan dan pasangan burung itu amat bahgia. “bilalah agaknya aku akan bahagia seperti itu.? Berterbangan dengan teman hidup, bergembira di sebuah tempat, berpayungkan langit yang biru, bertemankan angin yang mendayu sambil menyanyi dengan suara yang merdu tanpa diganggu oleh masyarakat sekeliling,” sang Abid bermonolog sendirian. Dia hanya mampu melepaskan keluhan kecil. Tiba-tiba dia teringat akan peristiwa masa lalu, namun dia hanya mampu berkata,,,,

“AKAN TIBA MASANYA NANTI”

                Sang Abid meneruskan lagi perjalanan di sekitar taman tersebut sambil memuji kebesaran Tuhan yang mencipta alam. “subhanallah, indahnya alam ini, agungnya Tuhan pencipta alam,” bisik sang Abid sendirian. Lalu sang abid menghala kearah sebuah kolam yang berada di taman tersebut. Dia ternampak dua ekor ikan yang berenang di kolam terbabit. Amat mengharukan, pasangan ikan tersebut tampak begitu bahagia sekali berenang dan berkejaran sesama sendiri. “ engkau sungguh bertuah wahai sang ikan, begitu bahagia dapat berkejaran sesama sendiri dengan pasanagnmu di dalam kolam, tempat yang tak mungkin diganggu dengan kebisingan alam manusia, tempat yang meskipun gelap namun amat cantik apabila disinari cahaya matahari, tempat untuk kamu boleh berenang sebebas bebasnya kerana habitat yang kamu duduki itu meliputi 2/3 dunia,” bisik sang Abid sendirian. Sedikit perasaan dengki menyelinap dalam diri sang Abid. Sekali lagi sang Abid teringat akan peristiwa masa lalu, namun dia hanya mampu berkata,,,,     

“AKAN TIBA MASANYA NANTI”

                Setelah penat berjalan di sekitar taman tersebut, sang Abid mencari-cari bangku agar dapat untuk dia melepaskan penat. Lalu sang Abid terjumpa sebuah bangku yang berada di bawah pokok yang rending lagi hijau. “Alhamdulillah,” sang Abid melepaskan penat dengan memuji Sang Pencipta. Lalu sang Abid mengeluarkan senaskhah al-Quran dari dalam koceknya. Tiba-tiba sang Abid terlihat pada 1 ayat yang berbunyi ;

Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur':26)

                Sang Abid termenung sendirian ketika mebaca ayat tersebut. Dan buat kali ketiganya sang Abid terkenang akan peristiwa masa lalu, namun dia hanya mampu berkata,,,

“AKAN TIBA MASANYA NANTI”

                 Sang Abid terus keluar dari taman yang indah tersebut, dalam perjalanan keluar, Abid hanya mampu memandang dengan tersenyum signboard yang tertera nama taman tersebut , “DUNIA YANG SEMENTARA”,,, lalu Abid berjalan ke destinasi seterusnya dengan hati yang tidak keruan dan tanpa tujuan. Tiba- tiba sang Abid terdengar satu suara, “ kenapa kau bersedih wahai teman? Aku melihat engkau seperti risau akan sesuatu perkara dan jika engkau izinkan, adakah engkau mahu berkongsi denganku?”, sang Abid hanya tersenyum dan berkata, “tidak usah wahai JIWAKU, tidak ada perkra untuk aku berkongsi denganmu, cukuplah hanya aku yang menanggungnya,,,”

                Adakalanya sang Abid berfikir, mengapa semua ini terjadi padanya? Adakah sang Abid terlalu jahat? Terlalu ego hinggakan tidak mempunyai hak untuk memiliki apa yang sepatutnya menjadi miliknya?,, Abid hanya mampu menggeleng kepala dan seketika hanya mampu menangis sendirian, terpaku dan bisu tak terkata apabila mengenangkan semua perkara yang terjadi padanya. Sang Abid masih lagi menangis teresak esak,,

Isk, isk, isk3,,,

Kisah Sebenar

                Setelah 2 tahun berlalu Abid belajar di sebuah institut, banyak perkara yang telah dia lalui dan beliau juga banyak menyertai aktiviti dakwah dan islam, banyak program yang disertainya. Beliau juga amat dipandang tinggi apabila berjaya menarik perhatian masyarakat institut terbabit kepada Islam tatkala Islam tenggelam di tempat tersebut. Beliau juga amat menjaga ikhtilat hinggakan terpilih sebagai Tokoh Pelajar pada Bulan Anti-Ikhtilat yang dianjurkan Persatuan Badan Islam di institutnya pada bulan lepas. Meskipun begitu, Abid juga mempunyai seorang sahabiah yang sering menjadi tempat untuk beliau berbincang dan member pandangan mengenai program-program keislaman di institute mereka dan sehingga saat ini kegiatan mereka masih tidak dapat dihidu oleh rakan-rakan mereka yang lain. Abid mengakui dia amat menyukai sahabiahnya itu dan pernah beberapa kali terfikir untuk mengambilnya sebagai isteri.

                Hinggalah pada suatu ketika, sang Abid kerapkali ber’SMS’ dangan muslimat tersebut sehinggakan rakan-rakan yang lain dapat menghidu perbuatannya itu. Dengan ego yang tinggi serta ilmu yang ada di dada, sang Abid hanya menyanggah kesemua kata-kata yang keluar dari mulut rakan-rakan beliau. Tanpa disedari, semenjak Abid dan muslimat tersebut menjalin hubungan yang ditaarifkan sebagi “COUPLE ISLAMIK” itu, banyak perkara yang dilupakan sehinggakan biah di institute mereka yang pada asalnya Islam semakin berubah kearah KEJAHILAN. Semua ini terjadi tanpa sedar. Abid sendiri semakin berani untuk meninggalkan amalan bersolat jemaah di masjid dan surau serta qiamullail juga semakin ditinggalkan.sudah terang lagi bersuluh, sang Abid yang dulunya zuhud, kini telah membawa fitnah kepada Islam, rakan-rakan lain semakin menjauhi beliau dan perkara ini langsung tidak dihirau oleh sang Abid.

                Hinggalah pada suatu malam,,,,,

                 Sang Abid terkejut apabila beliau bangun dari tidur, apa yang ada sekeliling hanyalah padang yang tandus, berbumbungkan matahari yang terik, berlantaikan pasir yang panas membara, berdindingkan udara yang berhaba. Apa yang terlekat di badan Abid hanyalah sehalai baju yang lusuh dan seluar pendek. Dalam keadaan dahaga dan lapar, Abid terlihat satu pancaran cahaya yang terang dan luas, dalam pancaran tersebut Abid seakan melihat sepasang kekasih yang leka dengan dunia cinta islamik mereka. Setiapkali sepasang kekasih itu berbual dan berbicara, pasti akan keluar perkataan “Allah”, “InsyaLlah”, Alhamdulillah”, dan “Allahuakbar”. Amat bahagia. Namun, seketika kemudian sepasang kekasih tersebut secara tiba-tiba dihentam dengan batu yang besar dan berapi, mereka digilis tanpa belas kasihan umpama mereka telah dihukum akibat daripada dosa yang amat besar, sepasang kekasih itu hanya mampu meraung dan meronta akibat kepanasan batu tersebut. Tidak cukup dengan itu, muslimat yang berada di situ juga turut diseksa dengan seksaan yang lebih dahsyat dari pasangannya itu dan Abid hanya mampu menangis apabila melihat pasangan tersebut diseksa, apa dosa mereka? Bukankah mereka bertemu kerana Allah? Bukankah hubungan yang terjalin di antara mereka itu suci? Pertanyaan tersebut hanya senayp tanpa jawapan…..persekitaran semakin gelap dan terdengar sayup-sayup suara pasangan yang diseksa itu tadi. Sang Abid masih lagi menangis dan apa yang menemaninya sekarang hanyalah air mata….

                Seketika kemudian datang pula cahaya yang kuning diiringi kelip-kelip cahaya berwarna hijau dan putih. Begitu tenang hati Abid tatkala melihat cahaya itu, hilang semua kegusaran yang berada di dalam hati sang Abid. Ditayangkan pula disitu dua insan yang berada di lokasi yang berlainan, tiada tanda-tanda yang menunjukkan mereka pernah berhubung, muka dua insan tersebut begitu bercahaya, meningkatkan lagi ketenangan dalam hati sang Abid. Dua insan tersebut hanya tertumpu pada kerja-kerja yang mereka lakukan, hanya kerja-kerja biasa dan segala perbuatan yang mereka lakukan hanyalah berpaksi kepada Allah swt dan apa yang membezakan hanyalah seorang muslimin dan seorang muslimat dan mereka juga tidak mengenali antara satu sama lain serta tiada tanda menunjukkan mereka AKAN mengenali antara satu sama lain. Abid masih terpaku dan amat mengejutkan apabila dua orang insane tersebut bertemu di sebuah taman yang amat indah, ditemani dengan burung-burung berkicauan yang mengeluarkan wangian yang amat harum dari kepaknya, bunga-bunga yang indah di sekeliling mereka yang sang Abid pun tidak tahu apakah jenis bunga itu, apa yang pasti mereka amat bahagia di sana  dan mesra berpelukan sambil dikipasi oleh sang bidadari yang cantik serta makan makanan yang amat lazat. Sungguh bahagia. Tiba-tiba……

BOOOMMM!!!

                Sang Abid terkejut dan terbangun dari lena. “Astaghfirullah” sang Abid beristighfar bersyukur pada Tuhan semesta alam kerana masih diberi peluang untuk hidup. Beliau memikirkan apakah maksud mimpi yang dialaminya tadi, beliau keliru dan merasakan beliau perlu untuk merubah sesuatu perkara, namun, apakah perkara itu,? 

Nota Terakhir

Abid meneruskan kehidupan seperti biasa dan menulis sesuatu di atas sekeping kertas. Setelah menulis, sang Abid meletakkan di dalam sebuah al-Mathurat dan diletakkan di bawah meja sahabiah yang dicintai nya….

Nota itu tertulis…..

Pertama sekali ana ingin meminta maaf atas segala perbuatan yang ana lakukan, mungkin apa yang ana ingin katakana ini mengguris hati enti kerana kita telah berjanji untuk bersama selama lamanya, namun jujur ana katakana bahawa ana amat menyintai enti sedalam dalamnya dan ana amat yakin dan percaya kita akan bersama sekiranya Tuhan izinkan. Atas dasar inilah ana mengambil keputusan untuk meninggalkan enti dan jangan sia siakan ilmu yang kita ada sayangku. Ana juga tidak mahu insan yang ana sayang turut sama menanggung dosa ini kerana ana amat menyayangi enti. Keperitan hati ini untuk meninggalkanmu amat pedih berbanding dengan apa yang enti bayangkan, menangislah jika itu dapat menenang hati enti dan dekatkanlah hati enti dengan tuhan. Dan untuk akhir kalam, ana ingin katakan apa yang kita lakukan sebelum ini hanyalah mainan syaitan semata-mata. Tiada perubahan yang kita lakukan, malahan kita semakin jauh dari Allah swt. Apa yang kita dapat sekiranya hanya mulut mengeluarkan kata-kata Islam tetapi segala amalan dan hati kita dicemari dengan dosa dan menghabakan diri kita pada syaitan? Moga enti sabar akan keputusan ini dan kembalilah pada jalan yang sebenar… akn tiba masanya nanti,,,,wallahualam,,,

aBId

Keputusan Terbaik

                Sang Abid menyapu air mata yang mengalir di pipi dan menenangkan hatinya dengan ucapan pujian kepada Tuhan yang maha Esa. Tatkala itu, seorang lelaki dengan muka sejernih air setenang angin, harum mewangi suasana sekeling bak wangian kasturi, berjubah putih disamping serban yang dililit kemas di kepala, angin yang mendayu bermain-main dengan ekor serban di belakang kepala insan tersebut. Dia menghulurkan tangan kepada Abid sambil tersenyum mesra umpama memahami masalah yang dihadapi sang Abid. Abid menyambut mesra dan mereka beriringan berjalan ke suatu tempat.

Abid       :               Kemana kita akan pergi wahai teman?

Insan tersebut hanya tersenyum….

Insan     :               Akhirat yang kekal abadi……

                Mereka terus berjalan dan akhirnya hilang di sebalik kabus dan memutih di taman yang indah tersebut……

_-+^+-,-*&${kAMi NaK cOUpLe LePAs NiKAh…..MUKTAMAD!!!!}$&*-,-+^-_




0 comments:

Copyright © 2013 #cermin and Blogger Templates - Anime OST.