.,-=+[&*Memartabatkan Sekolah 1 Jantina*&]+=-,.

.,-=+[&*Memartabatkan Sekolah 1 Jantina*&]+=-,.

Dulu

1.  “memandangkan kadar peningkatan keputusan sekolah kita semakin menurun, kita perlu memulakan penyertaan pelajar perempuan ke sekolah kita,” ucap seorang Guru.

2.  “mengapa kita perlu menolak kemasukan pelajar perempuan? Cuba kamu lihat sekolah yang bercampur, mereka semua cemerlang,” kata seorang Guru.

3.  “saya amat tidak berpuas hati dengan tindakan bekas pelajar sekolah kita yang berterusan membantah tindakan kita yang berusaha untuk menaikkan martabat sekolah kita,” bagitahu seorang Guru

4.  “saya amat yakin dan percaya bahawa dengan kemasukan pelajar perempuan ke sekolah kita akan membawa petanda baik kepada pencapian prestasi sekolah kita,” ujar seorang Guru.

5.   “wahai ibu bapa sekalian, usah kamu semua risau dengan anak-anak kamu kerana pihak kami akan menjaga mereka dengan sebaiknya,” janji seorang Guru.

6.  “saya percaya sekolah kita akan membuka lembaran baru dengan penuh kecemerlangan,”  bicara seorang Guru.


Sekarang


1.  Berdiam diri

2.  Berdiam diri

3.  Berdiam diri

4.  Berdiam diri

5.  Berdiam diri

6.  Berdiam diri


p/s – disini saya tidak mahu membuka perbalahan di kalangan pelbagai pihak. Saya hanya ingin membuka sedikit kesedaran dari pihak yang terbabit mengenai kejadian di salah sebuah sekolah. Dahulunya mereka cemerlang sebelum kehadiran guru tersebut. Lahirnya pelajar yang cemerlang dari pelbagai peringkat usah dikira banyak dan ramainya. Pelbagai anugerah yang diterima oleh sekolah tersebut samada di peringkat negeri, kebangsaan mahupun antarabangsa.

Sekolah itu juga amat aktif dengan aktiviti keagamaan sehinggakan menjadi tempat rujukan badan dakwah di sekolah lain. Meskipun ada aktivitiini yang mendapat halangan dari sekolah sendiri, namun itu lah ujian yang dihadap mereka dan  mereka yakin itu merupakan ujian dari Allah swt untuk diganti dengan kecemerlangan yang akan diberi oleh-Nya.

Namun, semuanya berkecai tatkala dikejutkan dengan keputusan seorang guru pada tahun 2010. Dia berusaha dengan pihak pendidikan agar dimasukkan pelajar perempuan ke sekolah tersebut  seolah olah dia terlupa akan siapakah golongan yang akan membawa fitnah terbesar kepada umat seperti dalam sabda Nabi Muhammad saw. Dia mengambil keputusan tersebut seolah olah dia terlupa akan agenda pihak-pihak tertentu yang menyokong perjuangan Israel yang berusaha mencampur adukkan system pendidikan di dunia. Dia mengambil keputusan seolah olah dia terlupa akan perjuangan guru-guru yang berusaha memartabatkan pelajar lelaki di sekolah tersebut. Keputusan yang telah diambil seolah olah dia terlupa bahawa Allah swt yang mengurniakan kejayaan kepada sekolah tersebut. Keputusan yang diambil seolah olah dia terlupa akan kegagalan pengurusannya dalam pentadbiran sekolah. Keputusan yang diambil juga seolah olah dia sengaja mengejek keupayaan pelajar lelaki di sekolah tersebut. Inilah contoh kepada manusia yang tidak tahu bersyukur.

Ingin ana katakan bahawa apa yang ana ujarkan ini bukan berdasarkan emosi, bahkan berdasarkan fakta-fakta yang diperoleh dari sekolah tersebut. Meskipun apa yang ana ingin katan ini sudah terlewat, namun ini merupakan perjuangan yang berterusan. Demi memartabatkan pelajar lelaki dan menyelamatkan system pendidikan.

Oleh itu, “BERSAMA MEMARTABATKAN SEKOLAH 1 JANTINA”      




 

















0 comments:

Copyright © 2013 #cermin and Blogger Templates - Anime OST.