TAriKh KeRAmAt ::: 9 JULAI 2011 ::: 1400PM :::

 Assalamualaikum warahmatullhiwabarakatuh kepada para bloggers sekalian... untuk sekian kalinya kita bersyukur ke hadrat Allah swt kerana masih dikurniakan 2 nikmat yg terbesar yakni nikmat iman dan nikmat islam...kedua selawat serta salam ke atas junjunagn Nabi Muhammad saw yg merupakan Utusan terakhir bagi umat yg terakhir....


Pada kali ini mungkin ana tidak membicarakan mengenai kehidupan dan percintaan... namun pada kali ini insyaallah ana membongkarkan sedikit mengenai isu semasa iaitu BERSIH 2.0 pada 9 JULAI 2011...


Setelah ber Blog Walking pada pagi hari... ana terlihat pada 1 post d blog mengenai tuntutan Bersih 2.0 pada kali ini...


pada hemat ana, ini merupakan satu gelombang kebangkitan rakyat yg seterusnya setelah terjadinya Bersih 1.0 pada 2007 dahulu.... Bersih 1.0 menuntut hnya empat tuntutan, namun amat mengecewakan semuanya tidak dilaksanakan oleh pihak kerajaan dan SPR.... jadi pada tahun ini yakni 9 JULAI 2011 pihak Bersih 2.0 di bawah kepimpinan NGO yang diketuai Ambiga menuntut LAPAN tuntutan yang diserahkan kepada Yang DiPertuan Agong di Stadium Merdeka, tuntutan-tuntutan tersebut adalah seperti berikut :_


1. Bersihkan senarai undi
• Senarai undi harus dibersihkan dengan segera untuk menyingkirkan ‘pengundi hantu’ seperti orang yang telah meninggal.
• Pendaftaran pengundi automatik yang diselarikan dengan senarai Jabatan Pendaftaran Negara boleh menyelesaikan masalah pengundi hantu dalam jangka masa panjang.


2. Mereformasikan undi pos
• SEMUA pengundi seharusnya dibenarkan untuk mengundi melalui undi pos atau mengundi lebih awal sekiranya seseorang individu itu tidak dapat berada di kawasan pengundian semasa hari mengundi.
• Anggota polis dan tentera yang tidak bertugas harus mengundi seperti biasa pada hari mengundi.
• Undi pos mesti dijalankan dengan telus! Agen parti politik harus dibenarkan untuk memantau proses undi pos.


3. Gunakan dakwat kekal
• Penggunaan dakwat kekal boleh mengelakkan seseorang (atau pengundi hantu) daripada mengundi beberapa kali.


4. Masa kempen minima 21 hari
• Masa yang lebih panjang diperlukan untuk calon menyebarkan maklumat, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman. Contohnya, pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini diberi masa kempen 10 hari sahaja.
• Pada 1955, ketika era pemerintahan penjajah, pilihanraya mempunyai masa kempen sepanjang 42 hari. Manakala semasa Pilihanraya Umum ke-12 pada 2008, masa kempen 8 hari sahaja.

5. Akses media yang bebas dan adil


• RTM dan Bernama adalah agensi media yang dibiayai oleh kerajaan. Mereka sepatutnya memberi liputan yang seimbang dan adil untuk semua parti yang bertanding.• Parti politik harus dibenarkan untuk membuat pengiklanan tanpa sebarang diskriminasi dan penapisan.
• Ini adalah mengenai keadilan! Semua media perlu memberikan hak untuk semua parti membalas kepada tuduhan-tuduhan negatif terhadap mereka.


6. Kukuhkan institusi awam


Institusi awam dan kakitangan kerajaan harus tidak berat sebelah dan menegakkan undang-undang dan demokrasi. Institusi awam harus direformasikan supaya bertindak secara bebas, menegakkan undang-undang dan melindungi hak asasi manusia.Contohnya :
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hendaklah memastikan pilihanraya yang bebas dan adil.
Badan Kehakiman harus memelihara kebebasannya dan menegakkan kedaulatan undang-undang tanpa gentar atau memihak.
Peguam Negara perlu bertindak secara tidak berat sebelah dan mengutamakan kepentingan rakyat.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia harus bertindak dengan adil dan menghentikan pendakwaan selektif dan penyalahgunaan kuasa.
Polis Di Raja Malaysia perlu bertindak secara profesional dalam melaksanakan tugas dan menegakkan kedaulatan undang-undang.


7. Hentikan rasuah


Rasuah adalah kegiatan mencuri dari rakyat untuk kepentingan peribadi. Rasuah menyebabkan orang kaya bertambah kaya dan golongan miskin semakin miskin.
Pembelian undi harus dihentikan!
Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 mesti dikuatkuasakan.


8. Hentikan politik kotor


BERSIH 2.0 menuntut SEMUA parti politik untuk menghentikan politik kotor.


::: itulah LAPAn tuntutan BERSIH 2.0 pada kali ini, insyaALlah segalanya akan berjalan dengan lancar dan moga segala usaha yang diwakili wakil2 rakyat Malaysia akan mendapat berkat dari Allah swt dan akan dipermudahkan oleh-NYA...wallahualam...





.-=#&*SaLAm DeMOkRAsI*&#=-.

0 comments:

Copyright © 2013 #cermin and Blogger Templates - Anime OST.