PERUTUSAN AIDILFITRI 1432H / 2011M


 PERUTUSAN AIDILFITRI 1432H / 2011M 

ALLAHUAKBAR 7x
WAHAI TUHANKU, LAPANGKANLAH DADAKU,
PERMUDAHKANLAH SEGALA URUSANKU,
LEPASKANLAH SEGALA SIMPULAN YANG BERADA DI LIDAHKU,
AGAR MEREKA FAHAM KATA-KATAKU.

            Assalamulaikum warahtullahiwabaraktuh serta salam sejahtera Khalifah Junior ucapkan kepada sidang pembaca sekalian amnya serta para Bloggers khususnya.
            Pertama dan selamanya serta tiada akhirnya, bersamalah kita panjatkan kesyukuran kehadrat Ilahi di atas nikmat yang diberikan kepada kita yakni masih lagi diberi peluang untuk menikmati hari kemenangan pada Tahun 1432H ini. Kedua, selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

            Allhamdulillah juga pihak Khalifah Junior ucapkan kerana Allah masih lagi memberi peluang bagi pena ini terus menari bagi menyebarkan risalah-risalah yang tak seberapa ini bagi mematuhi tuntutan Nabi Muhammad SAW,

“Sampaikanlah dariku walau sepotong ayat”

            Bagi perutusan kali ini, ingin ana mengambil sedikit muhasabah dari hadis yang diriwayatkan oleh Muslim :

  
            Tatkala melihat kepada hadith ini, ana merasakan betapa sedikitnya amalan yang akan dibawa kelak sebagai bekal di Padang Mahsyar yang panas terik nanti. Tambahan lagi, sudahlah hanya tiga yang tidak terputus, jika nyawa kita diambil ketika muda? Bagaimana dengan peluang yang ke tiga? Iaitu doa anak yang soleh yang mendoakan untuk kita? Bagaimana anak itu mendoakan kita sedangakan kita belum berkahwin?

            Oleh itu, dapat lah kita specifickan perkara ini iaitu :

1.    Sedekah yang mengalir (Jariah)
2.    Ilmu yang bermanfaat

SEDEKAH YANG MENGALIR (JARIAH)

            Bukanlah niat kita untuk membangkitakan hal yang lama kerana itu hanyalah akan mengakiskan sifat ikhlas di dalam diri kita, apa yang cuba untuk kita fikirkan adalah adakah sebelum kita mengecapi Hari Kemenangan yakni Aidilfitri ini, sudah cukupkah sedekah yang kita laburkan? Meskipun Allah swt memberi peluang kepada kita selama 30 hari? Meskipun Allah swt memberi kita 24 jam 1 hari? Meskipun Allah swt memberi kita 7 hari dalam seminggu?
            Mungkin ada jawapan yang mengatakan sudah cukup atau tidak cukup atau sederhana. Persoalan ini tidak memerlukan jawapan melalui lisan, kerana ia berkaitan dengan amalan kita. Jadi, hanya amalan kita yang menjawabnya.

ILMU YANG BERMANFAAT

            Seperti pada awalnya, sepotong hadis dari baginda Rasulullah SAW

“Sampaikanlah dariku walau sepotong ayat”

Membawa makna sebarkanlah apa sahaja dari Rasulullah walau sepotong ayat, meskipun ilmu yang akan kita sampaikan itu kecil sehinggakan kita menyangka kita akan diejek oleh rakan seprjuangan, dipulau oleh sahabat sefikrah, namun percayalah, hanya Allah swt yang tahu nilainya yang sebenar.

            Apa yang perlu kita yakinkan ialah, pandangan di sisi manusia totally berlainan dengan pandangan di sisi Allah swt.

KESIMPULAN

            Jika difikirkan balik, mungkin ada sidang pembaca sekalian akan mempersoalkan, mengapa perlu kita pertikaikan amalan kita? Mengapa kita perlu persoalkan segala sedekah kita? Mengapa kita perlu mengukur sebanyak mana ilmu yang kita curahkan? Sedangkan masih banyak hal-hal yang perlu kita lakukan. Biarlah Allah yang menentukan serta menilai semua amalan yang kita lakukan.
            Bagi persoalan ini, suka untuk ana mengemukan kata-kata dari Sahabat Rasulullah SAW sendiri yang digelar Al-Faruq yakni pemisah antara haq dan yang batil, iaitu Saidina Umar al-Khattab.

“HISABLAH DIRI KAMU SEBELUM KAMU DIHISABKAN”

Di sini jelas Saidina Umar berpesan kepada kita bahawa kita perlu menghisab yakni mengira setiap amalan kita untuk dihadapkan ke muka pengadilan kelak. Jika kita merasakan sudah cukup, adakah yang cukup itu benar-benar cukup?
Bersamalah kita renungkan…

            Oleh itu, akhir kalam, sekian sahaja tarian pena bagi perutusan Aidilfitri 1432H bersamaan 2011M ini. Moga-moga segala salah silap serta terkasar bahasa diampunkan serta bersamalah kita menghayati Hari Kemenangan ini dengan penuh berkat dan ingalah, ini lah masanya untuk kita kembali semula kepada Fitrah.

TINGGAL YANG KERUH, AMBIL YANG JERNIH.
SALAM AIDILFITRI, SALAM MUHASABAH SERTA SELAMAT BERAMAL.
WALLAHUALAM…


            

2 comments:

mira said...

Salam Aidilfitri :)
maaf zahir dan batin, semoga ceria2 selalu. :)

RuMaH TuA said...

salam raya....

Copyright © 2013 #cermin and Blogger Templates - Anime OST.