Perutusan Ramadhan al-Mubarak 1432H / 2011M

Perutusan Ramadhan al-Mubarak 1432H / 2011M

            Assalamualaikum serta salam sejahtera kepada sidang bloggers sekalian, pertama sekalinya pihak Khalifah Junior ingin merakamkan ribuan terima kasih di atas kesudian menjenguk lagi blog yang tidak seberapa ini. Mungkin juga masih belum terlewat bagi pihak kami ingin mengucapkan Salam Ramadhan al-Mubarak kepada mana-mana bloggers yang Muslim terutamanya dan rakyat Malaysia amnya. Pertama sekali marilah kita jenguk akan ayat daripada Allah swt dalam surah al-Baqarah :


Maksud: "Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan berpuasa atas kamu sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa." : 2;183

            Di sini Allah swt telah menyatakan kewajipan berpuasa kepada umat Islam pada tahun 2 hijriyah dan Rasulullah saw berpuasa Ramadhan selama 9 tahun sebelum Baginda meninggal dunia.
            Kita patut besyukur di atas kurnian Allah swt yang masih lagi member peluang kepada kita sebagai tetamu-Nya di bulan Ramadhan ini dan perlu diingatkan selama 30 hari Ramadhan ini telah dibahagikan pula sebanyak 3 bahagian yang mempunyai penganugerahan yang berbeza :

Awal Ramadhan = Rahmat

Pertengahan Ramadhan = Keampunan

Akhir Ramadhan = Pelepasan dari api neraka

            Oleh itu amatlah rugi jika kita tidak memanfaatkan bulan yang mulia ini dengan sebaiknya. Peluang yang diberi oleh Allah swt kepada hambanya dalam bulan Ramadhan juga adalah sebagai peluang untuk bertaubat kerana di dalam bulan ini pintu Taubat dibuka seluas luasnya dan pintu Neraka ditutup serapat-rapatnya. Oleh itu, setiap mu’min perlu bersungguh-sungguh dalam melakukan ibadat terutamanya bagi yang hendak mengkhatamkan al-Quran. Jika hendak bersungguh sungguh ingin khatam al-Quran perlu merangka strategi yang baik agar masa yang akan digunakan tidak membazir dengan begitu sahaja.


            Bulan Ramadhan juga bulan untuk membentuk disiplin diri yang tinggi serta agar dapat memupuk semangat juang yang tinggi dari kalangan umat Islam. Jika difikirkan semula, sememangnya banyak peristiwa penting yang terjadi dalam bulan yang mulia ini seperti :

Pembukaan Kota Makkah (10 Ramadhan 8 Hijrah) :
Rasulullah SAW keluar bersama 10 ribu pasukan perang dari kaum Ansar & Muhajirin menuju Makkah bagi membebaskannya dari kemusyrikan. Usaha ini berhasil dengan gemilang tanpa menitiskan darah ke bumi walau setitik.
Perang BADAR (17 Ramadhan 2 Hijrah): Perang yang membawa kemenangan spektakuler yang dialami kaum muslimin meski dengan jumlah dan peralatan perang yang jauh daripada kemampuan kaum kuffar ketika itu. Nabi SAW ketika ini berusia lebih kurang 55 tahun.Banyak ibrah yang dapat diambil dalam perang ini.
Perang Ain Jalut (25 Ramadhan 658 Hijrah): Perang besar antara kaum muslimin dan Tartar yang berakhir dengan kemenangan kaum muslimin.

Penaklukan Wilayah Andalus (28 Ramadhan 92 Hijrah): Tariq bin Ziyad memimpin armada Islam berjumlah 7 ribu orang menyeberangi laut yang memisahkan Afrika dan Eropah. Pertolongan Allah membantu tentera Islam yang kurang jumlahnya daripda tentera musuh yang jumlahnya berlipat kali ganda.

Khalid Al-Walid memusnahkan patung al-Uzza di Nakhla pada lima hari sebelum berakhir Ramadhan

Peperangan Zallaqah,Portugal (Ramadhan 459 Hijrah): Tentera muslimin pimpinan Sultan Yusuf melawan tentera kristian pimpinan al-Fonso IV. Dalam masa yang singkat Sultan Yusuf berjaya menguasai seluruh Sepanyol dan menyelamatkan umat Islam.


            Deretan peristiwa ini menunjukkan bahawa umat Islam pada zaman dahulu amat teguh dalam menghidupkan bulan yang mulia ini meskipun berhadapan dengan peperangan terutama Peperangan BADAR. Di situ bagaimana kita dapat melihat dengan bilangan bala tentera Islam yang sedikit dapat memenangi peperangan ke atas pihak musuh yang jauh lebih ramai.
            Oleh itu, bersamalah kita menghidupkan Ramdhan Kareem ini dengan perkara-perkara yang member manfaat kepada kita serta anggaplah ini merupakan Ramadhan yang terakhir bagi kita dan moga-moga kita dipermudahkan oleh-Nya untuk bertemu dengan malam Qadar kelak, wallahualam…=)


.-=&*[{%sAlAm PeStA IbADaH 1432/2011%}]*&=-.

0 comments:

Copyright © 2013 #cermin and Blogger Templates - Anime OST.