.=%[&: Aku : Kamu : Mereka :&]%=-.

.=%[&: Aku : Kamu : Mereka :&]%=-.

Bismillahirrahmanirrahim….
Kesyukuran yang tiada akhirnya….
Diucapkan dari seorang insan yang lemah lagi hina…
Yang sering mendapat kemurkaan dari Tuhannya sendiri….

Tarian pena mula menari….
Mengikut rentak hati…
Yang sentiasa berbisik pada hati….
Tarian pena mula bergerak…
Mengikut kata hati….
Yang sering menginsafi nasib diri…
Tarian pena mula mengatur langkah….
Mengikut rentak jiwa…
Yang sentiasa terombang ambing dalam kehidupan….
Namun begitu, semuanya bermula….
Diantara…

AKU KAMU dan MEREKA….

Aku yang selalu merenung nasib dalam perjalanan hidup yang panjang…
Aku yang masih tiada hala tujuan hidup…
Aku yang masih meraba-raba dalam kegelapan…
Aku yang masih buta dalam pencarian…
Aku yang masih mentah dalam mengharungi liku-liku kehidupan….
Aku yang masih tidak matang dalam pendirian….
Aku yang masih mengharapkan pertolongan….

Amat jauh berbeza dengan KAMU…

Kamu yang sering mencapai apa yang diinginkan….
Kamu yang selalu mendapat apa yang kamu harapkan…
Kamu yang amat jarang mendapat perkataan GAGAL dalam kehidupan…
Kamu yang sentiasa tenang menghadapi ujian….
Kamu yang sering mendahului dalam setiap persaingan…
Kamu jua yang menyebabkan aku sentiasa cemburu dalam kehidupan…
Namun, percayalah….

Semua kerana MEREKA…

Mereka yang tidak kenal penat lelah…
Mereka yang sentiasa memberi kata-kata semangat…
Mereka yang sering berpenat lelah dalam ujian….
Mereka yang tidak kenal berhenti dalam perjuangan…
Mereka yang mempunyai SATU HATI…
Mereka yang mempunyai SATU IKATAN…
Mereka yang mempunyai SATU MATLAMAT…
Mereka yang mempunyai SATU TUJUAN…
Mereka yang hanya berjuang di bawah SATU NAMA….

Ya Allah ya Tuhan Kami…
Tetapkanlah pendirian kami…
Tetapkanlah ukhwah kami bersama mereka…
Kekalkan keCINTAan kami kepadaMu…
Kekalkan Ukhwah kami keranaMu…
Hanya kepadaMu tempat kami memohon pertolongan dan perlindungan….
Untuk kesejahteraan dan perhubungan..

Antara KAMI dan MEREKA….


0 comments:

Copyright © 2013 #cermin and Blogger Templates - Anime OST.