.-=;”&%+~KEPIMPINAN DAN PELAJARAN ; ANTARA FITNAH DAN TANGGUNGJAWAB~+%&;=-.

.-=;”&%+~KEPIMPINAN DAN PELAJARAN~+%&;=-.

.-=;”&%+~ANTARA FITNAH DAN TANGGUNGJAWAB~+%&;=-.


            Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh, pertama dan selama-lamanya serta tiada akhirnya syukur kehadrat Allah SWT diatas kurniaan yang diberikan-NYA yang tidak ternilai harganya. Seterusnya selawat serta salam kepada Nabi Muhammad SAW.

            Entry kali ini mungkin berbeza dari sebelum ini yang hanya berkisar mengenai cinta serta pengalaman yang dialami Admin, namun ini mungkin banyak berkisar mengenai tanggungjawab kita sebagai seorang muslim yang dilantik oleh Allah SWT sebagai Khalifah di muka bumi.

KEPIMPINAN

            Tidak dinafikan bahawa kita sememangnya lahir untuk memimpin tambahan pula kita sebagai lelaki dan paling kurang adalah sebagai pemimpin kepada diri sendiri. Bagaimana kita memimpin diri kita dari dihasut oleh hawa nafsu, bagaimana kita pimpin diri kita agar terbela maruah diri sendiri disamping tidak meinggalkan ibadat kepada Allah SWT sebagaimana firmanNYA melalui surah az-Zariyat ; 56 :


Selain dari itu, hadis dari Nabi Muhammad SAW :

“Setiap orang daripada kamu adalah penggembala dan setiap seorang dari kamu akan ditanya perihal penggembalaannya. Pemimpin adalah penggembala dan akan ditanya perihal penggembalaannya. Seorang lelaki adalah penggembala dalam keluarganya dan akan ditanya perihal penggembalaannya. Seorang wanita adalah penggembala dalam rumah suaminya dan akan ditanya perihal penggembalaannya. Buruh adalah penggembala dalam harta majikannya dan akan ditanya perihal penggembalaannya. Jadi setiap seorang dari engkau semua itu adalah penggembala dan tentu akan ditanya perihal penggembalaannya.” "


(Muttafaq 'alaih)


 dan

"siapa yang mengucapkan kalimah lailahaillallah dia adalah daie"

            Jadi memang hak masing-masing jika ingin memimpin sesebuah organisasi dan jika ingin menjawat sesebuah jawatan selagi mengikut kemampuan mereka.

PELAJARAN

            Mengenai pelajaran, teringat kembali hadis dari Nabi Muhammad SAW yakin :

"menuntut ILMU adalah satu kewajipan kepada setiap muslim"

            Disini Nabi menyeru umatnya agar menuntut ilmu samada ilmu Fardhu Ain atau Fardhu Kifayah. Jika difikir secara logic pula, sememangnya manusia memerlukan ilmu jika ingin hidup di muka bumi meskipun berada di taraf paling rendah. Meskipun apa yang dikatan oleh para sejarawan bahawa kewujudan manusia pada zaman Mesolitik, Neolitik, Logam adalah palsu serta dongeng, namun jika betul pun, apakah segala yang mereka lakukan pada zaman mereka seperti hidup berpindah randah serta terciptanya senjata-senjata pada zaman dahulu, apakah itu semua bukan ilmu? Baiklah, kita ambil pandangan yang benar-benar berlaku, pembinaan Kaabah, pembinaan Masjidil al-Aqsa, terbinanya Masjid as-Sakhrah atau dikenali sebagai Dome of Rock, apakah jika manusia ingin melakukan itu semua manusia tidak memerlukan ilmu? Jawapannya bukan PERLU kepada ilmu, tetapi WAJIB mempunyai ilmu kerana itulah yang akan menjamin kesejahteraan hidup bagi seorang manusia tambahan pula manusia yang bakal memimpin dunia kelak. Juga firman dari Allah SWT melalui surah al-Mujadalah; 11 :



            Fikirlah wahai sahabat serta sahabiah sekalian, disini bukan Perdana Menteri yang mengangkat darjat, bukan Sultan yang mengangkat darjat bahkan Allah SWT, our own creator yang mengangkat darjat kita, hanya kerana apa? Kerana ILMU. Hebat bukan? Hanya dengan ilmu, Yang Maha Pencipta mengangkat darjat Makhluk-NYA.

FITNAH DAN TANGGUNGJAWAB

            Namun…

            Disebalik keghairahan dalam mengejar apa yang diimpikan diatas dunia ini, kononya ingin mengejar keredhaan Allah SWT, kononnya ingin meyeru manusia kearah menjalankan syariat Allah SWT serta berubah menjadi umat Nabi Muhammad SAW yang lebih baik. Manusia terlupa akan kesan kepada SATU LANGKAH yang diambilnya.

            Admin teringat kepada beberapa sahabat Admin bertanya “kenapa enta tidak mengambil calon pilihanraya kampus?”, “bakpo tok amek borang nyoh? Kalu mung amek, tobak aku ngundi mung doh,”. Bertepatan pada waktu ini IPG Kampus Dato’ Razali Ismail dilanda ribut Pilihanraya Kampus bagi penjawatan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar pada masa akan datang. Namun Admin hanya tesenyum meskipun pertanyaan serta teguran itu hanyalah gurauan secara spontan dari beberpa orang sahabat dan sahabiah. Sambil-sambil tersenyum, Admin memikirkan kembali informasi serta hukuman dan ujian dari Allah SWT tatkala sekolah menengah dahulu. Meskipun ramai yang mengatakan “Kolotlah engkau ni, dulu sekolah lain, maktab lain, apa yang samanya?” memang dari segi faktor masa dan tempat ia berbeza, namun persamaannya ialah, ia mengenai TANGGUNGJAWAB.

            Tatkala berada di taman tarbiah SMKA Falahiah dulu, Admin diamanahkan menjawat jawatan sebagai Presiden Badan Dakwah dan Rohani pada tahun 2009. Pada waktu itu sememangnya ramai rakan seperjuangan serta sahabat yang memahami hati serta segala gerak kerja yang kita lakukan. Namun itu semua hanya “external”, apa yang ingin diperkatakan disini ialah soal “internal”. Pada tahun 2009 itu Admin juga bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia yang bakal menentukan masa depan Admin samada gelap atau cerah serta bakal menentukan muka ibu bapa Admin mengalirkan air mata kegembiraan serta bibir yang mengukir senyuman, atau mengalirkan air mata kekecewaan serta kekusutan hati dek kerana keputusan anaknya ini.

            Sangkaan Presiden BADAR 2009 ini benar, selama menjawat jawatan itu, bermula dari tingkatan 4 hinggalah Ujian Percubaan SPM pada tingkatan 5, Admin tidak pernah mendapat 2A dalam ujian. Bahkan pernah pada satu ketika, Admin memikirkan hanya ingin memberi tumpuan penuh pada sesetengah subjek dan meninggalkan subjek yang lain seperti Biology, Fizik dan Kimia. Itulah pemikiran pendek yang dialami Admin saat menjawat jawatan tersebut. Dengan program yang begitu banyak hinggakan pelajaran sendiri terabai. Saat itu beberapa kali Admin menangis di hadapan Ayahanda tercinta disebabkan terlalu tertekan dengan keadaan ini. Admin sendiri keliru apakah ini bentuk ujian atau hukuman kepada diri disebabkan menerima tawaran sebagai Presiden BADAR pada ketika itu. Tidak cukup dengan itu, datang pula suara-suara yang menghangitkan telinga,

“apa kau ni? Dahla jadi Presiden BADAR, badan dakwah kot, tapi Addmath kau fail, Bio kau fail, macamana nak jadi contoh pada adik-adik, junior-junior?”,

selain dari itu,

“betul ke kau ni berdakwah? Pointer pun Top10 ke bawah, kau ingat dengan keadaan kau macam ni orang nak ikut ke dakwah kau ni?”.

            Itulah serba sedikit pertanyaan yang tanpa jawapan dari sahabat-sahabatku. Bila fikir balik, aku bertanya pada diri sendiri,Aku ni sebar DAKWAH atau FITNAH?”. Aku menangis sendirian tatkala keadaan aku pada saat itu meskipun aku sedari bahawa semua itu adalah kesalahanku yang tidak pandai menilai kemampuanku dari segi pengurusan masa serta senangnya aku menerima jawatan sebagai Presiden sebuah badan dakwah di sekolah agama.

            Namun, setelah Muktamar Sanawi 2009 dan penyerahan tugas kepada adik-adik BADAR 2010, Admin bangkit secara perlahan-lahan. Mula mencari teman untuk belajar dan salah seorang adalah Farhan Sidi Omar. Dialah sahabat Admin dunia akhirat, kami belajar bersama hingga pukul 2 3 pagi, Alhamdulillah sedikit sebanyak Admin yakin untuk menduduki SPM 2009. Setelah keputusan diumumkan, Alhamdulillah Admin mendapat 5A 1B 3C 2D, meskipun tidak berapa baik, namun saat itulah kegembiraan yang tidak dapat diungkap dengan kata-kata kerana seperti yang Admin maklum, Admin tidak pernah mendapat 2A dalam ujian, Alhamdulillah, kini disinilah Admin berada, INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL.

MUHASABAH KEMBALI

            Setelah itu, Admin mengakui kesalahn diri yang dahulunya begitu ghairah menjawat jawatan serta tanggungjwab dan amanah mendapat tarbiyah dari Allah SWT. Kini Admin menginsafi atas apa yang dilakukan dahulu dan tidak akan kembali ke jalan yang penuh dengan tipu daya itu lagi.

            Ingatlah, dunia penuh dengan tipu daya, tatkala perjuangan palsu disangkakan perjuangan yag benar di landasan-NYA, itulah kesilapan terbesar dalam perjuangan. Ingat kembali, apa yang kita lakukan adakah DAKWAH atau FITNAH..? wallahualam.





0 comments:

Copyright © 2013 #cermin and Blogger Templates - Anime OST.