.::~&%%&~::.


.::~&%<Sang Penari Pena Mencari Cinta>%&~::.

Sesuatu yang indah namun menyakitkan. Sesuatu yang susah untuk dicari namun tak mustahil untuk dimiliki. Sesuatu yang mahal namun berbaloi jika sudah berada di dalam genggaman. Sesuatu yang selalu diucapkan dalam seni kata lagu, skrip-skrip filem, bait-bait perkataan di dalam novel namun bilangan insan yang dapat menjumpainya dengan tepat hanyalah mampu dibilang dengan jari. Sesuatu yang buta, namun itulah yang menjadi impian segenap penghuni alam. Itulah “CINTA”.

            Banyak kisah yang dapat kita ulaskan mengenai cinta samada bermula dari zaman kanak-kanak yang tersohor dengan panggilan “Cinta Monyet” sehinggalah ke alam remaja yang dimonopoli oleh CINTA yang berlandaskan NAFSU sehinggalah bertemu CINTA yang sebenarnya apabila dipandu oleh didikan AGAMA yang betul serta IMAN yang kuat berlandaskan TUNTUTAN SYARIAT yang telah ditetapkan-Nya.

            Sang penari pena sebagai Romeo dalam Love Story nya mengatur jari, menyusun langkah, mencari idea, memerah otak serta mengimbau kembali kenangan serta jalan cerita Love Storynya.

Langkah Pertama

       Saat berpaling ke kanan, seorang sahabat sedang bermain hand phone 3310 kesayangannya, tangan leka memetik keypad  bagai tidak mahu melepaskannya selagi maut tidak menjemput, sedang berbalas mesej dengan buah hati gamaknya. Pabila berpaing ke kiri, leka seorang lagi sahabat melayan laman sosial Facebook, sanggup melupakan permainan yang disukainya yakni DOTA dan sesekali berbunyi “ding ding”, bunyi sound daripada chat box yang terdapat pada Facebook tersebut, sedang melayan girlfriend mungkin. Sedang berjalan beberapa langkah, terlihat seorang sahabat sedang berbual melalui laptop dihadapannya sambil telinga ditutupi oleh sepasang headphone yang besar dan mustahil untuk menyahut panggilan orang lain melainkan melaungkan di telinga sendiri, mungkin sedang berbual dengan pengarang jantung melalui Skype.

            Kadang-kadang terdetik perasaan dengki di dalam hati sang Romeo kerana hanya dia yang tidak mempunyai pasangan untuk bermanja-manja, berbual serta sanggup meluangkan masa mendengar luahan saat kesedihan. Setelah itu :-

            “Zan, kau ada nombor awek mana-mana tak? Boring ar aku takde sape nak mesej, kau kan hot kat maktab ni, mesti ada kan.?” Sang Romeo bertanya sahabat baiknya.

            “aishh, ada tu memang ada, tapi tak tahu lah hati kau ni berkenan ke tidak, nak ke.?”

            “aiii nak ar, bak mai bak mai,”

            “nah, amek ar O14 – XXX XXXX”

            “ok, thanks bro, kau lah sahabat aku dunia akhirat,”

            Masa itu sang Romeo masih belajar di Tingkatan Tiga di sebuah sekolah dan setelah mendapat nombor tersebut, dengan bait-bait kata yang indah serta alunan suara yang dapat mencairkan hati seseorang, sang Romeo dapat memikat hati puterinya itu. Hubungan mereka amat akrab sehinggakan beberapa kali sang Romeo terlupa untuk melelapkan mata kerana kerapkali berbalas mesej dengan puteri idamannya itu. Akhirnya kelaslah yang menjadi syurga tidurnya.

            Mereka juga kerapkali berjumpa dibandar, bolehlah dikatakan dating kerana meskipun sang Romeo berani berbalas mesej dengan puterinya, dia amat berwaspada daripada diketahui oleh rakan-rakannya yang lain terutamanya junior kerana namanya merupakan salah seorang yang meningkat naik di sekolah, jadi maruahnya amat penting untuk dijaga. Perhubungan mereka ini berlanjutan hingga lah Romeo ini tingkatan empat dan apabila hubungan mereka berlanjutan, maka bermaksud berlanjutan jugalah sikap sang Romeo terhadap orang sekeliling dan juga terhadap pelajarannya, sehinggalah pada suatu hari, setelah mendapat keputusan akhir tahun Tingkatan Empat.

            “BM – C, BI – D-, Fizik – G, Kimia – G, Biologi – G, Math Mode – C-,  Add Math – G, PAI – E, Seni – C-.” baca sang Romeo terhadap slip keputusan peperiksaan miliknya. Marah ibu bapa usah cakaplah, apatah lagi guru-gurunya yang sudah jemuh meleteri dirinya yang sering tidur di dalam kelas, apabila ditanya banyaklah alasannya seperti mesyuarat persatuanlah, kegiatan kelablah, berlatih kawad kaki untuk pertandingan kebangsaan lah. Namun akhirnya, itulah balasan yang dapat setelah siang malam bercengkerama dengan buah hati yang disayanginya.

            “Aku harus mengambil keputusan,” tekad sang Romeo sambil menggenggam slip keputusan ujiannya dan tangan yang satu lagi mencapai handphone-nya dan terus memetik nombor buah hatinya.

            “Tutt, tutt, tutt, tuttttt,” telefon diletakkan.

            Hati diserang rasa sayu, air mata mula ingin mengatur langkah untuk keluar, melalui pipi untuk jatuh kelantai dek kerana kesedihan yang melampau setelah memutuskan perhubungan yang telah terjalin selama dua tahun. Perhubungan yang dibinanya sekian lama telah diputuskan melalui mulutnya sendiri. Jiwa terasa kacau, fikiran mula mengimbau kembali kenangan manis bersama serta kebahagiaan yang dikecapi bersama sewaktu ketika dahulu. Namun apakah gunanya semua kebahagiaan tersebut jika akhirnya dibalas dengan kegagalan dalam pelajaran yang sepatutnya dielak oleh sang Romeo yang masih lagi bergelar pelajar? Sepatutnya sang Romeo mengecapi kejayaan dalam pelajaran serta dapat menghadiahkan kepada kedua ibu bapanya slip keputusan yang cemerlang, bukannya dengan kegagalan yang memalukan keluarga.

            Itulah kisah sang Romeo sehinggalah akhir Tingkatan Empat dan dia bertekad akan mengubah laluan hidupnya pada Tingkatan Lima dan ingin menghadiahkan kedua ibu bapanya keputusan yang cemerlang melalui ujian SPM.

Kembali Terjun Ke Lembah Kebinasaan

            “Hari makin suram, tubuh pasti makin lesu, bagai menunggu hujan di waktu kering dahulu, lallalalaa lalalalaaa,” nyanyi sang Romeo mengikut rentak lagu yang didengarinya melalui kumpulan yang amat diminatinya yakni Hujan. Meskipun telinga leka mendengar lagu dari kumpulan kegemarannya, mata serta tangannya tetap dengan mengulangkaji pelajaran sewaktu kelas prepnya. Meskipun SPM masih tinggal 7 bulan lagi, dia tidak mahu kembali ke takuk lama serta sudah tekad ingin memulakan hidup baru yang lebih bahagia serta tidak mahu lagi tertipu dengan keindahan dunia. Dia juga telah menukar nombor hand phone dan sudah tiada lagi cara bekas buah hatinya dahulu untuk menghubunginya lagi.

            “Treeet treeet tret tret…” deringan mesej di hand phone nya berbunyi.

            “1 New Message”

            Sang Romeo terus membuka mesej tersebut,

            “Hye, saya Cecilia, boleh saya berkenalan dengan awak,?  :),,,”

           Pada mulanya sang Romeo tidak ingin melayan nombor yang tidak dikenalinya itu, namun atas ingatannya yang sering kali teringat kata-kata ustaznya, “Kita hendaklah melayan setiap sahabat kita terutamanya yang non-muslim dengan baik seperti kita melayan diri kita sendiri, jika kita melayan mereka sehingga lembut hati mereka terhadap Islam, betapa besarnya pahala yang akan kita peroleh nanti,” begitulah bait-bait kata yang dapat diingatinya, namun sayang kerana syaitan telah memekakkan telinganya dari mendengar pesanan ustaz iaitu “namun hendaklah jangan sampai melepasi syara’ yang telah ditetapkan Islam,”. Astaghfirullah.

            Sang Romeo berhubung dengan Cecilia hampir 6 bulan dan mungkin istidraj dari Allah SWT, pelajarannya tidak merosot sedikitpun, bahkan lebih cemerlang berbanding dia Tingkatan Empat dahulu. Mereka berhubung sehinggalah mereka couple dan berani bertukar gambar masing-masing meskipun sang Romeo tahu bahawa Cecilia tinggal di Bumi Kenyalang. Romeo juga banyak bercerita mengenai perihal Islam kepada Cecilia sehingga hari demi hari Cecilia semakin berjinak-jinak dengan Islam. Sehinggalah pada suatu hari. Sang Romeo mendapat mesej dari Cecilia,

            “Abang, tunggu tempat biasa ek, nanti ayang sampai,”

        Sang Romeo terkilan. Bila mereka pernah berjumpa? Apatah lagi mempunyai tempat biasa untuk berjumpa. Sedikit perasaan kurang selesa terbit di dalam hati sang Romeo dan perkara ini perlu diselesaikan dengan segera. Dengan hanya akibat tersilap hantar mesej daripada Cecilia sehinggalah terjadi pertelingkahan hebat diantara Romeo dan Cecilia. Kini sang Romeo sedar, dia ditipu dan dipermainkan oleh cinta jarak jauh. Buat kali kedua sang Romeo menitiskan air mata meskipun cintanya itu hanya berjalan selama 6 bulan, meskipun begitu, perhubungan yang terjalin bagai dirasai 3 tahun lamanya dek kerana diulik pujukan syaitan yang amat kuat serta kebahagiaan palsu yang dinikmatinya bersama. Namun, memandangkan SPM hanya menjelang 2 bulan sahaja lagi, masih sempat untuk dia kembali ke jalan sebenar dan meneruskan pelajarannya seperti biasa.

            Sang Romeo mencari sahabat-sahabatnya untuk dia kembali bersemangat menghadapi periksaan serta ingin memulakan kisah hidupnya yang hitam dahulu. Betullah apa yang diceritakan melalui kisah Romeo dan Juliet, meskipun mereka dapat hidup bersama dari kekuatan cinta mereka, akhirnya kedua-duanya mati akibat cinta mereka jua.

Keinsafan Sebenar

            Angin sepoi-sepoi bahasa bermain dengan rambutnya yang panjang, sesekali ombak menghempas pantai dengan kuatnya, mata melihat pada pokok-pokok kelapa yang leka menari dibuai angin bayu dari laut, telinga sesekali mencuri dengar serpihan daun-daun pokok di tepi pantai ibarat sedang menyanyikan lirik lagu yang tidak diketahuinya. Sang Romeo menutup mata menghayati keindahan petang itu di tepi pantai yang indah setelah penat berjoging dari institut yang menjadi tempat pengajiannya sekarang yang tidak jauh dari pantai tersebut.

            Kini sang Romeo dapat menyambung pengajiaannya di sebuah institut tempatan dengan mengambil Jurusan Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua Pendidikan Rendah dengan berbekalkan keputusan SPM 5A 3B 1C. Meskipun tidak begitu cemerlang, namun cukuplah sebagai hadiah buat kedua ibu bapanya yang disayangi. Namun, di institut ini, sang Romeo menyimpan perasaan dengan salah seorang yang juga penuntut di institut yang sama. Meskipun begitu, dia kini perlu berhati-hati dalam membuat keputusan, hatinya perlu kuat untuk berpegang bahawa jodoh itu adalah ketentuan dari-Nya. Dia perlu berhati-hati dalam menjalinkan hubungan meskipun sang Romeo telah pun berhubung dengan si dia.

            Seketika kemudian.

            “treeeet treeet tret tret….”

            “1 New Message”

            Sang Romeo membuka peti mesej,

            “Awak masih menunggu si dia yang berpisah dengan awak dahulu,?”

          Sang Romeo teringat akan cerita lama yang pernah diceritakan dahulu kepada si dia. Dengan mulut yang mengukir senyuman, mata yang berkilau dengan harapan, tangan terus membalas mesej tersebut…

            “Saya sudah dua kali putus, mana mungkin saya akan menunggu orang yang sama,”

            Butang Send di tekan.

            Sang Romeo terus memasukkan hand phone nye ke dalam kocek, kasut jogging yang dipecat sebelum bermain air pantai tadi disarungkan kembali, terus bangun sambil tangan menyapu pasir di seluarnya. Sang Romeo terus berjalan pulang ke institutnya sambil tersenyum sendirian dan hati yang penuh dengan harapan.



**THE END**




4 comments:

Nice true story..
Tunggu je masa dan orang yang sesuai..
Let by gone be by gone..
May Allah always bless you..

Nice true story...
Let by gone be by gone...
Let the right time and the right 'special' person come...
May you always be blessed by Allah...

semoga Allah memandu hati dan langkahmu sahabat..

bersabarlah,, takkan lari gunung dikejar,,ngeh3..

ana doakan g terbaik buat entum..ops!

aKmal aBid said...

insyaallah...syukran buat sahabat2 yg terus menyokong...orang Islam xkan seluk lubang ular kali kedua...=)

Copyright © 2013 #cermin and Blogger Templates - Anime OST.