.-&*$#>ANTARA DUA KISAH<#$*&-.


            Abid berjalan seorang diri di sekeliling kawasan kampusnya. Sambil mendengarkan lagu dari artis kegemarannya, Najwa Latif. Seketika dia terikut-ikut lagu yang didengarinya.


“kuatkan radio, kuatkan radio anda ahaaaa, aku yang patut, patut, memberinya segala…”

“eh bid, kau buat apa kat sini? Bukan ke biasanya waktu-waktu macam ni kau study ke?” sapa Zek dari belakangnya.

“ya rabbi, terkejut aku. Saja ar nak release tension petang-petang. Kau pula, tak pernah aku Nampak kau jalan-jalan kat kawasan ni, buang tebiat ke? Haha”

“hahaha serabut sangat ada kat bilik, sekali sekala kena la makan angin kat luar ni.”

“banyak la kau, eh mana awek kau yang cun melecun tu? Tak datang sekali ke? Hahaha”

“hahaha takkan berkepit je memanjang kan, eh aku nak bagitahu kau ni, aku dengan perempuan aku tu nak kahwin hujung sem depan, kau jemput datang eh haha”

“biar betul kau ni, baru jumpa 2 tahun, dah nak kahwin? Kau tu dah bersedia ke? Ilmu kat dada tu cukup ke nak sara anak dara orang tu?”

“alaaa kau ni bid, aku bukan apa. Aku sedar yang aku ni tak sealim budak-bdak lain kat sini, aku hisap rokok, banyak buat perkara yang tak betul, masih kurang ilmu agama. Tapi aku tak sanggup ketika aku kosong ilmu agama serta ilmu lain-lain, pada masa yang sama aku buat perkara haram, iaitu couple dengan dia. Aku dah lama tekad nak buang semua sikap buruk aku, lepas aku kahwin dengan dia, takde la aku nak berhenti belajar terus, aku still nak belajar, tapi aku dapat rasa perubahan yang akan aku alami dan perbezaan dalam diri antara ketika couple dan selepas kahwin. Jadi dengan dia yang insyaALlah akan ada ikatan sah dengan aku, mungkin aku akan lebih concentrate dengan study aku. Orang lain pun tak akan pandang serong kat aku lagi dah sebab boleh belajar sekali, jogging sekali, makan sekali, apa orang kisah sebab kami dah kahwin hehehe, apa pandangan kau bid.?”

“Alhamdulillah, baguslah jika kau ada pandangan sebegitu, harap-harap dengan kebersamaan kau dengan dia nanti dapat mengubah sikap kau sedikit demi sedikit. Apa yang penting, pelajaran jangan ditinggalkan.”

“hahaha tak sia-sia aku daftar Kursus Kahwin anjuran Biro Agama dua sem lepas. Kau da masuk ke?”

“eh nanti-nantilah aku join haha, ok ar Zek, aku balik dulu, lapar ar, assalamualaikum,”

“ok ok, waalaikumussalam.”

            Angin sepoi-sepoi meniup rambutku yang panjang sedikit hingga membawa aku gambaran semula apa yang diperkatakan Zek itu tadi. Malunya aku sebagai seorang kawan yang yang tidak terlintas langsung di pemikiran untuk berfikir sebijak dia. Meskipun dia hisap rokok, selalu pakai seluar pendek, sedikit liar, namun dalam hati dia masih terdetik untuk hidup dalam keberkatan serta halal dalam perhubungan. Aku akui bahawa ilmu agamanya tidaklah setinggi mana, namun hakikatnya aku dapat belajar perkara yang amat berharga darinya sebentar tadi.Jika hendak memperkatakan mengenai taraf hidupnya, Zek tidak lah sekaya mana, boleh dikatakan hanya hidup serba sederhana. Namun apa yang aku mampu lakukan hanyalah agar dia terus berada di jalan yang benar serta sentiasa mendapat keberkatan dari-Nya.

            Kakiku melangkah masuk ke café institut, dengan membawa perut yang menyanyikan lagu yang tidak berlirik, serta hidung yang menangkap wangian serta kesedapan makanan di café, aku terus meluru ke tempat mengambil makanan. Setelah membayar harga makanan, mataku melilau mencari tempat kosong untuk menikmati makanan ku ini.

Secara tiba-tiba mataku terpandang sesuatu yang kurang enak pada mataku

            Mataku beralih pada sepasang kakasih yang begitu hot di institut ini yang turut sama menikmati juadah berhampiran dengan ku. Sang lelaki boleh dikatakan sebagai seorang ustaz kentemporari juga kawan aku. Sang perempuan mengambil Jurusan Undang-Undang namun cantik molek bertudung labuh.

“kenapa tak berniqab terus, islamik kan~~” bisik hati kecilku sendirian.

            Aku pernah bertanya kepada sang lelaki yakni sahabatku, kenapa dia melaukan perkara haram ni? Apakah dia tidak malu sekiranya orang lain memandang serong kepada profession USTAZ yang disandangnya?

“lucu ar kau ni Bid, aku bukannya berpegangan tangan dengan dia, apatah lagi aku nak cium pipi dia. Aku dengan dia buat perkara halal, jaga jarak, selalu bagi mesej tazkirah, selalu kejut untuk qiamullail, aku dengan dia selalu mengingatkan masing-masing untuk solat berjemaah di masjid, apa yang haramnya?” jawab sang Ustaz.

            Lalu aku bandingkan sang Ustaz itu dengan Zek kawanku tadi, amat jauh cara pemikiran mereka ibarat langit dengan bumi, kenapa terdapat manusia sebegitu? Insane yang selalu dikatakan sebagai rosak serta tidak layak mendapat tittle “PENDIDIK” berusaha untuk mendapat keberkatan dalam hidup, namun yang alim serta sentiasa menganggap hidup “DIBERKATI” melakukan perkara sebaliknya.

"owh, ok ar macam tu,” jawabku ringkas, lalu aku meninggalkan dia sendirian.

            Itulah kali terakhir aku bertegur sapa dengannya. Lalu aku melihat nasi goreng yang aku makan.

“hermmm, nasi yang aku makan ni halal, kalaulah di dalam nasi goreng ini ada secebis daging khinzir, dan kita tahu bahawa sememangnya terdapat secebis deging khinzir yang digaul bersama-sama nasi itu, apakah nasi itu masih halal dimakan,?” kataku sendirian.

            Lalu aku hanya tinggalkan persoalan itu sebagai satu persoalan, aku sudah buat apa yang termampu, selanjutnya bergantung kepada keALIMannya dalam mengharungi hidup.





0 comments:

Copyright © 2013 #cermin and Blogger Templates - Anime OST.