.=*&%$@ Kisah Syafaat Rasulullah Di Hari Kiamat@$%&*=.



.=*&%$@ Kisah Syafaat Rasulullah Di Hari Kiamat@$%&*=.


 Pada hari kebangkitan, sehari bersamaan 50,000 tahun. Manusia menunggu giliran untuk dihisab selama 50,000 tahun sehinggakan ada yang sanggup untuk ke Neraka kerana tidak tahan menunggu.

Sehinggalah ad sekumpulan manusia yang berkata “ayuhlah kita ke para nabi-nabi supaya mereka dapat memberi kita syafaat untuk memulakan hisab”


Lalu mereka berjumpa dengan Nabi adam a.s


“wahai Adam, Allah telah menciptakan kamu dengan tangan-Nya sendiri, berilah kami syafaat”


Adam menjawab “aku dengan halku, aku telah berdosa dengan tuhanku, aku dengan halku, pergilah kepada Nabi Nuh a.s”


Nabi Nuh as menjawab “aku dengan halku, aku telah tinggalkan kaumku dan lain lain, pergilah kepada Nabi Ibrahim as”


“wahai Ibrahim as, kau pencinta ar-Rahman, berilah syafaat kepada kami”


Nabi Ibrahim as menjawab “aku dengan halku, aku telah tipu dengan penipuan, dan dia sebutkan. Pergilah kepada Nabi Musa as”


“Wahai Musa, engkaulah Kaleem ar-Rahman, Allah swt bercakap dengan kamu secara langsung (tanpa hijab), berilah syafaat kepada kami”


Dan Nabi Musa juga menjawab “aku dengan halku, aku telah terbunuh seorang, pergilah kepada Nabi Isa as”


Maka pergilah mereka kepada Nabi Isa 


dan baginda menjawab “aku dengan halku,” tapi dia tidak menyebut dosanya. “pergilah kepada Nabi Muhammad SAW”


Maka pergilah mereka kepada Nabi Muhammad SAW dan baginda berkata


“akulah orangnya, akulah orangnya” 


maka dia pergi, sujud kepada Allah SWT


Selama mana Allah mahukan dia bersujud, dan Tuhan mengajarnya puji-pujian yang tidak pernah didengari sebelum ini yakni gaya pujian kepada Allah SWT dengan cara yang tidak pernah Rasul dengar sebelum ini.
Maka baginda puji Allah SWT dan barulah dimulakan hisab.


Maka masuklah yang ke Syurga itu ke Syurga, dan yang ke Neraka itu ke Neraka.


Dan Rasulullah masih berada dalam situasi ini


Rasulullah berkata “maka aku sujud pada Allah, selama mana dia mengkehendaki aku bersujud”


Dan Allah melihatnya dan berkata


“angkatlah kepalamu Muahammad, dan mintalah,kamu akan diberi. Mintalah syafaat, kau akan disyafaatkan”

Dan Rasulullah menjawab “ummati, ummati”

Pada Hari Akhirat semua orang akan berkata “Aku dengan halku” kecuali Nabi Muhammad yang berkata “ummati, ummati”


Maka Allah SWT berkata “keluarkan dari neraka itu manusia-manusia yang di dalam hatinya seberat biji gandum dari iman”


Maka keluarlah berduyun-duyun manusia


Nabi Muhammad berkata,”dan aku kembali semula kepada Allah SWT dan aku sujud, dan aku panjangkan lagi sujudku”


Dan Allah melihatnya dan berkata


“angkatlah kepalamu Muhammad, dan mintalah,kamu akan diberi. Mintalah syafaat, kau akan disyafaatkan”

Dan Rasulullah menjawab “ummati, ummati”

Maka Allah SWT berkata “keluarkan dari neraka itu manusia-manusia yang di dalam hatinya seberat biji sawi dari iman”


Maka keluarlah berduyun-duyun manusia


 Nabi Muhammad berkata,”dan aku kembali semula kepada Allah SWT dan aku sujud,”
Dan Allah melihatnya dan berkata


“angkatlah kepalamu Muahammad, dan mintalah,kamu akan diberi. Mintalah syafaat, kau akan disyafaatkan”

Dan Rasulullah menjawab “ummati, ummati”

Maka Allah SWT berkata “keluarkan dari neraka itu manusia-manusia yang di dalam hatinya sebesar atom (zarah) dari iman”


Tahukah kamu sebesar zarah? Yakni apabila kamu kasihan untuk memijak seekor semut, maka itulah sebesar zarah.


Nabi Muhammad berkata,”dan aku kembali semula kepada Allah SWT dan aku sujud, dan aku panjangkan lagi sujudku”


Dan Allah melihatnya dan berkata


“angkatlah kepalamu Muahammad, dan mintalah,kamu akan diberi. Mintalah syafaat, kau akan disyafaatkan”


Pada kali keempat ini, Baginda berkata,”Ya Allah, izinkan aku (keluarkan) sesiapa yang pernah sebut La Ila Ha Illallah, walaupun dia bukan dari umatku, tapi telah Esa kan kau, walaupun tidak pernah menyebut Lailah haillallah Muhammadar Rasulullah, hany mengESAkan engkau sahaja”


Maka Allah SWT berkat “dengan KEMULIAANKU, dan KEAGUNGANKU, dan KEBESARANKU, akanku keluarkan dari neraka barangsiapa yang menyebut La Ila Ha Illallah”


Nabi Muhammad SAW bukannya milik orang Riyadh, 


bukannya milik orang Jeddah, 


bukannya milik orang Saudi, 


bukan juga milik Kuwait, 


bukan juga untuk orang Mesir 


bukan juga untuk orang-orang yang kuat beragama, 


bukan jua milik orang-orang Islam sahaja, 


Muhammad SAW, UNIVERSAL.. 


dan dalam hatinya ada belas kasihan, bukan hanya kepada Muslimin, tapi untuk seluruh alam.

Kerana itulah Baginda sebaik-baik manusia



Source http://www.youtube.com/watch?v=E0oBz-peooo&feature=related




 




0 comments:

Copyright © 2013 #cermin and Blogger Templates - Anime OST.