Terima Kasih ::Tema 1 : Warna Warni Kehidupan::



.-&%${*Terima Kasih*}$%&-.

Tema 1 : Warna Warni Kehidupan


            Sayup – sayup kedengaran motosikal di jalan raya, kereta yang mula dipandu oleh para pemandu yang berhemah, lori serta pelbagai motokar mula mengambil tugas serta peranan mereka di jalan raya juga dipandu oleh masyarakat yang berdisiplin serta menepati masa tersebut. Dengan kemajuan serta populariti yang melanda negara mereka, itu tidak menghalang mereka bagi meneruskan kehidupan seperti biasa demi mencari rezeki serta harta bagi menyara keluarga masing-masing.

            Meskipun begitu, anak berkaca mata yang bernama N ini masih lena dibuai mimpi yang indah meskipun jam sudah menunjukkan pukul 8.00 pagi menandakan dia sudah terlewat ke sekolah. Bapanya sudah bersiap untuk ke tempat kerja bagi mengelakkan tertinggalnya keretapi, ibunya pula sudah sejam bising bagi menggerakkan anak tunggalnya itu. Dengan api kemarahan yang menyala dalam diri, ibunya terus ke bilik anak tunggalnya itu di tingkat dua dengan membawa sebaldi air.

“KBUSHHHHH…!!!!”

“BANGUUUUUUNNN…!!!!”

            Apabila tepat air sebaldi disimbah ke muka oleh ibunya, secara automatik  anak yang masih belajar dalam Tahun 4 itu bingkas bangun dan sepantas kilat menuju ke bilik air. Setelah siap mandi dengan perasaan yang kalut serta denagn memasang baju secara tidak kemas di tubuh, terus dia memakai kasut dan berlari kesekolah.

            Ibarat jatuh ditimpa tangga, murid tahun 4 yang bernama N itu didenda untuk berdiri diluar kelas kerana datang lewat ke sekolah. Menangis lah si N mengenangkan nasibnya yang begitu malang.

“KRIINNGGGGG..!!!!!” 

loceng yang berbunyi menandakan waktu persekolah telah habis.

            N terus terus menggalas begnya dan melangkah longlai keluar dari sekolahnya itu menuju ke rumah. Tiba-tiba dia teringatkan rakan robotnya di rumah dan hatinya terus dilanda perasaan gembira dan berlari secepat yang mungkin bagi berjumpa dengan rakan robotnya itu.
            Belum lagi sampai ke perkarangan rumah, si N telah disekat oleh   dua orang yang selalu membulinya samada di sekolah mahupun di luar sekolah. Dua orang tersebut adalah S dan juga G. Mereka berdua ingin mengajak N bermain besbol pada petang itu, namun N menolak kerana mengatakan ada hal yang perlu diselesaikan dirumahnya. S dan G naik darah dan mencuba untuk menangkap N untuk membelasahnya kerana menolak ajakan mereka. N dapat melepaskan diri dan terus berlari sambil menangis memanggil rakan robotnya yang bernama D.

“D…!!! TOLONGGGG…!!!”

            D tidak memunculkan diri dan akhirnya N dapat ditangkap S dan G dan mereka terus mebelasah N sepuas hati mereka. Tiba-tiba seorang rakan perempuan N yang bernama S2 melalui jalan tersebut dan terus membantu N dan menyuruh S dan G berhenti membelasah N. S2 terus memapah N balik kerumah dan memberitahu D apa yang telah berlaku.
            Setelah medengar cerita dari S2, D sangat marah dan terus megeluarkan sesuatu dari poket ajaibnya.

“Askar Pembalas Dendam..!”

            D terus menerangkan fungsi Askar Pembalas Dendam tersebut yang hanya terdiri daripada beberapa robot kecil yang berbentuk askar. Fungsinya adalah bagi menuntut bela terhadap sesiapa sahaja yang dianiayai oleh orang lain. Askar-askar tersebut terus menjalankan tugasnya dengan pergi mencari S dan G dan menembaknya dengan pelbagai senjata yang mereka ada.

            Setelah teruk ditembak dan dipukul oleh Askar Pembalas Dendam, S dan G terus berlari ke rumah N untuk meminta maaf dan mereka berjanji tidak akan memukul dan membuli orang lain lagi. Akhirnya mereka bersalaman dan gembira.

            Begitulah warna warni kehidupan yang sentiasa berlaku dalm hidup kita. Masing-masing mempunyai peribadi yang berbeza dan tidak dinafikan majoriti mempunyai peribadi serta motivasi diri yang lemah bagi menghadapi hidup ini. Selain dari itu, setiap dari kita jua mempunyai seseorang bagi bergantung harap serta tempat bagi kita memohon sebarang pertolongan samada ibu-bapa kita, adik beradik, guru-guru mahupun rakan-rakan disekeliling kita. Tambahan lagi, halangan serta masalah yang  melanda diri jua tidak dapat dipisahkan dengan kehidupan kita kerana itulah yang menjdikan diri kita sentiasa tabah serta sentiasa ingin menjadi seseorang yang lebih baik.

            Akhirulkalam, berterima kasihlah kepada kisah D – Doraemon, N – Nobita, S2 – Sizuka, S – Sinyu dan G – Giant kerana mewarnai kehidupan kanak-kanak kita sejak dari dahulu. Meskipun mempunyai susur galur cerita yang sama, namun itulah yang mewarnai kehidupan kita meskipun perlu berperang dengan ahli keluarga yang ingin menonton Berita atau Sukan di televisyen. 








1 comments:

Sangat tersentuh baca cerita ni..nak konsi dalam blog jugak boleh?

Copyright © 2013 #cermin and Blogger Templates - Anime OST.