BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

ASSALAMUALAIKUM,,,,

ikhwan wa akhawat

livescript

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, May 30, 2012

.::~&%%&~::.


.::~&%<Sang Penari Pena Mencari Cinta>%&~::.

Sesuatu yang indah namun menyakitkan. Sesuatu yang susah untuk dicari namun tak mustahil untuk dimiliki. Sesuatu yang mahal namun berbaloi jika sudah berada di dalam genggaman. Sesuatu yang selalu diucapkan dalam seni kata lagu, skrip-skrip filem, bait-bait perkataan di dalam novel namun bilangan insan yang dapat menjumpainya dengan tepat hanyalah mampu dibilang dengan jari. Sesuatu yang buta, namun itulah yang menjadi impian segenap penghuni alam. Itulah “CINTA”.

            Banyak kisah yang dapat kita ulaskan mengenai cinta samada bermula dari zaman kanak-kanak yang tersohor dengan panggilan “Cinta Monyet” sehinggalah ke alam remaja yang dimonopoli oleh CINTA yang berlandaskan NAFSU sehinggalah bertemu CINTA yang sebenarnya apabila dipandu oleh didikan AGAMA yang betul serta IMAN yang kuat berlandaskan TUNTUTAN SYARIAT yang telah ditetapkan-Nya.

            Sang penari pena sebagai Romeo dalam Love Story nya mengatur jari, menyusun langkah, mencari idea, memerah otak serta mengimbau kembali kenangan serta jalan cerita Love Storynya.

Langkah Pertama

       Saat berpaling ke kanan, seorang sahabat sedang bermain hand phone 3310 kesayangannya, tangan leka memetik keypad  bagai tidak mahu melepaskannya selagi maut tidak menjemput, sedang berbalas mesej dengan buah hati gamaknya. Pabila berpaing ke kiri, leka seorang lagi sahabat melayan laman sosial Facebook, sanggup melupakan permainan yang disukainya yakni DOTA dan sesekali berbunyi “ding ding”, bunyi sound daripada chat box yang terdapat pada Facebook tersebut, sedang melayan girlfriend mungkin. Sedang berjalan beberapa langkah, terlihat seorang sahabat sedang berbual melalui laptop dihadapannya sambil telinga ditutupi oleh sepasang headphone yang besar dan mustahil untuk menyahut panggilan orang lain melainkan melaungkan di telinga sendiri, mungkin sedang berbual dengan pengarang jantung melalui Skype.

            Kadang-kadang terdetik perasaan dengki di dalam hati sang Romeo kerana hanya dia yang tidak mempunyai pasangan untuk bermanja-manja, berbual serta sanggup meluangkan masa mendengar luahan saat kesedihan. Setelah itu :-

            “Zan, kau ada nombor awek mana-mana tak? Boring ar aku takde sape nak mesej, kau kan hot kat maktab ni, mesti ada kan.?” Sang Romeo bertanya sahabat baiknya.

            “aishh, ada tu memang ada, tapi tak tahu lah hati kau ni berkenan ke tidak, nak ke.?”

            “aiii nak ar, bak mai bak mai,”

            “nah, amek ar O14 – XXX XXXX”

            “ok, thanks bro, kau lah sahabat aku dunia akhirat,”

            Masa itu sang Romeo masih belajar di Tingkatan Tiga di sebuah sekolah dan setelah mendapat nombor tersebut, dengan bait-bait kata yang indah serta alunan suara yang dapat mencairkan hati seseorang, sang Romeo dapat memikat hati puterinya itu. Hubungan mereka amat akrab sehinggakan beberapa kali sang Romeo terlupa untuk melelapkan mata kerana kerapkali berbalas mesej dengan puteri idamannya itu. Akhirnya kelaslah yang menjadi syurga tidurnya.

            Mereka juga kerapkali berjumpa dibandar, bolehlah dikatakan dating kerana meskipun sang Romeo berani berbalas mesej dengan puterinya, dia amat berwaspada daripada diketahui oleh rakan-rakannya yang lain terutamanya junior kerana namanya merupakan salah seorang yang meningkat naik di sekolah, jadi maruahnya amat penting untuk dijaga. Perhubungan mereka ini berlanjutan hingga lah Romeo ini tingkatan empat dan apabila hubungan mereka berlanjutan, maka bermaksud berlanjutan jugalah sikap sang Romeo terhadap orang sekeliling dan juga terhadap pelajarannya, sehinggalah pada suatu hari, setelah mendapat keputusan akhir tahun Tingkatan Empat.

            “BM – C, BI – D-, Fizik – G, Kimia – G, Biologi – G, Math Mode – C-,  Add Math – G, PAI – E, Seni – C-.” baca sang Romeo terhadap slip keputusan peperiksaan miliknya. Marah ibu bapa usah cakaplah, apatah lagi guru-gurunya yang sudah jemuh meleteri dirinya yang sering tidur di dalam kelas, apabila ditanya banyaklah alasannya seperti mesyuarat persatuanlah, kegiatan kelablah, berlatih kawad kaki untuk pertandingan kebangsaan lah. Namun akhirnya, itulah balasan yang dapat setelah siang malam bercengkerama dengan buah hati yang disayanginya.

            “Aku harus mengambil keputusan,” tekad sang Romeo sambil menggenggam slip keputusan ujiannya dan tangan yang satu lagi mencapai handphone-nya dan terus memetik nombor buah hatinya.

            “Tutt, tutt, tutt, tuttttt,” telefon diletakkan.

            Hati diserang rasa sayu, air mata mula ingin mengatur langkah untuk keluar, melalui pipi untuk jatuh kelantai dek kerana kesedihan yang melampau setelah memutuskan perhubungan yang telah terjalin selama dua tahun. Perhubungan yang dibinanya sekian lama telah diputuskan melalui mulutnya sendiri. Jiwa terasa kacau, fikiran mula mengimbau kembali kenangan manis bersama serta kebahagiaan yang dikecapi bersama sewaktu ketika dahulu. Namun apakah gunanya semua kebahagiaan tersebut jika akhirnya dibalas dengan kegagalan dalam pelajaran yang sepatutnya dielak oleh sang Romeo yang masih lagi bergelar pelajar? Sepatutnya sang Romeo mengecapi kejayaan dalam pelajaran serta dapat menghadiahkan kepada kedua ibu bapanya slip keputusan yang cemerlang, bukannya dengan kegagalan yang memalukan keluarga.

            Itulah kisah sang Romeo sehinggalah akhir Tingkatan Empat dan dia bertekad akan mengubah laluan hidupnya pada Tingkatan Lima dan ingin menghadiahkan kedua ibu bapanya keputusan yang cemerlang melalui ujian SPM.

Kembali Terjun Ke Lembah Kebinasaan

            “Hari makin suram, tubuh pasti makin lesu, bagai menunggu hujan di waktu kering dahulu, lallalalaa lalalalaaa,” nyanyi sang Romeo mengikut rentak lagu yang didengarinya melalui kumpulan yang amat diminatinya yakni Hujan. Meskipun telinga leka mendengar lagu dari kumpulan kegemarannya, mata serta tangannya tetap dengan mengulangkaji pelajaran sewaktu kelas prepnya. Meskipun SPM masih tinggal 7 bulan lagi, dia tidak mahu kembali ke takuk lama serta sudah tekad ingin memulakan hidup baru yang lebih bahagia serta tidak mahu lagi tertipu dengan keindahan dunia. Dia juga telah menukar nombor hand phone dan sudah tiada lagi cara bekas buah hatinya dahulu untuk menghubunginya lagi.

            “Treeet treeet tret tret…” deringan mesej di hand phone nya berbunyi.

            “1 New Message”

            Sang Romeo terus membuka mesej tersebut,

            “Hye, saya Cecilia, boleh saya berkenalan dengan awak,?  :),,,”

           Pada mulanya sang Romeo tidak ingin melayan nombor yang tidak dikenalinya itu, namun atas ingatannya yang sering kali teringat kata-kata ustaznya, “Kita hendaklah melayan setiap sahabat kita terutamanya yang non-muslim dengan baik seperti kita melayan diri kita sendiri, jika kita melayan mereka sehingga lembut hati mereka terhadap Islam, betapa besarnya pahala yang akan kita peroleh nanti,” begitulah bait-bait kata yang dapat diingatinya, namun sayang kerana syaitan telah memekakkan telinganya dari mendengar pesanan ustaz iaitu “namun hendaklah jangan sampai melepasi syara’ yang telah ditetapkan Islam,”. Astaghfirullah.

            Sang Romeo berhubung dengan Cecilia hampir 6 bulan dan mungkin istidraj dari Allah SWT, pelajarannya tidak merosot sedikitpun, bahkan lebih cemerlang berbanding dia Tingkatan Empat dahulu. Mereka berhubung sehinggalah mereka couple dan berani bertukar gambar masing-masing meskipun sang Romeo tahu bahawa Cecilia tinggal di Bumi Kenyalang. Romeo juga banyak bercerita mengenai perihal Islam kepada Cecilia sehingga hari demi hari Cecilia semakin berjinak-jinak dengan Islam. Sehinggalah pada suatu hari. Sang Romeo mendapat mesej dari Cecilia,

            “Abang, tunggu tempat biasa ek, nanti ayang sampai,”

        Sang Romeo terkilan. Bila mereka pernah berjumpa? Apatah lagi mempunyai tempat biasa untuk berjumpa. Sedikit perasaan kurang selesa terbit di dalam hati sang Romeo dan perkara ini perlu diselesaikan dengan segera. Dengan hanya akibat tersilap hantar mesej daripada Cecilia sehinggalah terjadi pertelingkahan hebat diantara Romeo dan Cecilia. Kini sang Romeo sedar, dia ditipu dan dipermainkan oleh cinta jarak jauh. Buat kali kedua sang Romeo menitiskan air mata meskipun cintanya itu hanya berjalan selama 6 bulan, meskipun begitu, perhubungan yang terjalin bagai dirasai 3 tahun lamanya dek kerana diulik pujukan syaitan yang amat kuat serta kebahagiaan palsu yang dinikmatinya bersama. Namun, memandangkan SPM hanya menjelang 2 bulan sahaja lagi, masih sempat untuk dia kembali ke jalan sebenar dan meneruskan pelajarannya seperti biasa.

            Sang Romeo mencari sahabat-sahabatnya untuk dia kembali bersemangat menghadapi periksaan serta ingin memulakan kisah hidupnya yang hitam dahulu. Betullah apa yang diceritakan melalui kisah Romeo dan Juliet, meskipun mereka dapat hidup bersama dari kekuatan cinta mereka, akhirnya kedua-duanya mati akibat cinta mereka jua.

Keinsafan Sebenar

            Angin sepoi-sepoi bahasa bermain dengan rambutnya yang panjang, sesekali ombak menghempas pantai dengan kuatnya, mata melihat pada pokok-pokok kelapa yang leka menari dibuai angin bayu dari laut, telinga sesekali mencuri dengar serpihan daun-daun pokok di tepi pantai ibarat sedang menyanyikan lirik lagu yang tidak diketahuinya. Sang Romeo menutup mata menghayati keindahan petang itu di tepi pantai yang indah setelah penat berjoging dari institut yang menjadi tempat pengajiannya sekarang yang tidak jauh dari pantai tersebut.

            Kini sang Romeo dapat menyambung pengajiaannya di sebuah institut tempatan dengan mengambil Jurusan Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua Pendidikan Rendah dengan berbekalkan keputusan SPM 5A 3B 1C. Meskipun tidak begitu cemerlang, namun cukuplah sebagai hadiah buat kedua ibu bapanya yang disayangi. Namun, di institut ini, sang Romeo menyimpan perasaan dengan salah seorang yang juga penuntut di institut yang sama. Meskipun begitu, dia kini perlu berhati-hati dalam membuat keputusan, hatinya perlu kuat untuk berpegang bahawa jodoh itu adalah ketentuan dari-Nya. Dia perlu berhati-hati dalam menjalinkan hubungan meskipun sang Romeo telah pun berhubung dengan si dia.

            Seketika kemudian.

            “treeeet treeet tret tret….”

            “1 New Message”

            Sang Romeo membuka peti mesej,

            “Awak masih menunggu si dia yang berpisah dengan awak dahulu,?”

          Sang Romeo teringat akan cerita lama yang pernah diceritakan dahulu kepada si dia. Dengan mulut yang mengukir senyuman, mata yang berkilau dengan harapan, tangan terus membalas mesej tersebut…

            “Saya sudah dua kali putus, mana mungkin saya akan menunggu orang yang sama,”

            Butang Send di tekan.

            Sang Romeo terus memasukkan hand phone nye ke dalam kocek, kasut jogging yang dipecat sebelum bermain air pantai tadi disarungkan kembali, terus bangun sambil tangan menyapu pasir di seluarnya. Sang Romeo terus berjalan pulang ke institutnya sambil tersenyum sendirian dan hati yang penuh dengan harapan.



**THE END**




Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, May 27, 2012

.-&*$#>ANTARA DUA KISAH<#$*&-.


            Abid berjalan seorang diri di sekeliling kawasan kampusnya. Sambil mendengarkan lagu dari artis kegemarannya, Najwa Latif. Seketika dia terikut-ikut lagu yang didengarinya.


“kuatkan radio, kuatkan radio anda ahaaaa, aku yang patut, patut, memberinya segala…”

“eh bid, kau buat apa kat sini? Bukan ke biasanya waktu-waktu macam ni kau study ke?” sapa Zek dari belakangnya.

“ya rabbi, terkejut aku. Saja ar nak release tension petang-petang. Kau pula, tak pernah aku Nampak kau jalan-jalan kat kawasan ni, buang tebiat ke? Haha”

“hahaha serabut sangat ada kat bilik, sekali sekala kena la makan angin kat luar ni.”

“banyak la kau, eh mana awek kau yang cun melecun tu? Tak datang sekali ke? Hahaha”

“hahaha takkan berkepit je memanjang kan, eh aku nak bagitahu kau ni, aku dengan perempuan aku tu nak kahwin hujung sem depan, kau jemput datang eh haha”

“biar betul kau ni, baru jumpa 2 tahun, dah nak kahwin? Kau tu dah bersedia ke? Ilmu kat dada tu cukup ke nak sara anak dara orang tu?”

“alaaa kau ni bid, aku bukan apa. Aku sedar yang aku ni tak sealim budak-bdak lain kat sini, aku hisap rokok, banyak buat perkara yang tak betul, masih kurang ilmu agama. Tapi aku tak sanggup ketika aku kosong ilmu agama serta ilmu lain-lain, pada masa yang sama aku buat perkara haram, iaitu couple dengan dia. Aku dah lama tekad nak buang semua sikap buruk aku, lepas aku kahwin dengan dia, takde la aku nak berhenti belajar terus, aku still nak belajar, tapi aku dapat rasa perubahan yang akan aku alami dan perbezaan dalam diri antara ketika couple dan selepas kahwin. Jadi dengan dia yang insyaALlah akan ada ikatan sah dengan aku, mungkin aku akan lebih concentrate dengan study aku. Orang lain pun tak akan pandang serong kat aku lagi dah sebab boleh belajar sekali, jogging sekali, makan sekali, apa orang kisah sebab kami dah kahwin hehehe, apa pandangan kau bid.?”

“Alhamdulillah, baguslah jika kau ada pandangan sebegitu, harap-harap dengan kebersamaan kau dengan dia nanti dapat mengubah sikap kau sedikit demi sedikit. Apa yang penting, pelajaran jangan ditinggalkan.”

“hahaha tak sia-sia aku daftar Kursus Kahwin anjuran Biro Agama dua sem lepas. Kau da masuk ke?”

“eh nanti-nantilah aku join haha, ok ar Zek, aku balik dulu, lapar ar, assalamualaikum,”

“ok ok, waalaikumussalam.”

            Angin sepoi-sepoi meniup rambutku yang panjang sedikit hingga membawa aku gambaran semula apa yang diperkatakan Zek itu tadi. Malunya aku sebagai seorang kawan yang yang tidak terlintas langsung di pemikiran untuk berfikir sebijak dia. Meskipun dia hisap rokok, selalu pakai seluar pendek, sedikit liar, namun dalam hati dia masih terdetik untuk hidup dalam keberkatan serta halal dalam perhubungan. Aku akui bahawa ilmu agamanya tidaklah setinggi mana, namun hakikatnya aku dapat belajar perkara yang amat berharga darinya sebentar tadi.Jika hendak memperkatakan mengenai taraf hidupnya, Zek tidak lah sekaya mana, boleh dikatakan hanya hidup serba sederhana. Namun apa yang aku mampu lakukan hanyalah agar dia terus berada di jalan yang benar serta sentiasa mendapat keberkatan dari-Nya.

            Kakiku melangkah masuk ke café institut, dengan membawa perut yang menyanyikan lagu yang tidak berlirik, serta hidung yang menangkap wangian serta kesedapan makanan di café, aku terus meluru ke tempat mengambil makanan. Setelah membayar harga makanan, mataku melilau mencari tempat kosong untuk menikmati makanan ku ini.

Secara tiba-tiba mataku terpandang sesuatu yang kurang enak pada mataku

            Mataku beralih pada sepasang kakasih yang begitu hot di institut ini yang turut sama menikmati juadah berhampiran dengan ku. Sang lelaki boleh dikatakan sebagai seorang ustaz kentemporari juga kawan aku. Sang perempuan mengambil Jurusan Undang-Undang namun cantik molek bertudung labuh.

“kenapa tak berniqab terus, islamik kan~~” bisik hati kecilku sendirian.

            Aku pernah bertanya kepada sang lelaki yakni sahabatku, kenapa dia melaukan perkara haram ni? Apakah dia tidak malu sekiranya orang lain memandang serong kepada profession USTAZ yang disandangnya?

“lucu ar kau ni Bid, aku bukannya berpegangan tangan dengan dia, apatah lagi aku nak cium pipi dia. Aku dengan dia buat perkara halal, jaga jarak, selalu bagi mesej tazkirah, selalu kejut untuk qiamullail, aku dengan dia selalu mengingatkan masing-masing untuk solat berjemaah di masjid, apa yang haramnya?” jawab sang Ustaz.

            Lalu aku bandingkan sang Ustaz itu dengan Zek kawanku tadi, amat jauh cara pemikiran mereka ibarat langit dengan bumi, kenapa terdapat manusia sebegitu? Insane yang selalu dikatakan sebagai rosak serta tidak layak mendapat tittle “PENDIDIK” berusaha untuk mendapat keberkatan dalam hidup, namun yang alim serta sentiasa menganggap hidup “DIBERKATI” melakukan perkara sebaliknya.

"owh, ok ar macam tu,” jawabku ringkas, lalu aku meninggalkan dia sendirian.

            Itulah kali terakhir aku bertegur sapa dengannya. Lalu aku melihat nasi goreng yang aku makan.

“hermmm, nasi yang aku makan ni halal, kalaulah di dalam nasi goreng ini ada secebis daging khinzir, dan kita tahu bahawa sememangnya terdapat secebis deging khinzir yang digaul bersama-sama nasi itu, apakah nasi itu masih halal dimakan,?” kataku sendirian.

            Lalu aku hanya tinggalkan persoalan itu sebagai satu persoalan, aku sudah buat apa yang termampu, selanjutnya bergantung kepada keALIMannya dalam mengharungi hidup.





Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

The Red Mania Selamanya - Ultras Kelantan The Red Mania (dR gReeN)

Hujan Ribut Panas Terik Badai Taufan...
Jiwa Kami Tetap Teguh Sama Kelantan...

Walau Jatuh Walau Bangun Berhalangan...
Kalah Menang Tetap Terus Perjuangan... (chorus)


Sumpah Seranah Caci Maki Umpat Keji...
Kami Pekak Kami Semua Tak Peduli...

Terus Berdiri Gagah Berani...
Hati Kental Hati Batu Berani Mati...


Takkan Menyerah Tak Putus Asa...
Erti Juang Jiwa Para Perwira...

Lautan Merah Terus Gelora...
Selamanya kami THE RED MANIA...


SELAMANYA KAMI THE RED MANIA...
SELAMANYA KAMI THE RED MANIA...

SELAMANYA KAMI THE RED MANIA...
SELAMANYA KAMI THE RED MANIA...


"I hate to dare, but I dare to fight - dR.gReeN"

Singers: dR.gReeN Ft. DJ Beego


Lyrics: dR.gReeN

Song: dR.gReeN and DJ Beego

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, January 17, 2012

.-*%$@=MAHASISWA MENGGUGAT;LIVE WITH ADAM ADLI, SAFWAN ANANG DAN IHSAN BUKHARI=@$%*-.

.-*%$@=MAHASISWA MENGGUGAT=@$%*-.

.-*%$@=LIVE WITH ADAM ADLI, SAFWAN ANANG DAN IHSAN BUKHARI=@$%*-.

Pada 31 DISEMBER 2011, disaat Malaysia sedang diulit maksiat menantikan sambutan tahun baru 2012 yang beberapa minit kunjung tiba, di saat mereka berpeleseran di pusat bandar sambil meneguk air kencing syaitan, di saat masyarakat 1Malaysia berada di hotel murah bagi memulakan tahun baru mereka dengan hasutan syaitan durjana, terjadi satu tragedi yang pertama kali di Malaysia,,

TRAGEDI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS BERDARAH.


**itulah serba sedikit bagi permulaan pada entry kali ini, pada 16 Januari 2012 Admin telah bersama-sama rakan bagi menghadiri satu ceramah umum yang dianjurkan sebuah organisasi di Terengganu Darul Iman yang dijemput khas daripada beberapa orang mahasiswa yang terlibat dalam demonstrasi di UPSI iaitu Saudara Adam Adli, Saudara Safwan Anang bersama zaujah beliau serta Saudara Ihsan Bukhari. Ceramah umum ini bukanlah bertujuan menghasut atau apa-apa yang bakal mengganggu gugat keamanan negara, bahkan hanyalah bagi menceritakan hal sebenar yang berlaku ketika Tragedi UPSI Berdarah pada malam 1 JANUARI 2012.

**oleh itu, disini disertakan serba sedikit catatan ketika 3 Mahasiswa kental ini berbicara pada malam terbabit.


1. Ihsan Bukhari
        • mewakili BEBAS dalam menuntut 6 perkara dari kerajaan
        1.    MANSUHkan AUKU
        2.    BEBASkan peluang untuk berakademik
        3.    BEBASkan mahasiswa untuk bersuara
        4.    BEBASkan mahasiswa untuk berpatisipasi dalam politik
        5.    BEBASkan mahasiswa untuk mengurustadbir pilihanraya sendiri
        6.    BEBASkan mahasiswa untuk mengurus persatuan sendiri

        • Salah seorang yang mengambil jurusan pendidikan islam di university
        • Bakal dibawa ke balai polis kerana menjadi saksi kepada “Commercial Crime” iaitu menolong Saudara Safwan Anang.
        • Juga seorang yang telah memecahkan pintu klinik pada malam Tragedi Berdarah tersebut.
        • Menceritakan detik-detik cemas pada malam Tahun Baru 1 JANUARI 2012

      1. Berkumpul di hadapan UPSI bersama-sama mahasiswa-mahasiswa yang lain
      2. Polis mengeluarkan arahan untuk menangkap tanpa sebarang penerangan atau notis
      3. Salah seorang polis menumbuk muka Safwan Anang
      4.  Ihsan membantu Safwan ke klinik yang berdekatan
      5. Jururawat yang ada mengunci pintu klinik
      6. Ihsan menumbuk pintu klinik hingga pecah 
      7. Saudara Amar ditolah polis menyebabkan 11 jahitan di kepala hamper ke mata
      8. Jururawat tidak dapat berbuat apa-apa terhadap Safwan Anang melainkan perlu dikejarkan ke hospital
      9. Apabila Safwan dimasukkan kedalam sebuah kereta, seorang pengawai polis merampas kunci kereta
      10. Safwan terus dimasukkan ke dalam sebuah kereta seorang wartawan Sinar Harian dan terus dikejarkan ke hospital
      11. Saat itu, saudara Ihsan Bukhari ditangkap, kerana menolong Saudara Safwan Anang.
**begitulah serba sedikit coretan Admin tatkala Saudara Ihsan Bukhari berucap. 



2. Adam Adli
  • Seorang pelajar UPSI yang mengambil jurusan TESL.
  • Digantung 3 semester atas alasan memalukan UPSI
  • Menyangkal dakwaan bahawa mereka PENENTANG Barisan Nasional Tugas menentang BN adalah tugas parti politik, PAS, PKR, PERKASA, tetapi Mahasiswa adalah RAKYAT, lawan mereka bukan Parti, tapi KERAJAAN, PENGUASA.
  • Menjelaskan bahawa tugas GURU adalah membentuk manusia, jadi untuk membentuk manusia, GURU perlu menjadi MANUSIA dahulu.
  • Adam Adli sudah bermula demo pada tahun 6 atas alasan menentang pelaksanaan ujian selepas dari UPSR.
  • Jadi jangan sesekali mengatakan bahawa bakal guru adalah biadap, kerana ia merupakan sebuah tuntutan HAK.
  • Menceritakan susur galur demo di SITC aka UPSI
1. 1948 - pelajar UPSI berperang di dalam hutan menentang penjajah dan melaungkan kemerdekaan
2.    1974  - demo menuntut kerajaan supaya beri hak kepada rakyat yang miskin pada waktu itu.
3.  2012  - hanya mampu berhimpun di hadapan UPSI dan menuntut daripada kerajaan hanya dengan seramai 2 3 ribu orang

  •  Mereka dapat mengumpulkan 2 3 ribu orang untuk berhimpun di jalan raya, namun mereka tidak mahu seramai itu, mereka mahu 50 000 orang mahasiswa turun berkumpul dan berdemonstrasi di jalan raya.
  • Idealism mahasiswa ialah jika salah, terus serang.
  • Selepas sahaja digantung oleh universiti, 500 berkumpul di hadapan UPSI menantikan Adam Adli.Akan datang akan mula pembuangan secara perlahan-lahan mahasiswa UPSI yang lain, diantaranya ialah AJK Surau, Ahli Usrah dan lain-lain.
  • Akhirnya 3 Semester digantung, bagaimana masa depan diri sendiri? Apabila negara telah kucar kacir, masa depan sendiri sudah tidak penting.
  • Nasihat kepada orang-orang kampung supaya memberi keizinan kepada anak-anak untuk berdemo kerana merekalah yang bakal mengubah negara kelak.
**masa inilah mahasiswa perlu bangkit menggugat penguasa kerana mereka didak layak untuk dijadikan robot dan merekalah bakal pendidik kepada anak bangsa yang lain – Adam Adli




3. Safwan Anang
        • Menyedarkan kembali masyarakat apa salahnya mereka berkumpul pada malam tahun baru tersebut?
        • Kerana lebih ramai lagi yang menyambut tahun baru dengan maksiat, berjoget, tak pernah ditangkap, tidak pernah digantung.
        • Namun saudara Adam Adli digantung 3 semester atas alasan memalukan UPSI.
        • Gerakan Bebas Akademik adalah bertujuan membebaskan mahasiswa memberi pandangan yang lain dari yang lain.
        • Merancang untuk berkumpul di hadapan UPSI hingga pagi dan telah memutuskan untuk solat subuh di dataran tersebut.
  • Namun pada malam tahun baru tersebut setelah mereka berkumpul, polis yang lebih ramai dari mahasiswa, tanpa sebarang amaran, terus menangkap mahasiswa termasuklah Adam Adli, Safwan dan Ihsan.
  • Tanpa sebarang tidak balas, Safwan terus ditumbuk dan ditendang oleh pengawai polis dan dibiarkan sahaja.
  • Setelah itu, terus dibawa ke klinik namun klinik dikunci, mereka pecahkan klinik namun jururawat cakap doctor tiada.
  • Setelah itu dibawa ke hospital Slim River.
  • 5 jam dibiarkan di wad kecemasan
  • Di hospital Slim River, satu senario berlaku

    1.  Beberapa orang jurugambar mengambil gambar Safwan Anang
    2.  Isteri Safwan bertanya siapakah mereka, namun tiada jawapan.
    3.  Akhirnya mereka mengaku bahawa mereka adalah polis dari Bukit Aman
    4.  Mereka menunjukkan surat kebnaran yang tertulis “Borang Kebenaran Mengambil  Gambar”
    5. Safwan persoalkan kenapa mengambil gambar dulu sebelum meminta kebenaran
    6. Setelah diamanati, surat itu bertajuk “Kebenaran Mengambil Gambar Mangsa yang Terjatuh Pada Malam Tadi”
    7. Surat itu dikoyak Safwan dan mengugut untuk mengambil tindakan
    8. Polis-polis tersebut memujuk Safwan dan mereka mendelete gambar-gambar tersebut dihadapan dia sendiri, umpama mereka bodoh.
    9. Safwan mengambil keputusan untuk keluar dari hospital kerana tidak mahu berada di hospital yang bersekongkol dengan polis yang tidak bertanggungjawab
    10. Safwan tidak dibenarkan mengmbil laporan laporan sebelum 14 hari berlalu.

  •    Setelah bebarapa hari berlalu, ada suatu ketika, Safwan dipanggil seseorang untuk    memasuki sesebuah bilik dan mereka berkata “Anda Ditahan”. Semudah itu.
  •     Sambil-sambil berbual dengan pemandu ketika pulang ke Dungun, dia mengatakan jika  PR menawan Putrajaya, dia hendak menjawat jawatan Ketua FRU
  •       Ustaz Azhar sebagai Menteri Penerangan

**jika mati seorang Safwan Anang hari ini, akan bangkit ribuan lagi Safwan Anang dari kalangan mahasiswa.



***itulah serba sedikit coretan Admin pada malam Mahasiswa Menggugat tempoh hari dan Admin juga mendapat beberapa respon negatif dari rakan-rakan akan kehadiran Admin ke ceramah tersebut. Ingin Admin katakana disini, Admin bukanlah seorang pemuja Adam Adli, Safwan Anang serta Ihsan Bukhari, namun tujuan Admin ke sana adalah ingin mengetahui cerita serta situasi yang sebenar yang berlaku tatkala Tragedi UPSI Berdarah malam 1 JANUARI 2012 dari mulut mangsa sendiri. Admin juga BAKAL GURU seperti kalian, namun apa gunanya menjadi cikgu sekiranya mendidik ana-anak bangsa dengan crita-cerita palsu yang direka media massa yang korup serta kaki belit? Jadi inilah tujuan sebenar Admin.

***untuk sekalian mahasiswa, insyaallah Allah SWT akan menolong perjuangan kalian. INSYAALLAH.


              



**Jika dahulunya pelajar TESL dikenali sebagai pelajar sosialis dan bebas pergaulan serta bermasalah, namun pelajar TESL itulah yang menurunkan gambar Dato’ Seri Najib dan menaikkan bendera Academic Freedom di PWTC bagi menegakkan kebenaran mahasiswa serta menuntut hak sebenar mahasiswa. – Yob Tualang Sekah

**Yang benar tetap benar, yang salah tetap salah. – Adam Adli.

**Pegang sampai tok gogeh. – Safwan Anang.


                 







Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

NIRWANA ::: SUDAH CUKUP SUDAH

comments~