NUKILAN SEORANG DAEI PENGGEMAR FACEBOOK~

NUKILAN SEORANG DAEI PENGGEMAR FACEBOOK~

Dengan nama Allah swt yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani,,,,
Wahai tuhanku lapangkanlah dadaku,,,
Permudahkanlah segala urusanku,,,
Lepaskanlah segala simpulan yang berada di lidahku,,,
Agar mereka faham kata-kataku,,,

Andai patah sayap rajawali, bertongkat jua ana ana kemari, bukan kerana ingin mencari populariti, tapi ingin membawa kita semua agar bersama kita menghayati serta menyelurusi yang akan kita bawakan pada kali ini 
assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera  ana ucapkan.
Tidak dinafikan bahawa Facebook semakin menjadi kegilaan ramai pada zaman ini hatta kanak-kanak pada umur 8 tahun pun sudah mempunyai Facebook.
Namun sedarkah kah kalian bahawa zaman kini tidak mengira kaum dan bangsa semuanya semakin menggemari laman social tersebut. Untuk itu, di sini ana melampirkan sebuah situasi yang membawa diri anda merasakan jiwa penulis yang juga seorang daei dan juga penggemar Facebook.

1.       PANDANGAN PERTAMA
Aku seorang pemimpin bagi sebuah badan dakwah di institusi aku dan juga boleh dikatakan setiap kali para penuntut mempunyai masalah berkaitan agama dan sebagainya sememangnya mereka akan menghadap padaku. Oleh sebab itu aku amat disegani kerana ilmu agama yang ada padaku. sehinggalah pada suatu hari, temanku memperkenalkan padaku laman social yang dipanggil Facebook. Pada mulanya aku menolak kerana laman itu seolah-olah akan melalaikan aku dan akan menjatuhkan tsiqah aku pada pandangan penuntut di institute yang aku duduki tambahan pula aku memgang jawatan besar dalam badan dakwah. Namun secara tiba-tiba hati syaitanku membisik, “ apalah kau ni, dalam Facebook begitu ramai orang berikhtilat tau, kau pun kenalah join jugak untuk menghalang puak-puak ni,” aku hanya menurut kata hatiku itu dan terus meminta tolong rakanku untuk membuat satu akaun Facebook untukku.

2.       DATING
Baru sebulan aku membuat akaun Facebook ku dan seramai beratus-ratus friend yang aku telah ‘confirm’ kan, “rupanya ramai jugak peminat aku,” bisik hati ujubku. Hinggalah pada suatu hari aku mengenali seorang muslimat yang ‘add’ aku. Pada mulanya aku tidak menghiraukan muslimat tersebut biarpun dia selalu menghantar mesej islamik melalui Facebook ku kerana waktu itu aku masih menyedari jawatan apa yang aku sandang dan aku runsing perangai ku ini akan menjadi contoh kepada anak-anak buahku kelak. Sehinggalah pada suatu hari, si dia menghantar mesej,,,

Assalamualaikum,,,maaf lah jika mesej ana ni menganggu enta,,tapi ana sebenarnya hanyalah seorang insan yang hina yang memerlukan bimbingan bagi menyelusuri jalan hidup yang penuh dugaan ini,,,n ana merasakan hanya enta yang boleh membimbing ana kearah jalan yang betul,,,,asif sekali lagi coz selama ni ana mengganggu enta,,,,ni no fon ana 014-518xxxx,,,,wallahualam.
Aku termenung sejenak apabila membaca mesej tersebut. “aku kena tolong dia ni, sebagai seorang daie aku tak boleh menolak pertolongan dia walau dia seorang muslimat,” bisik hatiku dan bermula ketika itu lah aku mula dating di hadapan laptopku dengan Facebook dengan si dia tanpa menyedari syaitan sedaqng ketawa terbahak-bahak di belakangku.

3.       KETAGIHAN YANG BERTERUSAN DAN LUASNYA HAMPARAN KE PINTU ZINA
Aku semakin lali dengan Facebook tambahan lagi dengan kehadiran si dia dalam hidupku, aku mengagumi sikapnya yang amat menjaga auratnya dalam Facebook namun dia tanpa segan silu menghantar gambarnya padaku apabila aku meminta daripadanya dan kami saling bertukar-tukar gambar tanpa menghiraukan lagi dosa pahala, ukhwahfillah lah katakan. Rakan ku juga hanya tersenyum melihat aku bila aku sedang asyik melayari Facebook sambil tersenyum-senyu sendirian, “ haa baru kau tau betapa nikmatnya main facebook,” katanya padaku. Aku hanya mengangguk dan asyik melayan muslimatku yang telahpun married denganku melalui Facebook tanpa akad nikah, wali mahupun mas kahwin. Pernah satu ketika aku melayari Facebook bermula pada pukul 9.00 malam hingga 3.00 pagi, akibatnya aku bersolat subuh pada pukul 8.15 pagi keesokannya. Qiamullail yang dulunya aku dirikan juga telah lama aku tinggalkan dek kerana Facebook.

4.       SAYONARA DAKWAH
Aku semakin hanyut dengan Facebook hinggakan
·         Jawatan yang kusandang kulepaskan
·         Mad’uku telah ku tinggalkan
·         Ibadah sebagai amalanku  telahku sengaja lalaikan
·         Al-Quran sebagai perlembagaanku aku permainkan
·         Selawat ke atas Nabi Muhammad saw ku lupakan
·         Tsiqah juga ku hindarkan dari kamus hidupku
Semua ini terus berlanjutan tanpa kusedari dan aku terus lalai dan lalai.

*tatkala nafsu menguasai diri, peranan sebagai seorang daei dilepaskan hanya di hujung jari sahaja. Hebatnya Yahudi.
*peringatan untuk semua termasuk pada penulis sendiri,,,wallahualam,,,,  

0 comments:

Almutasaqqitun sebagai jalanku…..

Almutasaqqitun sebagai jalanku…..

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh kepada para-para blog walking sekalian dan salam sejahtera saya ucapkan,,,jadi seperti biasa pertama dan selamanya bersamalah kita mengucapkan rasa syukur kehadrat Ilahi kerana masih lagi member kita dua nikmat yang terbesar iaitu nikmat iman dan nikmat islam,,,jika tanpa dua nikmat ini kemungkinan besar al-Quran bukan lagi menjadi kitab kita dan Rasulullah saw bukan lagi sebagai idola kita,,,,seterusnya selawat serta salam keatas junjungan besar nabi Muhammad saw di atas jasa besar baginda menyebarkan Islam yang syumul ini dan sampai kepada kita yang juga dikenali sebagai umat Fasa ke-4 dan Generasi Y yang semakin menghampiri pengiktirafan sebagai Generasi Z,,,,
Namun begitu, itu bukanlah sesuatu yang menjadi tajuk perbincangan kita pada kali ini kerana insyaallah pada kali ini kita akan merenung beberapa kisah mengenai sebahagian daripada para Da’ie yang memilih satu jalan yang salah sebagai jalan penyelesaian masalah mereka,,, mungkin ada beberapa golongan yang menganggap jalan yang mereka ambil itu sebagai jalan yang betul,,,namun sesungguhnya mata mereka telah pun dikaburi oleh syaitan yang telah bersumpah untuk menyesatkan cucu cicit Adam walau dengan apa cara sekalipun,,,terimalah,,,
“ALMUTASAQQITUN SEBAGAI JALANKU”

SITUASI 1 DIRI SENDIRI
                Ahmad menganggotai badan dakwah di sekolah yang dikenali sebagai Badan Dakwah dan Kepimpinan (BDK)…dia dikenali sebagai seorang yang tidak mudah putus semangat dan sering berfungsi sebagai pemberi motivasi kepada sahabat-sahabatnya yang lain…dia juga tidak pernah ketinggalan untuk berqiamullail kerana dia berpegang bahawa pertolongan Allah swt terdapat dalam qiamullail… dia juga bertanggungjawab sebagai seorang naqib dan dia mempunyai 3 orang mad’u,,, namun malang bagi Ahmad kerana semua mad’u nya mempunyai masalah samada di asarma mahupun sekolah,,,sudah berbanyak kali nasihat diberi dan pengisian rohani yang diberikan kepada mad’u nya namun tiada satu pun yang berhasil,,,perkara ini menyebabkan diri Ahmad memberontak dan semakin tertekan,,, hinggalah pada suatu hari,,”woi Mad,,jom ikut aku lompat pagar beli burger, jom ar,” ajak rakannya. Aish aku kan seorang naqib takkan lah aku nak lompat pagar,,,”tak pe ar Ju, engko pergi lah sorang, aku tade mood lar,”,,,”la, teman aku jew,,takpe ar Mad, mentang2 lar aku ni bukan naqib,,blah ar kau,”,,,aduuuhh,, keluh Ahmad,,”ok ar,”,,”haa camtu ar kawan,” lepas daripada membeli burger mereka lepak di sebuah gerai kosong untuk menjamu selera,,,”Mad, aku tengok kau stress je ni,,meh pekena menda ni,” lalu Ju menghulurkan sebatang rokok pada Ahmad,,”kau biar betul Ju,” tapi dalam hati Aamad memang tidak dapat nafikan bahawa dia sememangnya tertekan dengan apa yang berlaku sekarang iaitu masalah berkaitan dengan mad’u nya,,,tanpa berfikiran panjang,,dia terus menyambut rokok itu dan menghembuskan makanan jin iaitu asap dari rokok tersebut. Maka disitulah bermula era pemusnahan dalam diri Ahmad yang bermula dari hisap rokok,,usrah telah dia tinggalakan, jawatan naqib semakin dilupakan, pelajaran semakin merudum dan akhirnya dia memilih,,,,,
                                                                     
                                           “ALMUTASAQQITUN SEBAGAI JALANKU,,,,,,”

SITUASI 2 RAKAN SEPERJUANGAN
                Mukhlis belajar di sebuah sekolah agama di Selangor, namun kehidupannya tak seindah namanya,,,dia juga memegang jawatan sebagai naqib di sekolahnya namun apabila diperhatikan sejarah dia ingin menjadi naqib apabila sebenarnya dia dipaksa oleh naqibnya untuk menerima tawaran sebagai naqib dan ini sedikit sebanyak membuatkannya tertekan,,,sepanjang memgang jawatan tersebut,,,Mukhlis amat dikenali sebagai yang paling tidak proaktif dalam jemaah di sekolahnya,,,pelajarannya juga tidak segah rakan-rakannya yang lain menyebabkan dia sering dihina dan diejek dalam kelas,,, malang bagi Mukhlis apabila Majlis Tertinggi dalam jemaah naqibnya juga tidak menghiraukan apa kasalah yang dihadapi Mukhlis dan apabila Mukhlis dihina dan diejek dalam kelas mereka hanyak bertindak mendiamkan diri,,, ibarat jatuh ditimpa tangga Mukhlis mendapat tahu bahawa prestasi buruk yang melandanya menjadi aib kepada jemaah naqib tersebut,,,ini menyebabkan Mukhlis semakin tertekan tambahan lagi tiada seorang pun bertindak member motivasi kepada dirinya dan dia mengambil keputusan untuk terus tidak mempedulikan jawatan yang dipegangnya,,,dia sudah penat kerana semua perkara manis yang diberitahu naqibnya dulu tidak pernah dirasainya malahn kepahitan pula semakin mendatang,,,dia kecewa dengan sikap pimpinan yang memimpin jemaah naqib mereka yang hanya tahu cakap saja dan naqib2 yang lain pula sama jer dengan yang bukan naqib,,isap rokok,,,couple,,,hipokrit,,,dan akhirnya dia memilih,,,,,
                                                                                                
“ALMUTASAQQITUN SEBAGAI JALANKU,,,,,,”

SITUASI 3 CINTA
                “kita perlulah jadi seorang naqib yang erkualiti dan kita jugalah yang merupakan pembangun semula khilafah islamiah yang hilang di Turki, kita bukanlah pemula dan kita bukanlah pengakhir, kita adalah rantai-rantai perjuangan,” begitulah lantangnya suara Sufi sebagai Ketua Naqib di sekolahnya. Dia amat bersemangat dan sering menjadi contoh kepada junior2 nya di sekolah… hinggalah pada suatu hari,,”Fi aku nak mntak tolong kau ni boleh tak,,,??” “insyaallah,,kalu boleh saya tolong”,,”ada seorang kawan aku,,perempuan,,tapi peranagi dia makin hari makin teruk,,,dan aku harap kau sorang je lah leh bentukkan dia balik,,”,,Sufi terkejut,,,kerana itu merupakan seorang perempuan,,muslimat,,,akhirnya syaitan mula memulakan tugasnya,,”apalah kau ni Sufi, dakwah tak kiralah pada lelaki ke perempuan, yang penting dia dapat mengubah akhlak dank au juga dapat membentuk seorang menjadi muslimah sejati,,” syaitan membisik,,,akhirnya”baiklah aku akan cuba member serba sedikit tarbiah kepada kawan kau itu’” setelah mengambil nombot telrfon perempun tersebut maka bermulalah “tarbiah” Sufi terhadap perempuan itu,,sedikit demi sedikit perempuan tersebut berubah dan malangnya Sufi semakin tidak menghiraukan jemaah dia dan jawatan di sebagai seorang Ketua Naqib dek kerana dipujuk syaitan untuk “mentarbiah” perempuan tersebut,,akhirnya Suif mendapat mesej dari perempuan itu,,” salam ya akh,saya amat berterima kasih di atas kesudian akh membaiki diri saya dan kepercayaan saya pada akh juga semakin tinggi, sebenarnya saya memandang akh lebih dari seorang kawan dan diharapkan perhubungan kita ini benar-benar menuju mardhatillah,,” akhirnya perhubungan mereka  yang hanya lah sebagai sahabat maka terbentuklah bait-bait percintaan dari dalam diri mereka,,,maka setelah itu Sufi telah memilih,,,,
                                                                         
“ALMUTASAQQITUN SEBAGAI JALANKU,,,,,,”

Jadi, inilah serba sedikit kisah mengenai sang Da’ie yang kecundang,,namun apabila difikirkan balik semua ini adalah kesilapan Da’ie itu sendiri kerana tidak memanfaatkan peluang mereka sebagai seorang naqib untuk lebih mengabdikan diri pada Allah swt,,,insyaallah jika mereka yakin akan janji Allah swt,, mereka akan dibela daripada bisikan-bisikan syaitan yang durjana,,,wallahualam,,,


0 comments:

Dakwah vs Couple,,,??? Dakwah melalui Couple,,,??? Dakwah sambil Couple,,,,???

Dakwah vs Couple,,,???
Dakwah melalui Couple,,,???
Dakwah sambil Couple,,,,???

Assalamaulaikumwarahmatullahiwabarakatuh,,,,,,Alhamdulillah pertama dan selamanya n tiada akhirnya bersamalah kita bersyukur kehadrat Ilahi kerana masih lagi diberi peluang untuk menghirup udara segar pada hari ini,,,,seterusnya bersamalah jua kita mengucapkan salam keatas junjungan besar nabi Muhammad (saw) kerana Baginda lah yang membolehkan Islam yang kita anuti ini berkembang hingga 2/3 dunia,,,,
Lagi ana ingin mengucapkan  ribuan terima kasih kerana sudi melawat blog ana ini yang mengandungi maklumat yang tak seberapa ini,,,,namun sebarang maklumat mengenai Islam remaja masa kini perlu diteruskanb untuk kebaikan bersama,,,,,
Jadi mungkin topic yang ana ingin bawakan ini akan menimbulkan pelbagai persepsi dari pelbagai pihak samada lelaki atau perempuan,,,,,=) namun apa yang ana ingin sentuh ini merupakan pengalaman ana sendiri dan juga hasil daripada perkongsian beberapa rakan yang saya jadikan kawan bagi mengupas isu ini,,,,DAKWAH DAN COUPLE,,,,=)

TOPIK 1 DAKWAH vs COUPLE

                Mengenai topic ini,,,pernyataan secara jelas mengatakan bahawa dakwah tidak boleh dicampuri dengan fenomena couple,,,mungkin ada yang mengatakan mereka couple kerana pasangan mereka merupakan pencetus aspirasi kepada kegiatan dakwah mereka,,,, ini merupakan salah satu dari pernyataan yang dikeluarkan oleh salah seorang sahabat dan ana akui dia mempunyai ilmu agama yang cukup tinggi dan menganggotai sebuaha badan dakwah di sekolahnya,,,,namun bukan si dia yang ingin kita bincangkan tetapi ana ingin mengutarakan pandangan bahawa Dakwah sama sekali tidak boleh bercampur aduk dengan couple,,,,banyak sebab yang boleh kita usulkan dan salah satunya adalah “TSIQAH” yakni kepercayaan orang lain terhadap pendakwah itu sendiri,,,,cuba bayangkan sekiranya pendakwah terbabit begitu tinggi jawatannya dalam organisasi yang menjalankan kegiatan dakwah,,,namun apabila diselidik dia rupanya menjalin hubungan dengan seorang muslimat,,,,pada asalna berhubungan dengan kalimah “UKHWAHFILLAH” mula bertukar dengan “I LOVE U”,,,,

Formula
                                UKHWAHFILLAH              >>>        I LOVE U 
                                                                                >>>        SAYANG AWAK 
                                                                                >>>        MISS U 

 Jadi apa yang menyebabkan seseorang pendakwah itu perlu melawan couple adalah bagi membantu pendakwah itu sendiri untuk melaksanakan tugas mereka agar tidak dihalang oleh maksiat yang dilakukannya itu yakni COUPLE,,,,

TOPIK 2 DAKWAH MELALUI COUPLE

assalamualaikum syeikh,,,,boleh ana tanya sikit tak,,???” “boleh ya akhi,,,tanyalah,,,” “macam ni syeikh,,,sebenarnya ana segan nak bertanya kerana ana ni tidak mempunyai apa-apa jawatan dalam badan dakwah sekolah kita ni dan enta pula berpangkat sebagai Majlis Tertinggi,,,jadi ana diberitahu sahabat-sahabat kita yang lain yang langsung tidak mempunyai kaitan dalam kegiatan dakwah kita ini mengenai perihal enta ni couple,,,boleh enta jelaskan,,,???” “owh hahaha,,,,betul dan ana mempunyai hujah ana sendiri kenapa ana couple” “boleh enta jelaskan pada ana ,,?? Kerana setahu ana couple itu haram,,” “macam ni ya akhi,,,kita sebagai pekerja badan dakwah ini perlu berfikiran matang dan jauh,,,tujuan ana couple adalah bagi menarik minat muslimat tersebut agar tertarik dan tertanam dalam dirinya akhlak islamiah agar dapat menjadi wanita solehah,,,kita berdakwah ni perlu TSABAT WA MURUNAH yakni matlamat kita tetap iaitu menyebarkan islam,,,tetapi perlu fleksibel,,,jadi ana mengambil langkah melalui couple bagi menyebarkan islam,,,,dengan cara ini muslimat tersebut menjadikan ana sebagai tempat rujukan dia mengenai hal2 agama yang dia ingin ketahui,,,Alhamdulillah Allah merestui hubungan kami dan tandanya ialah muslimat tersebut semakin hari semakin berubah akhlaknya,,,,”
                Ini merupakan serba sedikit kisah yang dikongsi kepada ana mengenai dakwah melaui couple,,,,apakah pandangan kalian mengenai pendakwah yang couple tersebut,,,??? Ini persoalan yang ana ingin utarakan :_

1.       1.   Betulkah pandangan pendakwah tersebut menggunakan ilmu agamanya bagi menghalalkan apa yang dia        lakukan,,,? 
2.      2.    Apakah yang perlu dia jawab sekiranya apabila dia ingin menghalang sesuatu kemungkaran,,ada sahabat yang mengatakan “engko tu dah lar pimpinan badan dakwah,,,cakap bergegar masjid,,,tp couple,,,benda haram jugak,,,ape bezanya kitorang yang isap rokok n pakai seluar pendek ni,,,”,,,
3.      3.    Perubahan muslimat tersebut merupakan RAHMAT atau ISTIDRAJ,,,???

Fikirkan,,,,,

TOPIK 3 DAKWAH SAMBIL COUPLE

                Tidak dinafikan bahawa 90% badan dakwah di sekolah atau institusi terdiri daripada muslimin dan muslimat…jadi masalahnya di sini ialah para anggota badan dakwah terbabit menggunakan kesempatan yang ada bagi mengaburi kegiatan mereka tersebut,,,,

1    1.    Ana dengan dia bukan mesej pelik2 bang,,,tengah bincang pasal program nie.
2.      2.    Astaghfirullah,,,kitorang bukan dating  ya akh,,,,juz nak bagi buku “ma za ya’ni” jew.
3.     3.     “ana nak tnye enta bleh,,,??? Tak salah ke kita couple ni,,sedangkan presiden baru je gitaw yang couple tu haram,,” “ aish enti nie,,,bukan ke Allah swt ciptakan setiap makhluk itu berpasangan untuk saling berkenal-kenalan,,,???


Perkara ini amat biasa dtemui tambah2 lagi sama-sama anggota badan dakwah,,, ingin juga ana nyatakan di sini syaitan bukannya sebodoh yang kita sangka,,,mereka boleh menggunakn pelbagai cara bagi menyesatkan anak cucu nabi adam,,,dan apabila direnugkan kembali antara sebab2 tersirat mengapakah seorang anggota badan dakwah sanggup menggunakan ilmu agamanya bagi menghalalkan apa yang dia lakukan adalah kerana syaitan telah berbisik padanya agar menggunakan ilmu agama yang ada pada dirinya,,,jadi jelas disini bahawa syaitan menggunakan ilmu agama yang ada pada diri kita agar menghalalkan apakah yang kita lakukan,,,

TEPUK DADA TANYA IMAN
RENUNGKAN
AL-AHZAB 33 : 36


0 comments:

Cinta si Budak Agama

Cinta si Budak Agama

Naim pelajar tingkatan 5 di sebuah Sekolah Agama Persekutuan.Dia seorang yang tinggi ilmu agama dan mempunyai politik yang agak stabil di sekolah dan Siqahnya(Kepercayaan orang terhadapnya) tinggi.Apabila Ustaz tiada di antara Magrib dan Isyak,dia akan ke hadapan.Samada memberi tazkirah atau mengepalai bacaan Mathurat.Pergaulan dengan perempuan dijaga dengan begitu sempurna,jika mesyuarat terpaksa bercampur lelaki dan perempuan,sama sekali dia tidak akan mengangkat pandangannya.Semua orang menghormatinya,baik yang junior mahupun senior,baik yang laki-laki mahupun perempuan.Jika ada senior yang tengah membuli junior,jika Naim ada di tempat kejadian,proses buli itu akan bertukar menjadi majlis maaf-bermaafan.Inilah ‘kuasa’ Naim di sekolahnya.
Dia menjadi contoh teladan bagi setiap pelajar sekolahnya.Setiap mata-mata yang wujud di sekolah itu selalu memerhatikan pergerakannya dan mengambilnya sebagai contoh kehidupan yang paling sempurna.Dek kerana mengetahui banyak mata memerhatikannya,dia betul-betul menjaga akhlaknya.Bukan kerana manusia tetapi kerana Allah.Niatnya hanya satu,supaya Islam itu terpancar dari dirinya.Hebatnya dia dalam menjaga akhlaknya, tidak ada seorang pun di dalam sekolahnya melainkan teman sebiliknyanya yang pernah melihat kulit badannya walaupun dia seringkali bermandi-manda di kolah berhampiran dengan surau.
Sudah pasti,ramai perempuan yang menggilainya walaupun dia tidak mengetahui hal itu.Di hadapannya semua baik,tunduk dengan penuh tawadukknya tapi berlalunya Naim dari tempat itu,mula lah mulut mereka bergerak memuji dan mengumpat tentang Naim.Bukan sahaja pelajar biasa yang meminati Naim tapi ada juga pelajar-pelajar perempuan yang memegang tampuk kepimpinan sekolah yang meminatinya cuma tidak disuarakan, bimbang ditegur dan yang paling mereka takuti,takut cinta mereka ditolak.Tambahan pula Naim banyak kali mengingatkan pelajar-pelajar supaya menjauhi zina hati,zina yang tidak dapat dilihat dan tidak dapat dirasa tatkala dia memberi tazkirah.

Namun,hatta nabi Sulaiman yang menjadi raja dunia itupun diuji Allah,inikan pula seorang pelajar sekolah agama yang ilmu agamanya masih bertatih, bahasa arabnya masih merangkak-rangkak.Dia diuji dengan kehadiran seorang pelajar perempuan yang baru pindah ke sekolahnya.Namanya Nisa, Khairun Nisa.Orangnya putih,bertahi lalat di pipi sebelah kanan sedangkan Naim di sebelah kiri.
“Ana Khairun Nisa,sila beri tunjuk ajar.”Nisa memperkenalkan dirinya.
Dalam mahu yang bercampur dengan iman di dalam hatinya,Naim melihat Nisa dengan sipi-sipi matanya sahaja. Ingin dia merenung Nisa dengan lebih tajam tapi iman di dadanya masih kukuh bak tembok besar cina.
“Cantiknya,”hati Naim bermonolog.
Tidak sampai sekelip matapun,imannya menampar hatinya.Dia terus sedar dari diulik oleh syaitan dan lantas dia beristighfar,memohon ampun daripada Tuhan dek kerana melakukan zina,zina hati.Ingin sahaja matanya mengeluarkan bintik-bintik mutiara tanda sesalnya dia akan dosanya namun selaput kaca di matanya masih tebal.Mungkin penyesalannya masih belum kuat untuk memecahkan selaput kaca itu.
Saat berganti saat,hari berganti hari,Nisa pun terpilih untuk menjadi salah seorang AJK surau sekolah dek kerana dia asyik ke surau berbanding dengan pelajar-pelajar yang lain.Subuhnya di surau,Dhuhanya di surau,Zohornya di surau,Asar,Magrib dan Isyaknya di surau.Seringkali Naim terdengar suara wanita sedang membaca Al-Quran di balik tabir biru yang memisahkan lelaki dan perempuan,ingin dia mengintai siapakah gerangan hamba Allah itu tapi iman masih tebal menyelaput hati nafsunya.Ditakdirkan Allah,suatu hari dia ternampak Nisa masuk ke surau perempuan,maka tahulah dia bahawa suara perempuan yang didengar selama ini ialah suara Nisa.
Sedang dia sedang bersendirian berdoa selepas solat sunat Dhuha,dia terdengar satu suara perempuan meminta tolong dari balik tabir.Suara perempuan itu sayup-sayup.

“Ish..Nak tolong ke tak..Kalo aku masok belah pompuan,bukanke khalwat..ye la,mane ade orang…aku dan die je..takley,aku mesti bagitau ustaz hal ni,biar ustaz tolong..”Imannya bersuara.
Tapi 1 tetap kalah kepada 2.Imannya kalah dengan nafsu dan syaitan yang menggodanya.
“Kalo aku tak tolong,maybe…em…aku intai dulu la,kalo serius aku tolong segera kalo tak,aku lapor kat ustaz,”akal mula campur tangan.
Tabir biru itupun diselaknya dan dia mendapati jari Nisa terkepit di almari Quran.Walaupun sakit Nisa tetap menahannya,bimbang maruahnya jatuh di hadapan seorang ketua badan Agama sekolahnya.Dan ketika itulah makhluk durjana yang bernama syaitan mula mengambil peranan.Disuntiknya bius-bius dosa ke dalam hati Naim supaya Naim tidak terasa melakukan dosa.
“Em..Aku kene lapor kat ustat ke?Patot ke aku tolong?Bley ke aku pegang tangan die?Dose..”Imannya bersuara.
“Ah,darurat,darurat.Even babi pun boleh makan kalo darurat.”Akal yang dibalut dengan nafsunya membuat pertimbangan.
“Betul juga,ok,aku tolong.”Hatinya membuat keputusan sambil disahkan oleh Syaitan.
“Er,Nisa tahan ek,kejap saya tarik pintu almari ni.”Dia memberi arahan kepada Nisa.
“…ok…”Suara Nisa bagaikan bunyi ikan bersuara,entah dengar,entah tidak.
Pintu almari berjaya dibuka,jari Nisa terlepas dari kepitan almari.Merah bak biji saga jarinya,hampir-hampir saja berdarah tapi kulitnya masih kuat menahan segala isi cecair daripada keluar.Tiba-tiba,Naim tanpa berfikir panjang memegang jari Nisa.Niatnya hanya satu,ingin melihat keadaan jari Nisa.Tapi dengan pantas Nisa menariknya dan berlari turun daripada surau dan menuju ke kelas.
“Ya Allah,apa aku telah buat ni…Aku bukan sengaja melakukannya Ya Allah..Ampunilah aku..”Dia berdoa,menangis menyesal dosa yang baru sahaja dibuatnya sebentar tadi.

Habis sahaja air matanya kering,hatinya diketuk dengan pelbagai soalan.Bukan soalan agama tetapi soal maruah dan Siqahnya.Bagaimana jika Nisa menceritakan hal tadi kepada kawan-kawannya?Bagaimana kalau cerita itu bocor kepada junior-juniornya?Kalau ustaz dapat tahu,pasti dia akan dilucutkan dari segala jawatan yang disandangnya sekarang.Dia akan dicemuh dan dihina.Dia tidak akan dapat peluang ke depan lagi sewaktu ketiadaan ustaz.Dia bimbang bercampur keliru.
Lamunannya tersentak apabila satu suara memberi salam untuk masuk ke surau.Peluh-peluh resah dan gelisah mengalir di pipi kanannya,dia masih di dalam bahagian surau wanita.Apa yang harus dijawab jika ditanya. Ya,menipu.Menipu adalah jalan penyelesaian yang terbaik buatnya sekarang.Lagipun dia cam suara itu,itu suara Khairul,teman sebiliknya.Baginya tidaklah berdosa menipu teman sebilik yang akrab dengannya.
“Eh,Im.Ape ko wat lam surau pompuan tu?”Soal Khairul,kelihatan di mukanya perasaan ingin tahu.
“Eh,takde ape-ape la.Aku just check samada quran cukup tak belah pompuan.”Jawab Naim.
“Owh,baguslah wat kerja baik atas rumah Allah ni.Insya Allah ko dapat pahala,taknak share ngan aku?”gurau Khairul.
Gurauan yang pada dasarnya kelihatan seperti satu lawak bodoh tetapi ada perkataan-perkataan yang menghantui fikiran Naim iaitu ‘RUMAH ALLAH’.
Ya,di atas rumah Allah inilah Naim melakukan maksiat.
Di atas rumah Allah inilah Naim menipu.
Semuanya di atas rumah ini,rumah kepunyaan Tuan segala tuan.
Tiba-tiba dia menangis tetapi bukanlah menangis seperti anak kecil menangis.Hanya air mata sahaja mengalir di atas pipinya yang sedikit cengkung.Khairul terkejut melihat Naim menangis dan bertanya sebab Naim menangis tetapi Naim hanya berdiam.Khairul membuat andaian sendiri,pada pendapatnya mungkin Naim menangis kerana bertaubat.Lantas perasaan cemburu mula menguasai dirinya.Inilah dia tanda orang beriman,pantang melihat orang lebih dekat dengan Kecintaan nya,pasti dia cemburu.
“Eh Im,kelas da nak start.Jom!”Ajak Khairul.

“Ok,”balas Naim.
Pelajarannya selepas waktu rehat tadi tiada makna.Sepatah kata yang keluar dari mulut cikgu-cikgunya tidak satupun diingati atau diberi perhatian.Matanya tajam memandang ke arah papan hijau di hadapan kelas tetapi fikiran jauh ke laut mencari ketenangan.Jasadnya wujud tapi ruh akalnya tiada.Bukan sibuk memikirkan penyelesaian tetapi sibuk mencari masalah-masalah yang akan timbul jika cerita tadi diketahui umum.
Rupa-rupanya,bukan Naim sahaja yang berjasad tanpa akal,begitu juga dengan Nisa.Cuma ada kelainannya. Nisa sama sekali tidak bimbang tentang nasibnya jika cerita itu bocor atau ada mata yang terpandang peristiwa tadi tetapi kepalanya sibuk memikirkan tentang Naim.Kedudukannya di dalam kelas menyebabkan matanya tidak berkelip memandang Naim dari belakang.Baginya,alangkah bertuah sesiapa yang dapat menawan hati Naim. Kesopanan dan kebaikan yang ditunjukkan oleh Naim sebentar tadi,betul-betul memikat hati suci si gadis ini.Begitulah nasib si Abid tanpa Ilmu.Pantang ditiup angin,pasti dia rebah.
Tangan mula mengambil peranan,diambilnya pen merah jambu kesukaannya dan diambil sehelai kertas memo yang berada di dalam laci mejanya.Sepucuk surat ditulis sebagai tanda terima kasih buat si jejaka budiman. Surat sahaja tidak cukup,dibelinya sekotak air laici yang berharga 80sen dengan duit seringgit.Bakinya dibeli sebatang choki-choki,juga sebagai hadiah.
Seperti kebiasaannya,Naim datang ke kelas seawal mungkin.Selesai sahaja solat Zohor berjemaah dan makan di dewan makan,tanpa menyalin pakaian,dia terus ke kelas.Baginya masa itu emas dan tidak boleh dibazirkan walaupun sesaat.Masih banyak pelajaran tingkatan 4 dan tingkatan 5 yang belum dikuasainya.Tabiatnya ini menjadi ikutan sesetangah pelajar yang lain.Pabila dia melangkah kaki ke dalam kelas,alangkah terkejutnya dia apabila dia melihat sepucuk kertas yang dilipat 2 dan ditindih dengan sekotak air laici dan sebatang choki-choki.


Isi suratnya:
Salam..
Terima kasih kerana tolong ana..
Kalau anta takde tadi,tatau la macamana ana nak buat..
Jangan bimbang,ana tidak akan membocorkan hal tadi kepada orang lain..
Ukhwah Fillah,
Nisa’

Sambil menghirup air laici dalam kotak itu,dia tersenyum.Dengan mengoyak plastik depan choki-choki,dia membetulkan kerusinya,mempersiapkan dirinya untuk menulis surat balas kepada Nisa.Sebaik sahaja pen nya ingin menyentuh dada kertas putih berbelang biru itu,dia terfikir alangkah bagusnya kalau dia mempunyai pen berwarna-warni supaya Nisa tidak jemu membacanya.Mata hitamnya terpandang bekas pensil kawan di hadapannya.Tidak pernah dia menyentuh barang orang lain tanpa izin tapi kali ini tidak lagi.Entah kawannya bagi atau tidak,dia terus menggunanya atas alasan yang sangat biasa, “standardla,kawan..”Maka bermulalah kisah cinta Naim,Si Budak Agama.Balas dia:

Salam,
Terima kasih atas minuman dan makanan yang saudari bagi,
Ana tidak buat apa-apa melainkan untuk menolong insan dalam kesusahan,
Bukankah Islam menyuruh kita menolong orang dalam kesusahan?
Moga Allah meredhaai kita,
Dan,salam perkenalan.Ana Naim.
Naim

Diselitnya surat ini ke dalam buku latihan Nisa’ dengan harapan yang membulat.Maka,Naim dan Nisa mula berbalasan surat.Walaupun pada awalnya,kedua-dua merasa kekok dek kerana dua-dua mempunyai tapak agama yang boleh dikatakan kukuh. Ada juga Nisa bertanya di dalam suratnya, “Kita berbalas surat ni,tak salah ke di sisi Islam?”
Pening juga Naim dibuatnya namun disejukkan hatinya dan hati Nisa dengan jawapan, “Takpe,kita dating tak pernah.Bertentangan mata jarang sekali. Kita Ukhwah Fillah.Kita berhubungan inipun semata-mata kerana Allah.Kita niat untuk berkahwin,bukan untuk buat maksiat.”
Nisa membalas, “bagaimana pula dengan zina hati?”
Lalu Naim membalas, “mana ada zina hati.Zina hati tu ulamak yang buat dengan tujuan umat Islam tidak mendekati zina.Rasulullah tak kata pun.Lagipun cinta ini fitrah,masakan Allah zalim mengharamkan apa-apa fitrah manusia?” Hilang sudah prinsip yang dipegangnya selama ini.
Walaupun Nisa tidak berpuas hati dengan jawapan Naim,namun dek kerana cintanya dia kepada Naim,di’iya’kan sahaja ‘fatwa’ kekasihnya itu.
Naim dapat mengesan rasa sangsi kekasih hatinya melalui gaya bahasa dan cara penulisan yang agak sedikit berbeda,lalu dia membalas, “Nisa’,bukankah Allah berfirman bahawa perempuan baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik?Ana yakin anti baik dan ana pun yakin yang anti rasa ana baik.Tidak sekali Allah kata isteri yang baik untuk suami yang baik tetapi Allah kata perempuan dan lelaki bermakna belum berkahwin pun takpa.Anti meragui Quran?”
Terdiam Nisa’ membaca ‘fatwa’ baru buah hatinya itu.Ingin dia membantah tetapi bimbang dianggap meragui Quran. Mindsetnya yang mengatakan buah hatinya mempunyai ilmu setinggi langit itu menyebabkan dia semakin yakin dengan ‘fatwa-fatwa’ itu.
Siqah bukanlah kerja manusia.Pengaruh bukanlah kawalan manusia.Hati manusia tidak boleh dibeli dengan mata wang, kesetian tidak boleh diperdangkan dengan kemewahan.Semuanya hak mutlak Allah,Tuhan yang membolak balikkan hati manusia.Jika Dia menghendaki seseorang itu mulia,maka mulialah orang itu walaupun pada awalnya dia hanya seorang anak yatim piatu.Jika Dia menghendaki seseorang itu hina,maka hinalah orang itu di atas tahtanya sendiri.Semuanya bukan dengan tiba-tiba tetapi ada syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Nya yang diberi nama Sunnatullah.

Kepercayaan manusia terhadap seseorang itu akan datang bila dia mendekatkan diri dengan Tuhannya. Kesetiaan seseorang terhadapnya menjadi lebih solid pabila dia menyempurnakan apa yang dilafaznya.Inilah hukum yang ditetapkan Ilahi.
Makin hari,pengaruh Naim semakin jatuh.Kawan-kawan dan junior-juniornya semakin bosan dengannya.Sebab?Tiada. Jelas sekali soal hati,Dia yang punya.Hidup Naim juga menjadi tidak tentu hala.Dulu dia berbaju ketika mandi di kolah,kini tidak lagi.Pertimbangan akal menjadi semakin kurang,mungkin terlampau tebal kabus dosa yang menutupi hatinya.Siqahnya kian jatuh.Terkadang dia dimarahi oleh cikgu-cikgu kerana prestasinya yang kian merosot.
Dia merasakan tekanan semakin bertambah.Tiada lagi sakinah yang dianugerahkan kepadanya dulu.Tiada lagi senyuman tatkala kesusahan.Tiada lagi nasihat-nasihat penenang yang mampu diberi pabila adik-adik datang meminta nasihat.
Jika dulu dia mampu mengambil tugasan luar walaupun ketika peperiksaan bulanan dijalankan,kini tidak lagi.Bukan peperiksaan pun dia tidak dapat mengatur masa dengan baik.24 jam baginya tidak cukup.Masa untuk dia belajar,masa untuk dia berpersatuan dan masa untuk Nisa.Pernah dia berdoa meminta diberi 1 jam lebih tapi dia tidak sedar bahawa jika dia diberi 100 jam lebih pun,pasti tidak mencukupi.
Khairul merasa hairan dengan perubahan sikap kawan sebiliknya itu.Kadang-kadang tersenyum seorang diri,kadang-kadang masam dan kadang-kadang seperti bercakap seorang diri.Naim seakan-akan gila.Betul Naim gila,gila bayang.Panahan syaitan benar-benar telah menusuk ke dalam hatinya,membuat satu lohong iman di dalam hatinya.Khairul cuba bertanya mengapa dia seakan-akan berubah tapi dimarahnya Khairul, “kubur lain-lain,syurga lain-lain,neraka pun lain-lain!”

“Betul,sebab lain-lain la aku nak tanya ko.Mane la taw ko ade masalah,bimbang takut di sana pun ko ade masalah.”Ujar Khairul.
“Ko taw kan firman Allah, kuu anfusakum wa ahli kum naara?”Soal Naim.
“jagalah diri kamu dan ahli keluarga mu daripada api neraka..jadi?”Jawab Khairul.
“Jadi?!Aku ahli keluarga kau ke?!”Marah Naim lagi.
Khairul terdiam sedar bahawa ilmunya tidaklah setanding dengan Naim.Perasaan kesal timbul dalam hatinya atas tindakan sahabatnya sebentar tadi.Namun,atas dasar silatur rahmi kerana Allah,dia nekad untuk mengetahui punca Naim berubah. Baginya pokok tidak akan bergoyang jika beruk tiada di dalamnya.Walaubagaimanapun,Khairul tidaklah selicik Naim, dia buntu apabila memikirkan adakah tindakannya selari dengan Islam atau berserenjang dengan Islam.Lalu disampaikan isi hatinya kepada Ustaz Faidi, Mentornya.
“Er Ustaz,saya ada masalah nak bincang dengan ustaz.”Bagitahu Khairul.
Ma?”Soal Ustaz balik.
“Ustaz,saya bimbang dengan Naim,teman sebilik saya.Perangainya seperti sudah berubah.Dia macam bukan dia..Er, tataw nak terang macamana..”Terang Khairul.
“Na’am,ana pun perasan perubahan pada Naim.Dia dah bukan macam dia yang dulu.Banyak perubahannya.”Tambah Ustaz.
“Saya rasa,ada yang disembunyikan olehnya Ustaz dan saya rasa,ada baiknya saya menyiasat..Bolehkah ustaz?”Soal Khairul.
“Dalam Islam,mengintai mencari kesalahan orang ini diistilahkan sebagai Al-Tajassus.Hukumnya asalnya haram tapi boleh berubah menjadi harus pabila diperlukan.Dan dalam keadaan ni,hukumnya harus.”Terang ustaz.
Penyiasatan bermula dan penyiasatan Khairul bertemu dengan jalan buntu.Tiada sebarang benda buruk yang dilakukan Naim.Namun,pabila Allah menghendaki yang gelap menjadi terang,dihilangkan bintang dan diganti dengan matahari. Sepandai-pandai tupai melompat,akhirnya jatuh juga ke tanah.Akhirnya surat yang disimpan selama ini dijumpai oleh Khairul ketika dia sedang membersihkan surau.Rupa-rupanya,surat-surat yang dihantar oleh Nisa’,selama ini disimpan di balik almari al-quran di hadapan tempat imam solat.Terkesima Khairul dibuatnya apatah lagi ketika membaca perkataan-perkataan yang telah berlaku evolusi,daripada ‘ana’, ‘anti’, kini ‘sayang’, ‘ayang’.Daripada ‘ukhwah Fillah’ kini ‘I luv U’.

Khairul tidak salah lagi,surat itu kepunyaan Naim.Tertera nama Naim di atas belah kiri surat, ‘Buat Naim ku sayang’. Dalam tidak sedar,Khairul menangis.Dia betul-betul sedih membaca surat-surat itu,bukan kerana Nisa yang dalam pemerhatiannya juga dirampas orang tetapi sedih bagi pihak Naim.Terngia-ngia di telinganya bacaan ayat 2 dan 3 surah As-Saf yang selalu dibaca oleh Naim ketika menjadi Imam Magrib.Mengenangkan maksud ayat-ayat tersebut yang secara ringkasnya membari maksud melarang orang beriman daripada memberi nasihat tentang apa yang mereka perbuatkan, Khairul terus menangis.
Dari luar surau,kelihatan Naim yang baru sahaja sampai di surau.Tanpa berfikir tentang benda lain,Naim terus memandang ke arah tempat penyimpanan ‘harta karun’nya itu.Terperanjat dia apabila mendapati Khairul sedang memegang ‘harta-harta karung’nya itu dan tanpa berfikir panjang,dia berlari ke arah Khairul.Sekali lagi dia melanggar prinsip yang diajar kepada orang-orang lain supaya menghormati rumah Allah,jangan berlari-lari di atasnya.Dia lupa bahawa dia pernah melarang kawan-kawannya yang bergurau di dalam rumah Allah,katanya bahawa berlari di atas rumah Allah seperti berlari di atas perut ibu sendiri yang sedang sarat mengandung.Entah benar,entah tidak.
Ditolaknya Khairul ketepi dan dirampasnya semua surat-surat yang dipegang oleh Khairul.
“Woi,ape ko buat ni?!!!”Marah Naim.
“Woi?Mana pergi bahasa mu wahai kawan?Mana pergi sopan santun mu wahai kawan?Mana pergi dirimu yang dulu wahai Naim?”Soal Khairul sambil mengesat air mata yang sedang mengalir.Naim terdiam.
“Rupanya,inilah masalah mu wahai kawan.Tiada ku sangka dirimu sedemikian,wahai kawan.Bagiku engkau lah model, engkaulah insan sempurna yang memancarkan sinar Islam ke sekolah ini.Kini kau sirna wahai kawan,kau mutiara yang kian sirna!”Marah Khairul.
“Ah,kau peduli ape!”Naim bersuara walaupun hatinya terkesan dengan kata-kata Khairul.
“Jujur aku tanya,kau couple Im?”Soal Khairul.

“Aku couple ke,aku tak couple ke,tu soal aku la.Dosa biar aku tanggung sendiri!Jangan risau la,aku takkan heret kau masuk neraka sama dengan aku!”Lantang sungguh Naim berbicara.Dia lupa di atas lantai rumah siapakah yang dia pijak sekarang.
Khairul berlalu dari tempat itu dengan penuh penyesalan.Ingin dia salahkan takdir kerana menemukan dia dengan seorang kawan yang hipokrit seperti Naim namun dia akur dengan qada’ dan qadar Ilahi.
Semasa mereka bekelahi sebentar tadi,mereka bukan berdua.Di balik tabir biru itu ada 3 pasang telinga yang mendengarnya secara tidak sengaja.3 orang pelajar junior perempuan baru sahaja selesai mendirikan solat sunat Dhuha mendengar setiap butir perkataan yang keluar daripada mulut mereka berdua.
Malang si Naim.3 orang pelajar itu bukanlah pelajar yang diam sifatnya.Dihebahkan berita Naim berpacaran ke setiap juzuk sekolah sehingga para cikgu pun tahu mengenainya.Ke mana sahaja Naim pergi,pasti ada mata-mata yang memandangnya dengan hujung-hujung mata dan sebaik sahaja Naim pergi,mulalah syaitan berpesta dengan dosa mengumpat.Bertambah malang bagi Naim,dia tidak tahu bahawa semua orang telah tahu dia berpacaran.Tazkirah yang seringkali ditunggu oleh semua pelajar kini dicemuh,dihina dan dikutuk oleh semua yang mendengarnya kecuali kekasih hatinya,Nisa.
Khairul,si sahabat setia ini tidak senang mendengar orang mengumpat sahabat sejatinya. Akhirnya dia berkeputusan untuk menyampaikan sendiri kepada Naim bahawa semua orang sedang mencelanya.
“Im,senanye..Sume orang da taw ko couple..”Bicara Khairul secara perlahan.
“Hah?!”Terkejut Naim.Apa yang ditakutinya kini menjadi realiti.
“Ko bagitaw orang?!!!!”Soal Naim.
“Eh,tak..Aku pun tak taw macamana bley..”

“Ah!! Inilah kawan! Kawan makan kawan! Aku tau dari dulu lagi ko dengki ngan aku, ko dengki ngan jawatan aku dapat!Aku taw kau sengaja nak jatuhkan aku!”Naim memotong dengan lajunya,melebihi had laju yang sepatutnya.
“Demi Allah..”
“Jangan main dengan sumpah!Berani sebut nama Allah dalam wat dosa,dasar…”Sekali lagi Naim memotong,laju benar susun katanya.
“Aku menyesal bagitahu kau,aku ingat kau la kawan aku yang sejati rupa-rupa..”
“Rupa-rupa apa?!Musuh?!”Naim marah lagi.
“Na’am!Musuh Allah,musuh agama Allah!Ko nasihat orang jangan bercouple,jangan zina hati, jangan itu,jangan ini tapi dalam masa sama kau buat!Ko lupa ayat-ayat surah As-Saf yang ko selalu baca tyme jadi Imam?Ko lupa?!Meh aku ingatkan ko! Wahai orang beriman jangan kau melarang apa yang engkau kerjakan,sungguh besar kemurkaan Allah pada engkau! Ya,pada engkau Naim!Allah memurkai mu dan layaknya aku membenci mu!” Balas Khairul dengan penuh perasaan kecewa.Lalu dia meninggalkan bilik dengan menarik tombol pintu dengan sekuat-kuatnya.
Keheningan dan kesunyian malam itu dipecahkan dengan dentuman pintu bilik khas,bilik Naim dan Khairul.Di sekolah itu mereka sahaja yang diberi keistimewaan untuk tinggal di bilik dan orang lain di dorm,memandangkan mereka ialah ketua dan penolong ketua pelajar di sekolah itu.Pelajar-pelajar senior yang mendengarnya keluar dengan berlari,hati mereka ingin benar mengetahui apa yang berlaku namun kelihatan hanya Khairul sedang berjalan menuju ke tandas.Berbeza pula dengan pelajar junior,mereka dengan lajunya menutup lampu dan berpura-pura tidur,bimbang nama mereka dipanggil untuk dijadikan ‘lauk’ para senior malam itu.
Kata-kata Khairul benar-benar menikam qalbu terus ke akal.Tersentak Naim buat seketika. Mimpi ngeri dalam hidupnya baru 

bermula.Tidak,dia baru sedar yang dia dalam mimpi ngeri. Tindakan segera wajib diambilnya jika tidak Siqahnya akan terus merudum jatuh menyembah bumi.Jika dia terus begini,tiada lagi ‘Abg Naim Si Budak Surau’ atau gelaran ‘Wali Naim’.Tiada lagi kesetiaan,tiada lagi kepatuhan dan tiada lagi insan yang akan menghormatinya menggunakan hati mereka.Apa yang ada hanya lakonan.Buah di luar, duri di dalam.
Dikuatkan hati,diringankan tangan untuk menulis surat terakhir buat kekasih hatinya. Tapi ternyata dia gagal.Semalaman dia tidak lena,pening memikirkan jalan penyelesaian yang pasti tiada jawapannya.Akibatnya,dia tertidur di dalam kelas.
“Naim,bangun!”Arah Cikgu Marlina,cikgu matematik tambahan yang terkenal dengan garang dan keceluparan mulutnya.
Naim terjaga dari lenanya dan terus berdiri.
“Apa dah jadi dengan awak ni?Dalam kelas tidur,luar kelas bercinta!”Marah Cikgu Marlina.
Awan hitam kini melitupi Naim,dia merasa tersangat malu.Bukan arang yang diconteng ke mukanya sekarang tetapi najis,najis manusia,manusia yang bernama Naim,najisnya sendiri. Tiada kata dapat dibalas,dia hanya tunduk terdiam.
Naim bijak dalam beragama tapi dia gagal dalam berpolitik.Dia tidak sedar akan tindakan untuk tunduk dan diam itu bukanlah satu tindakan yang betul dalam berpolitik.Tindakannya itu sepeti dia mengakui kesalahannya dan dalam erti kata lain,dia mengakui bahawa dia sedang bercinta.

Marah Cikgu Marlina tadi bukan sahaja menampar Naim tapi terbias juga kepada pasangannya, Nisa.Nisa tunduk,akur dengan kesilapannya.Kini,dia sedar bahawa dia telah menarik Naim ke lembah kebinasaan.Surat pertamanya,surat tanda terima kasih itu merupakan surat jemputan ke neraka.Dia sudah sedar segala-galanya.Surat,hadiah dan fatwa-fatwa Naim itu merupakan alatan-alatan yang dibuat oleh syaitan.Nampak seperti sesuai dengan syarak tapi penuh dengan unsur kemaksiatan,tidak dapat dilihat oleh mata kasar,hanya mata hati dapat mengesannya.
Cara yang terbaik untuk Nisa sekarang,menulis surat terakhir,surat tanda perpisahan, surat yang akan meniupkan kembali segala kebaikan dan menutup segala keburukan.Dengan nekad yang kuat di dalam hati,keyakinan yang tinggi terhadap Islam,Nisa memegang pen merah jambu kesayangannya dan mula menulis.

Salam sayang,
Sudah hampir 5 bulan kita bercouple,
Ayang percaya yang sayang sudah tahu isi hati ayang,
Ayang benar-benar menyintai sayang..
Sepenuh jiwa dan raga ayang..
Namun,ayang sedar satu benda,benda yang mungkin buat kita menangis,
Dalam kita asyik mengejar cinta Ilahi bersama-sama,kita telah balutinya dengan cinta yang penuh dengan kepalsuan.Cinta manusia yang tidak mempunyai dasar yang kukuh.Kita selesakan diri kita dengan menyatakan cinta kita berdasarkan iman tapi dengan iman itu kita melakukan maksiat.Benar kita tidak pernah berjumpa,berdating seperti remaja lain tapi maksiat bukan itu sahaja.
Ayang yakin dengan kata-kata sayang bahawa tiada hadis yang menyatakan zina hati tapi ayang baru perasan bahwa ayat la taqrabu zina itu menggunakan fail qaraba yakni perbuatan mendekatkan dengan hati.Maknanya,dengan hati pun tidak boleh dekati zina.
Ayang bukanlah membuat fatwa atau apa-apa ajaran tetapi itulah yang ayang percaya.Tindakan kita ini tidak lain tidak bukan,membersihkan najis dengan air kencing sendiri.Najis tidak bersih tetapi bertambah kotor,mengalir dan terus mengalir mengotori semua tempat.
Sayang..Ayang percaya pada jodoh.Jika kita dijodohkan bersama,Insya Allah,kita akan bersama.Tidak perlu bercouple atau berkenalan,jika Allah nak kita bersama,insya Allah kita bersama.
Percayalah,itu hak Allah.Dia boleh buat apa yang dia suka.Dia yang menghidupkan Isa tanpa bapa,menyejukkan api yang membakar nabi Ibrahim,memutuskan air penghalang nabi Musa dan menghidupkan Sam bin Nuh buat nabi Isa.Jika semua perkara ganjil itu Allah yang buat,apatah lagi soal jodoh yang merupakan soal kebiasaan.
Semoga apa yang kita bina selama ini diampuni Allah.
Ukhwah Fillah.
Nisa

Tertitis setitik dua air matanya di atas surat itu tapi cepat-cepat dilapkan supaya tulisan tidak hilang.Sengaja dia tidak mengambil kertas baru dan menulisnya kembali supaya Naim faham isyarat yang cuba diberinya.Hati Nisa tidak mahu tapi disebabkan imannya, agama didahulukan.Kemahuan ditolak ketepi walaupun perit menolaknya.
Surat keramat diletakkan di atas meja Naim,kali ini tiada lagi air laici dan tiada lagi choki-choki,surat semata-mata.Naim membacanya dan dia telah bersedia dengan keadaan ini.Tiada lagi air mata,tiada lagi tangisan tiada lagi kedukaan.Kisah cintanya jelas bukanlah cinta yang menghasilkan CINTA tapi cinta yang berpaksikan maksiat semata-mata.
Tangannya pantas mencari kertas dan pen untuk membalas surat terakhir ini.Tengah dia berfikir ayat-ayat cinta terakhir,hidayah Tuhan sampai.Cahaya yang akan menghilangkan segala titik hitam yang bertapak di permukaan hatinya.Cahaya yang akan membaca cinta ini kepada CINTA.
Dengan penuh yakin,dia mengoyak kertas yang ditulisnya tadi.Dia yakin,jika dia menulis surat balas,syaitan akan mencelah dan mengambil peluang lagi ke atasnya.Biarlah surat ini bergantung sebegini supaya dapat disambung di akhirat nanti.

0 comments:

Copyright © 2013 #cermin and Blogger Templates - Anime OST.