.,-=+[&*Memartabatkan Sekolah 1 Jantina*&]+=-,.

.,-=+[&*Memartabatkan Sekolah 1 Jantina*&]+=-,.

Dulu

1.  “memandangkan kadar peningkatan keputusan sekolah kita semakin menurun, kita perlu memulakan penyertaan pelajar perempuan ke sekolah kita,” ucap seorang Guru.

2.  “mengapa kita perlu menolak kemasukan pelajar perempuan? Cuba kamu lihat sekolah yang bercampur, mereka semua cemerlang,” kata seorang Guru.

3.  “saya amat tidak berpuas hati dengan tindakan bekas pelajar sekolah kita yang berterusan membantah tindakan kita yang berusaha untuk menaikkan martabat sekolah kita,” bagitahu seorang Guru

4.  “saya amat yakin dan percaya bahawa dengan kemasukan pelajar perempuan ke sekolah kita akan membawa petanda baik kepada pencapian prestasi sekolah kita,” ujar seorang Guru.

5.   “wahai ibu bapa sekalian, usah kamu semua risau dengan anak-anak kamu kerana pihak kami akan menjaga mereka dengan sebaiknya,” janji seorang Guru.

6.  “saya percaya sekolah kita akan membuka lembaran baru dengan penuh kecemerlangan,”  bicara seorang Guru.


Sekarang


1.  Berdiam diri

2.  Berdiam diri

3.  Berdiam diri

4.  Berdiam diri

5.  Berdiam diri

6.  Berdiam diri


p/s – disini saya tidak mahu membuka perbalahan di kalangan pelbagai pihak. Saya hanya ingin membuka sedikit kesedaran dari pihak yang terbabit mengenai kejadian di salah sebuah sekolah. Dahulunya mereka cemerlang sebelum kehadiran guru tersebut. Lahirnya pelajar yang cemerlang dari pelbagai peringkat usah dikira banyak dan ramainya. Pelbagai anugerah yang diterima oleh sekolah tersebut samada di peringkat negeri, kebangsaan mahupun antarabangsa.

Sekolah itu juga amat aktif dengan aktiviti keagamaan sehinggakan menjadi tempat rujukan badan dakwah di sekolah lain. Meskipun ada aktivitiini yang mendapat halangan dari sekolah sendiri, namun itu lah ujian yang dihadap mereka dan  mereka yakin itu merupakan ujian dari Allah swt untuk diganti dengan kecemerlangan yang akan diberi oleh-Nya.

Namun, semuanya berkecai tatkala dikejutkan dengan keputusan seorang guru pada tahun 2010. Dia berusaha dengan pihak pendidikan agar dimasukkan pelajar perempuan ke sekolah tersebut  seolah olah dia terlupa akan siapakah golongan yang akan membawa fitnah terbesar kepada umat seperti dalam sabda Nabi Muhammad saw. Dia mengambil keputusan tersebut seolah olah dia terlupa akan agenda pihak-pihak tertentu yang menyokong perjuangan Israel yang berusaha mencampur adukkan system pendidikan di dunia. Dia mengambil keputusan seolah olah dia terlupa akan perjuangan guru-guru yang berusaha memartabatkan pelajar lelaki di sekolah tersebut. Keputusan yang telah diambil seolah olah dia terlupa bahawa Allah swt yang mengurniakan kejayaan kepada sekolah tersebut. Keputusan yang diambil seolah olah dia terlupa akan kegagalan pengurusannya dalam pentadbiran sekolah. Keputusan yang diambil juga seolah olah dia sengaja mengejek keupayaan pelajar lelaki di sekolah tersebut. Inilah contoh kepada manusia yang tidak tahu bersyukur.

Ingin ana katakan bahawa apa yang ana ujarkan ini bukan berdasarkan emosi, bahkan berdasarkan fakta-fakta yang diperoleh dari sekolah tersebut. Meskipun apa yang ana ingin katan ini sudah terlewat, namun ini merupakan perjuangan yang berterusan. Demi memartabatkan pelajar lelaki dan menyelamatkan system pendidikan.

Oleh itu, “BERSAMA MEMARTABATKAN SEKOLAH 1 JANTINA”      




 

















0 comments:

._!-=*$ %&[{kETiKA hAtI bERtASbIH}]&%$*=-!_.

._!-=*$ %&[{kETiKA hAtI bERtASbIH}]&%$*=-!_.

Assalamualaikum dan salam sejahtera ana ucapkan kepada sidang bloggers sekalian.

                Menghirup udara pagi yang nyaman ternyata indah rasanya,
                Namun indah lagi jika berada disamping keluarga tersayang,
                Keluarga yang sering meahami diri ini,
                Keluarga yang sering memberi semangat kepada diri,
                Keluarga yang sering menghalang diri dari melakukan maksiat,
                Keluarga yang tidak pernah mengenal penat lelah medidik,
                Keluarga yang tidak pernah puas melayan kerenah diri ini,

Sedikit perkongsian perbualan seorang sahabat melalui email. Mengejutkan apabila seorang sahabat yang mempunyai latarbelakang yang ceria dan mengembirakan semakin menggelapkan diri sendiri. Mungkin dek kerana kejutan budaya atau kesilapan tafsirannya mengenai apa yang ingin dibawanya, penDAKWAHan atau peNYESATan.

Selamat menyelusuri…… ~KETIKA HATI BERTASBIH~
                                               
From                     :               Sahabat               
Subject                 :               (no subject)
Date                      :               27 MEI 2011                       08:20:15pm

                salam abid, ana tertarik dengan dengan post dalam blog enta mengenai ADAKAH DIA UNTUKKU. Enta mengingatkan ana mengenai apa yang berlaku pada ana disini. Rasanya ana tidak perlu menyatakan mengenai siapakah ana ingin sebutkan ini sebab umumnya semua orang telah mengetahui. Sebelum ana dengan pergi dengan lebih lanjut mengenai perkara ini, mungkin post dalam blog enta mengenai “DAKWAH VS COUPLE; DAKWAH MELALUI COUPLE; DAKWAH SAMBIL COUPLE” telah menjawab serba sedikit persoalan yang ingin utarakan ini. Namun, ana masih terkilan mengapa seorang pendakwah perlu dikaitkan dengan couple sedangkan mereka telah gelarkan diri mereka sebagai pendakwah? Ana bukan ingin mempertikaikan apa yang diutarakan oleh enta, tapi itulah hakikatnya.

                Berbalik kepada persoalan yang ana ingin utarakan, ana mempuyai seorang sahabiah yang dulu amat aktif dalam kegiatan keagamaan. Tangannya tidak pernah lokek memberi derma jika Persatuan Kerohaniannya ingin melakukan aktiviti di tempat pengajiannya. Namun perkara yang mengejutkan berlaku, di depan mata ana sendiri ana melihat dia bersama dengan seorang muslimin. Ana hanya ber’husnuzan’ dengan memberitahu hati ana mungkin itu cuma abang atau adiknya. 

                Perkara itu berlanjutan selama sebulan lamanya, ana semakin sangsi dengan apa yang ana lihat sehinggakan ana tidak kuat lagi untuk ber’husnuzan’. Ana mengambil keputusan untuk menegur terus sahabiah ana tersebut, bukan kerana ana takut dia akan diSESATkan, tapi apa yang ana runsing dia akan meNYESATkan musimin tersebut dengan apa yang dilakukan. Namun segala teguran tidak diendahkan (entah kenapa air mata tiba-tiba menitis). Ana turut mendapat maklumat yang mereka sering berkongsi ilmu agama dan memberi tazkirah serta mengajar agama antara satu sama lain. Ana Cuma mendiamkan diri, dan sangkaan ana tidak salah lagi, ternyata muslimin tersebut telah pun DISESATKAN.

                Maafkan ana jika mengambil masa enta abid untuk membaca email ana yang tak seberapa ini, ana cuma ingin persoalkan apakah status sebenar mengenai keadaan ini,? Sebelum mengundurkan diri, di sini ana sertakan email terakhir ana kepada sahabiah ana tersebut. Wallahualam.

“Salam… maafkan ana coz tgur enti selama ni, paznie ana xkn ag ganggu kehidupan enti ngn pasangan enti,,,ana pesan, pesan dah,,,skarang ni smua bergantung pada enti,,,,kita akn melanjutkan pelajaran yg lbih tnggi lpas nie atau lbih sesuai digunakan sbgai kalimah senior,,,ana nk ckap lebih2 pom susah coz biler fikir kawan,,,btw, ana juz nk enti tahu walau enti rasa enti dpat lari dri pandangan masyarakat dengan maksiat yg enti lakukan, enti tetap x dpat melarikan diri coz i2 merupakan lumrah bgi seorang ‘asi,,,,ana berada di pihak enti tatkala dimalukan oleh seseorang dek kerna maksiat yg enti lakukan coz ana yakin yg enti akn berubah 99%,,,tapi ana silap,,,enti kembali seperti dahulu, mungkin biah solehah di sekolah enti dahulu masih blom cukup untuk mentarbiah diri enti,,, kena ingat bukan hanya ana seorang yg perasan mengenai kelibat antum,,,bahkan ramai ag, lebih dari jangkaan,,, enti jgn cuba untuk berada dlm keadaan x sedar diri,,,lakukan apa yg antum ingin lakukan lepas ni,,,ana xkn gnggu antum lagi,,,k salam,,,
*janganjadisesatlagimenyesatkan*”

Abid                       :               ( hanya mampu beristighfar di hadapan laptop, sambil mengenang peristiwa                                                      yang berlaku, sambil memikirkan bahawa mustahilnya perkara ini boleh berlaku)
                                                Seketika kemudian, air mata mula meluru jatuh melalui pipi…
Wallahualam~~~

_-+^+-,-*&${kAMi NaK cOUpLe LePAs NiKAh…..MUKTAMAD!!!!}$&*-,-+^-_



0 comments:

Copyright © 2013 #cermin and Blogger Templates - Anime OST.