PERUTUSAN AIDILFITRI 1432H / 2011M


 PERUTUSAN AIDILFITRI 1432H / 2011M 

ALLAHUAKBAR 7x
WAHAI TUHANKU, LAPANGKANLAH DADAKU,
PERMUDAHKANLAH SEGALA URUSANKU,
LEPASKANLAH SEGALA SIMPULAN YANG BERADA DI LIDAHKU,
AGAR MEREKA FAHAM KATA-KATAKU.

            Assalamulaikum warahtullahiwabaraktuh serta salam sejahtera Khalifah Junior ucapkan kepada sidang pembaca sekalian amnya serta para Bloggers khususnya.
            Pertama dan selamanya serta tiada akhirnya, bersamalah kita panjatkan kesyukuran kehadrat Ilahi di atas nikmat yang diberikan kepada kita yakni masih lagi diberi peluang untuk menikmati hari kemenangan pada Tahun 1432H ini. Kedua, selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

            Allhamdulillah juga pihak Khalifah Junior ucapkan kerana Allah masih lagi memberi peluang bagi pena ini terus menari bagi menyebarkan risalah-risalah yang tak seberapa ini bagi mematuhi tuntutan Nabi Muhammad SAW,

“Sampaikanlah dariku walau sepotong ayat”

            Bagi perutusan kali ini, ingin ana mengambil sedikit muhasabah dari hadis yang diriwayatkan oleh Muslim :

  
            Tatkala melihat kepada hadith ini, ana merasakan betapa sedikitnya amalan yang akan dibawa kelak sebagai bekal di Padang Mahsyar yang panas terik nanti. Tambahan lagi, sudahlah hanya tiga yang tidak terputus, jika nyawa kita diambil ketika muda? Bagaimana dengan peluang yang ke tiga? Iaitu doa anak yang soleh yang mendoakan untuk kita? Bagaimana anak itu mendoakan kita sedangakan kita belum berkahwin?

            Oleh itu, dapat lah kita specifickan perkara ini iaitu :

1.    Sedekah yang mengalir (Jariah)
2.    Ilmu yang bermanfaat

SEDEKAH YANG MENGALIR (JARIAH)

            Bukanlah niat kita untuk membangkitakan hal yang lama kerana itu hanyalah akan mengakiskan sifat ikhlas di dalam diri kita, apa yang cuba untuk kita fikirkan adalah adakah sebelum kita mengecapi Hari Kemenangan yakni Aidilfitri ini, sudah cukupkah sedekah yang kita laburkan? Meskipun Allah swt memberi peluang kepada kita selama 30 hari? Meskipun Allah swt memberi kita 24 jam 1 hari? Meskipun Allah swt memberi kita 7 hari dalam seminggu?
            Mungkin ada jawapan yang mengatakan sudah cukup atau tidak cukup atau sederhana. Persoalan ini tidak memerlukan jawapan melalui lisan, kerana ia berkaitan dengan amalan kita. Jadi, hanya amalan kita yang menjawabnya.

ILMU YANG BERMANFAAT

            Seperti pada awalnya, sepotong hadis dari baginda Rasulullah SAW

“Sampaikanlah dariku walau sepotong ayat”

Membawa makna sebarkanlah apa sahaja dari Rasulullah walau sepotong ayat, meskipun ilmu yang akan kita sampaikan itu kecil sehinggakan kita menyangka kita akan diejek oleh rakan seprjuangan, dipulau oleh sahabat sefikrah, namun percayalah, hanya Allah swt yang tahu nilainya yang sebenar.

            Apa yang perlu kita yakinkan ialah, pandangan di sisi manusia totally berlainan dengan pandangan di sisi Allah swt.

KESIMPULAN

            Jika difikirkan balik, mungkin ada sidang pembaca sekalian akan mempersoalkan, mengapa perlu kita pertikaikan amalan kita? Mengapa kita perlu persoalkan segala sedekah kita? Mengapa kita perlu mengukur sebanyak mana ilmu yang kita curahkan? Sedangkan masih banyak hal-hal yang perlu kita lakukan. Biarlah Allah yang menentukan serta menilai semua amalan yang kita lakukan.
            Bagi persoalan ini, suka untuk ana mengemukan kata-kata dari Sahabat Rasulullah SAW sendiri yang digelar Al-Faruq yakni pemisah antara haq dan yang batil, iaitu Saidina Umar al-Khattab.

“HISABLAH DIRI KAMU SEBELUM KAMU DIHISABKAN”

Di sini jelas Saidina Umar berpesan kepada kita bahawa kita perlu menghisab yakni mengira setiap amalan kita untuk dihadapkan ke muka pengadilan kelak. Jika kita merasakan sudah cukup, adakah yang cukup itu benar-benar cukup?
Bersamalah kita renungkan…

            Oleh itu, akhir kalam, sekian sahaja tarian pena bagi perutusan Aidilfitri 1432H bersamaan 2011M ini. Moga-moga segala salah silap serta terkasar bahasa diampunkan serta bersamalah kita menghayati Hari Kemenangan ini dengan penuh berkat dan ingalah, ini lah masanya untuk kita kembali semula kepada Fitrah.

TINGGAL YANG KERUH, AMBIL YANG JERNIH.
SALAM AIDILFITRI, SALAM MUHASABAH SERTA SELAMAT BERAMAL.
WALLAHUALAM…


            

2 comments:

Ada Apa Dengan “Put Your Hands UP / HIGH”..??

Ada Apa Dengan “Put Your Hands UP / HIGH”..??

Assalamualaikum serta salam Ramadhan al-Mubarak kepada sahabat serta sahabiah sekalian.  Alhamdulillah kita berjumpa lagi dalam perbincangan yang seterusnya. Mungkin dalm Bulan Ramadhan ini masing-masing sibuk mengabdikan diri kepada Allah swt. Namun kita perlu mengimbangkan diri kita dengan isu-isu semasa.

Insyaallah ada ganjarannya jika disamping kita beribadat, jika memikirkn mengenai masalah umat pada zaman sekarang.

Ingin ana katakana di sini bahawa salah satu hobi ana ialah membuat kerja di hadapan laptop sambil mendengar lagu terutamanya lagu Bahasa Inggeris. Namun ada beberapa perkara yang menarik perhatian ana. Apakah itu .? =)

Dalam list lagu-lagu yang menjadi kegemaran ana, ada beberapa lagu yang mempunyai lirik yang sama, pembawaan yang sama dan hanya intonasi serta artisnya sahaja yang berbeza.

-Jennifer Lopez - On The Floor ft. Pitbull

FloRida e David Gueta - Club Can't Handle Me

Far East Movement - Like A G6 ft. The Cataracs, DEV

-Diddy - Dirty Money - Coming Home ft. Skylar Grey

Apakah maksudnya ? “ Put Your Hands Up / High”..

Adakah itu hanyalah lirik..?

Adakah itu merupakan salah satu akiviti senaman..?

ATAU

Adakah itu salah satu aktiviti PEMUJAAN SANG MATA SATU..?

Pada mulanya ana hanya memikirkan ia hanyalah kebetulan, namun semakin banyak lagu yang ana dengar mempunyai garis lirik yang sama.
Berikut merupakan beberapa agenda Yahudi yang ana pelajari kite berda dalam usrah apda tahun 2005 iaitu ketika ana berada di Tingkatan Satu di SMKA Falahiah..




Amat hebat, bagaimana lagu yang menjadi kegemaran ramai mempunyai maksud tersirat pada liriknya. Namun apa yang perlu dilakukan hanyalah terus mengkaji dan meneliti setiap perkara yang kita lakukan moga-moga dapat mengelakkan propaganda mereka yang kejam dan halus itu…
serta sesungguhnya : 


Maksudnya : Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu. (al-Baqarah : 120)


Wallahualam…

0 comments:

.=%^&[PeNCArIaN MaLAm AgUNG]&^%=-.

.=%^&[PeNCArIaN MaLAm AgUNG]&^%=-.

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh…
Alhamdulillah dapat lagi kita berjumpa pada Ramadhan 1432H / 2011M ini. Sesungguhnya kita perlu berbangga atas kurniaan Allah swt sebagai tetamuNYA di Bulan Ramadhan yang Mulia ini…
Ana tertarik dengan 1 kuliah pada petang Jumaat yang disampaikan oleh seorang ustaz di Masjid Kampung Kok Keli hatta Kampung ana sendiri. Berkisarkan mengenai keagungan Malam Lailatul Qadar.


Terdapat beberapa pentazkirah daripada beberapa tempat di Malaysia mengatakan bahawa Malam tersebut bersamaan dengan 1000  bulan. Namun perkara ini amat disanggah sama sekali kerana Allah swt menyebut dalam al-Quran bahwa :







Maksudnya : Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. (al-Qadr : 3)

Sudah tertulis disitu perkataan “Khair” , LEBIH BAIK daripada 1000 bulan. Di sini ana ingin memberi 1 perbezaan iaitu mengenai ibadat solat . antara yang melakukannya secara berjemaah dan secara individu serta apa perbezaannya jika kebetulan hari itu merupakan Malam Qadar.






            Disini ana hanya mengambil ganjaran yang minority berdasarkan ayat al-Quran mengatakan lebih dari 1000 bulan dan jika Allah swt berfirman LEBIH dari 1000 bulan, apakah maknanya? Maknanya ganjaran yang akan diberi oleh Allah swt adalah melebihi kadar yang kita lihat itu tadi.  Jadi ana hanya ingin mengajak para Blogger sekalian merenung sejenak jika kita menunaikan ibadah Solat secara berjemaah dan apakah yang akan kita dapat dari amalan tersebut. HANYA SOLAT…!!! Subhanallah…

·      Mengapa 1000 ?

Di sini mungkin ada pembaca yang terkilan mengapa Allah swt meletakkan hanya 1000 ganjaran dalam firman-NYA. Ini kerana di Tanah Arab pada waktu itu, bilangan paling banyak dan infiniti pada zaman itu hanyalah 1000.
 Sebagai contoh jika ada pengembara yang ingin membeli unta, bilangan paling banyak untuk mereka beli hanyalah setakat 1000 ekor kerana tiada lagi nilai selepas daripada itu pada waktu itu beralainan dengan waktu kini yang lebih dari 1000 000 nilai.
Jadi Allah swt menyatakan lebih dari 1000 bulan adalah ingin menggambarkan kepada masyarakat pada waktu itu bahawa ganjaran yang bakal mereka dapat sempena Malam Qadar adalah melebihi nilainya dari taraf pemikiran mereka… Subhanallah..

·      Oleh itu…

            Dapatlah kita simpulkan di sini bahawa tiada lagi waktu lain yang dapat kita cari selain dari Bulan Ramadhan al-Mubarak. Amat besar ganjarannya. Selain itu, pada bulan ini, latihlah diri kita untuk menjadi Hamba Allah yang sebenarnya dan bukannya Hamba Ramadhan.

Wallahualam..

.=%^&[PeNCArIaN MaLAm AgUNnG]&^%=-.

0 comments:

Perutusan Ramadhan al-Mubarak 1432H / 2011M

Perutusan Ramadhan al-Mubarak 1432H / 2011M

            Assalamualaikum serta salam sejahtera kepada sidang bloggers sekalian, pertama sekalinya pihak Khalifah Junior ingin merakamkan ribuan terima kasih di atas kesudian menjenguk lagi blog yang tidak seberapa ini. Mungkin juga masih belum terlewat bagi pihak kami ingin mengucapkan Salam Ramadhan al-Mubarak kepada mana-mana bloggers yang Muslim terutamanya dan rakyat Malaysia amnya. Pertama sekali marilah kita jenguk akan ayat daripada Allah swt dalam surah al-Baqarah :


Maksud: "Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan berpuasa atas kamu sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa." : 2;183

            Di sini Allah swt telah menyatakan kewajipan berpuasa kepada umat Islam pada tahun 2 hijriyah dan Rasulullah saw berpuasa Ramadhan selama 9 tahun sebelum Baginda meninggal dunia.
            Kita patut besyukur di atas kurnian Allah swt yang masih lagi member peluang kepada kita sebagai tetamu-Nya di bulan Ramadhan ini dan perlu diingatkan selama 30 hari Ramadhan ini telah dibahagikan pula sebanyak 3 bahagian yang mempunyai penganugerahan yang berbeza :

Awal Ramadhan = Rahmat

Pertengahan Ramadhan = Keampunan

Akhir Ramadhan = Pelepasan dari api neraka

            Oleh itu amatlah rugi jika kita tidak memanfaatkan bulan yang mulia ini dengan sebaiknya. Peluang yang diberi oleh Allah swt kepada hambanya dalam bulan Ramadhan juga adalah sebagai peluang untuk bertaubat kerana di dalam bulan ini pintu Taubat dibuka seluas luasnya dan pintu Neraka ditutup serapat-rapatnya. Oleh itu, setiap mu’min perlu bersungguh-sungguh dalam melakukan ibadat terutamanya bagi yang hendak mengkhatamkan al-Quran. Jika hendak bersungguh sungguh ingin khatam al-Quran perlu merangka strategi yang baik agar masa yang akan digunakan tidak membazir dengan begitu sahaja.


            Bulan Ramadhan juga bulan untuk membentuk disiplin diri yang tinggi serta agar dapat memupuk semangat juang yang tinggi dari kalangan umat Islam. Jika difikirkan semula, sememangnya banyak peristiwa penting yang terjadi dalam bulan yang mulia ini seperti :

Pembukaan Kota Makkah (10 Ramadhan 8 Hijrah) :
Rasulullah SAW keluar bersama 10 ribu pasukan perang dari kaum Ansar & Muhajirin menuju Makkah bagi membebaskannya dari kemusyrikan. Usaha ini berhasil dengan gemilang tanpa menitiskan darah ke bumi walau setitik.
Perang BADAR (17 Ramadhan 2 Hijrah): Perang yang membawa kemenangan spektakuler yang dialami kaum muslimin meski dengan jumlah dan peralatan perang yang jauh daripada kemampuan kaum kuffar ketika itu. Nabi SAW ketika ini berusia lebih kurang 55 tahun.Banyak ibrah yang dapat diambil dalam perang ini.
Perang Ain Jalut (25 Ramadhan 658 Hijrah): Perang besar antara kaum muslimin dan Tartar yang berakhir dengan kemenangan kaum muslimin.

Penaklukan Wilayah Andalus (28 Ramadhan 92 Hijrah): Tariq bin Ziyad memimpin armada Islam berjumlah 7 ribu orang menyeberangi laut yang memisahkan Afrika dan Eropah. Pertolongan Allah membantu tentera Islam yang kurang jumlahnya daripda tentera musuh yang jumlahnya berlipat kali ganda.

Khalid Al-Walid memusnahkan patung al-Uzza di Nakhla pada lima hari sebelum berakhir Ramadhan

Peperangan Zallaqah,Portugal (Ramadhan 459 Hijrah): Tentera muslimin pimpinan Sultan Yusuf melawan tentera kristian pimpinan al-Fonso IV. Dalam masa yang singkat Sultan Yusuf berjaya menguasai seluruh Sepanyol dan menyelamatkan umat Islam.


            Deretan peristiwa ini menunjukkan bahawa umat Islam pada zaman dahulu amat teguh dalam menghidupkan bulan yang mulia ini meskipun berhadapan dengan peperangan terutama Peperangan BADAR. Di situ bagaimana kita dapat melihat dengan bilangan bala tentera Islam yang sedikit dapat memenangi peperangan ke atas pihak musuh yang jauh lebih ramai.
            Oleh itu, bersamalah kita menghidupkan Ramdhan Kareem ini dengan perkara-perkara yang member manfaat kepada kita serta anggaplah ini merupakan Ramadhan yang terakhir bagi kita dan moga-moga kita dipermudahkan oleh-Nya untuk bertemu dengan malam Qadar kelak, wallahualam…=)


.-=&*[{%sAlAm PeStA IbADaH 1432/2011%}]*&=-.

0 comments:

Copyright © 2013 #cermin and Blogger Templates - Anime OST.