...----------=*&%PERUTUSAN MAAL HIJRAH 1433H%&*=----------…

...----------=*&%PERUTUSAN MAAL HIJRAH 1433H%&*=----------…

Assalamualaikum pembuka kata
Seperti biasa amalan kita sebagai khalifah di muka dunia
Bersyukur pada yang Esa pertamanya
Disusuli pula dengan selawat ke atas Nabi Junjungan kita
Salam kesejahteraan kembali dari laman Khalifah Junior
Perutusan Maal Hijrah 1433



Bermulanya tahun baru, apakah berbalaoi padaku jika aku masih lagi berada di takuk yang lama? Apakah keuntungan yang aku dapat sekiranya aku masih berterusan menilik apa yang ada padaku? Apakah yang aku temui sekiranya masih lagi seperti dahulu.?





Dahulu aku hanya memerhati. Tanpa berbuat apa-apa, tanpa melakukan apa-apa, tanpa menegur apa-apa, tanpa tindakan yang dikeluarkan dari sanubariku melainkan hanya pancainderaku yang melihat apa yang berlaku di sekeliling aku.




Apa yang aku lakukan? Melainkan sering memberatkan diriku dengan apa yang tidak patut aku lakukan, melainkan sering melukakan diriku tatkala ujian datang padaku, melainkan sering terdetik di hatiku untuk membunuh diri dek kerana tidak tahan akan ujian yang melandaku, dek kerana lemahnya aku di medan perjuangan.




Aku sering merasa keseorangan, sering merasakan sekeliling aku hanya lah kosong, bak padang yang kering dan tandus, tanpa halangan di sekeliling dan permukaan adalah sejauh mata mememandang.





Seringkali aku membiarkan diriku tertawa sendirian, menghiburkan diriku sendirian. Bernggapan bahawa segala yang terjadi adalah seronok, beranggapan segala yang berlaku disekeliling aku adalah perkara yang baik, sering menganggap bahawa kebahagiaan sering berada si keliling aku.





Sering juga aku termangu sendirian, menghadap langit yang luas, sambil memegang bunga yang sering memeberi kewangian dalam hidup, merenung apa yang aku cari di dunia ini sebenarnya, memikkirkan apakah perkara yang sering aku lakukan ini benar? Atau apakah aku sudah tersilap langkah?




Aku juga menghiburkan diriku dengan segala perkara yang sama, hiburan yang sama, menghindarkan rasa kebosanan dalam diri, membiarkan diriku terus tertipu dek mainan dunia.






Meskipun terdapat sesorang dalam hatiku, namun itu hanyalah perasaan kosong. Apa yang dapat aku lakukan hanya merenung si dia yang menjadi harapan orang lain. Tindakan aku hanyalah meluahkan perasaanku padanya kepada diriku sendiri. Meskipun aku tahu aku dalam kerugian, hanya itu yang hanya mampu aku lakukan.



Aku sering mengimpikan sebuah keluarga yang bahagia dengannya, sering berfikir akulah satu-satunya manusia yang dapat membuatkan dirinya bahagia dan sering berada di sampingnya. Jujur aku katakan bahawa aku tidak mampu untuk kehilangannya, sering aku harapkan agar aku dapat mendampinginya dengan syariat yang telah ditetapkan, mengharapkan dialah yang bakal menjadi pendampingku di akhirat kelak.


Aku ingin meluahkan padanya perasaan sebenar aku padanya, perasaan yang telah lama ku pendamkan, yang kurasakan patut kuluahkan pada masa yang sesuai nanti.






Ku mengharapkan apabila dia berada disampingku dia dapat menolongku tatkala aku hampir terjatuh.





 

Aku juga mengharapkan agar tatkal dia hampir tercicir, hampir terjatuh, hampir melupakan perjuangan yang dia perjuangkan ini, akulah yang akan berada disampingnya. Memberi harapan kepadanya, memberi sinaran hidup kepadanya kembali.









insyaALlah itulah yang aku lakukan sekiranya kami berada berdampingan kelak, namun kami yakin, kami tidak berseorangan, kami tidak berdua, kami mempunyai ramai sahabat seperjuangan, satu aqidah dengan kami, satu jalan dengan kami, satu landasan dengan kami, terutamanya The Sweet 16.  Kami sentiasa menyokong diantara satu sama lain.





Membuatkanku sering tidak berasa keseorangan. Sering merasakan diriku sentiasa di hati, sentiasa membuatkan hatiku sering gembira tatkala mengenangkan saat-saat bersama dahulu hingga sekarang.










Sering mengucapkan Happy Birthday padaku setiap tahun.








Sering memberikan padaku kenangan manis dimana sahaja kami berada, walau seperit mana perjalanan kami, kami tahu kemanisan sentiasa berada di hadapan.







Pada akhir kalamnya, ku harap dengan bermulanya tahun baru ini, ku masih lagi dapat bersama dengan sahabat-sahabatku, keluargaku, adik beradikku serta moga kegusaran hatiku ini dapat kutenangkan kembali. Namun harapanku agar dapat bertemu jodoh dengan sidia tidak pernah putus kerana aku tahu bahawa jodoh pertemuan kami hanya lah berada di tangan yang Maha Kuasa serta Maha Mengetahui.


**Salam Maal Hijrah kepada semua pembaca, moga terus berada dalam keberkatan dari-Nya... 
**Serta ingatlah, hanya manusia yang berSAHABAT mengetahui nikmat sebagai seorang SAHABAT serta menjadi SAHABAT...salam ukhwah... =)



4 comments:

.-=%$#*DaRI SuJuD ke sUJuD*#$%=-.

.-=%$#*DaRI SuJuD ke sUJuD*#$%=-.

Assalamualaikum pembuka bicara,
kalam yang mulia pembuka kata,
syukur kehadrat ilahi pemula segala,
selawat ke atas Nabi menuju redha-Nya,
DARI SUJUD KE SUJUD sebagai madah bicara,

            Bermulanya satu ketika yang tiada disangka, kenapa kamu langsung tidak berfikir akan si dia? Kenapa kamu begitu ego dalam memendam perasaanmu? Kamu semakin meninggalkan peluang untuk meluahkan perasaanmu kepadanya. Ingatlah wahai ADAM, peluangmu hanya sekali, bagi menghayati satu kebahagiaan yang patut dirasai olehmu pada usia begini, tinggalkan zaman jumudmu, tinggalkan zaman keEGOanmu, tinggalkan segalanya, kamu bakal menuju kearah satu jalan yang bakal membimbingmu ke jalan yang betul kelak, percayalah……

ADAM…

            “ASTAGHFIRULLAH..!! aku tertidur,” aku tidak menyangka lenaku bermula selepas Zohor tadi terbawa-bawa sehingga pukul 6.00 petang. Aku terus menyiapkan diriku untuk Solat Asar. Setelah siap solat Asar, aku memikirkan kembali mimpiku dalam lenaku yang panjang tadi. Termenung panjang memikirkan hal itu, namun aku cuba untuk tidak memikirkan hal tersebut melainkan menyiapkan diri untuk Solat Maghrib secara berjemaah di Masjid al-Hikmah. “Cantiknya bidadari itu” aku berkata sendirian setelah siap membaca Yaasin ketika habis sahaja Solat Isya’ tadi. Memikirkan kembali bidadari yang datang kedalam mimpiku tadi. Amat cantik. Wangian bak kasturi memenuhi ruang tanpa ku dapat amati dimanakah lokasi tempat tersebut. Namun setelah aku kembli memikirkan keadaanku yang sebenar di dunia nyata, aku kaget “yang mana satukah yang akan menjadi bidadariku itu? Maya atau Sara?” aku mempersoalkan diriku kerana aku masih dalam kekliruan yang mana satukah yang bakal aku jadikan sebagai bidadariku kelak.

           Maya dan Sara merupakan dua muslimat solehah dikalangan sahabiahku, pada mulanya aku hanya mengnggap mereka rakan karib, namun setelah bebrapa kali petanda muncul dalam hatiku, perasaan itu mulai berubah ke sesuatu yang lain, aku sedar bahawa aku tida dapat memiliki kedua-duanya, namun yang mana satukah harus aku memilih? Maya seorang yang berpendidikan tinggi, mengambil course yang jarang diambil oleh seorang MUSLIMAT, kaluarganya juga berlatarbelakangkan agama, ayah dan ibunya seorang ustaz dan ustazah, kami selalu berhubung sekiranya perlu dan ayahnya amat mengenaliku dan becadang untuk menyatukan kami hingga ke jinjang pelamin. Sara pula juga seorang berpendidikan tinggi, masih belajar di sebuah  IPTA tempatan dan terkenal dengan persekitaran yang penuh dengan ilmu. Juga berlatar belakangkan agama dan ayahnya adalah seorang ustaz di sebuah sekolah agama. Aku juga kerapkali aku bertanya soalan-soalan yang berbaur perasaanku padanya, aku gembira kerana responnya positif. Jujur aku katakan aku tidak pernah bertemu dengan keluarganya dan perasaanku padanya adalah kehendakku sendiri.

            Aku mengambil keputusan untuk melakukan Solat Istikharah. Hingga kini aku masih belum mendapat petunjuk dengan jelas. “Haishh..” aku mengeluh sendirian. Samada untuk memilih bidadari yang dicadang oleh ustazku atau memilih bidadari yang dipilih oleh hati dan perasaanku sendiri.

“isk..isk…isk….”
  
          Aku menangis sendirian dek kerana gagal membuat pelihan untuk hidupku sendiri. Aku menyambung Solat Istikharahku serta Solat Hajat agar diberi petunjuk. Dalam sujudku moga-moga Allah SWT memberi petunjuk kepadaku siapakah bidadariku yang sebenar…

Dari Sujud Ke Sujud - Marshanda, Oki, Dude, Kholidi, Andi
Bagaimana ku jelaskan cinta karena itu tak dapat dijabarkan
Sesuatu yang indah terlahir dari rasa
Dan rasa itu karunia Ilahi (dari sujud ke sujud)
Bagaimana ku jelaskan cinta bila malu selalu melandaku
Semua rasa itu malu rasa bahagia
Takut dan cemburu pun karunia Ilahi
Dari sujud ke sujud sejuta doa ku lantun untuk cinta
Dalam hati anak-anak manusia hablumminannas
Dari sujud ke sujud ku tasbihkan hanya untuk cinta
Subhanallah cinta kita terus bertasbih
Bagaimana ku jelaskan cinta karena itu tak dapat dijabarkan
Sesuatu yang indah terlahir dari rasa
Dan rasa itu karunia Ilahi
Bagaimana ku jelaskan cinta bila malu selalu melandaku
Semua rasa itu malu rasa bahagia
Takut dan cemburu pun karunia Ilahi
Dari sujud ke sujud sejuta doa ku lantun untuk cinta
Dalam hati anak-anak manusia hablumminannas
Dari sujud ke sujud ku tasbihkan hanya untuk cinta
Subhanallah cinta kita terus bertasbih
Dari sujud ke sujud ku tasbihkan hanya untuk cinta
Subhanallah cinta kita terus bertasbih
Subhanallah, Subhanallah, Subhanallah
dari sujud ke sujud
Lirik lagu Marshanda, Oki, Dude, Kholidi, Andi – Dari Sujud Ke Sujud (OST Dari Sujud Ke Sujud) 
**moga kami dipertemukan melalui sujud kami ini..insyaALlah…







0 comments:

.-=*&^%PERUTUSAN AIDHILADHA 1432H/2011M%^&*=-.

.-=*&^%PERUTUSAN AIDHILADHA 1432H/2011M%^&*=-.

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh serta salam sejahtera kepada umat Islam khususnya dan rakyat Malaysia amnya.

Alhamdulillah setelah beberapa bulan kita menyambut Hari Raya Aidilfitri, kini tiba pula Hari Raya Aidiladha atau lebih sinonim dengan perkataan Hari Raya Qurban.
Oleh itu, terimalah dari kami, barisan KHALIFAH JUNIOR khas kepada anda, PERUTUSAN AIDILADHA 1432H/2011M.

            Pertama dan selamanya serta tiada akhirnya setinggi kesyukuran kehadrat Allah swt kerana dengan berkatNya kita masih lagi diberi peluang serta keizinan menghirup udara yang segar nan indah di bumi yang indah ini. Seterusnya selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW kerana berkat perjuangan bagindalah kita masih lagi memeluk agama yang suci ini iaitu Agama Islam.

            Sepanjang kita menghirup udara segar di dunia ini, banyak perkara yang berlaku samada di dalam atau di luar negara.

            Antara perkara terbesar yang kita dapat saksikan ialah mengenai kecelakaan yang berlaku di China terhadap seorang budak yang hanya baru berumur beberapa tahun. Perkara ini amat mengejutkan masyarakat dan percayalah ini bukan hanya diambil berat di China bahkan seluruh dunia menyaksikan sendiri bagaimanakah kecelakan itu berlaku berdasarkan rakaman sebuah CCTV yang kebetulan dipasan di situ.


            Pertama kali KHALIFAH JUNIOR menyaksikan video tersebut hanyalah beberapa saat kerana KHALIFAH JUNIOR menganggap itu hanyalah video ujian ketahanan terhadap anak patung ciptaan mereka, namun jangkaan Admin silap setelah melihat keseluruhan video tersebut. Amat menyayat hati melihat seorang ibu kanak-kanak tesebut menangis disamping orang ramai.

            Setelah KHALIFAH JUNIOR membuat beberapa Blogwalking, kami akhirnya menjumpai 
punca kenapakah kanak-kanak tersebut tidak dihiraukan orang ramai meskipun 12 ORANG DEWASA melalui kawasan tersebut dan hanya melihat kanak-kanak tersebut terbaring di tengah jalan. Antara sebabnya ialah dek kerana tidak mahu bertanggungjawab. Ini kerana pada pemikiran segelintir rakyat China, sesiapa sahaja yang menolong seseorang yang terlibat dengan kemalangan atau kecelakaan mereka akan :

· Bertanggungjawab terhadap perubatan mangsa
· Bertanggungjawab terhadap hidup dan mati mangsa
·Serta dituduh sebagai penyebab kecelakaan tersebut

            Perkara ini akan menyebabkan tebalnya perasaan EGO dikalangan rakyat China kerana masing-masing melepaskan tanggungjawab terhadap orang lain atau masyarakat setempat. Sedarkah wahai pembaca sekalian bahawa mangsa tersebut hanyalah KANAK-KANAK, bukannya wanita, bukannya lelaki dewasa, bukannya warga emas, tapi hanyalah seorang KANAK-KANAK. China merupakan salah sebuah negara yang tersohor dengan jual beli serta perdagangan. Selain dari itu, China juga terkenal dengan pusat pelancongan dek kerana Tembor Besar yang terdapat di sana. Tambahan lagi, di China juga terdapat komuniti Islam yang besar dan sentiasa meningkat setiap tahun. Admin berharap masyarakat Islam di China dapat mengubah perasaan EGO yang menebal di sana, walau sedikit, namun praktikal dan berterusan.

            Apa yang mengejutkan Admin sekali lagi ialah apabila memikirkan semula perkara ini, apakah sebenarnya yang berlaku di sebalik kisah tragis ini? Apakah permainan yang dimainkan dunia sebenarnya? Serta apakah terdapat udang di sebalik batu yang menyebabkan tersebarnya perkara ini?

            Setelah difikirkan balik, apa yang admin fikirkan ialah mungkin ini semua adalah petunjuk dari Allah SWT terhadap masyarakat China mengenai apayang diamalkan oleh mereka. Allah SWT ingin tunjukkan kepada mereka bahawa sikap ego yang diamalkan oleh mereka itu amat TIDAK DITERIMA oleh masyarakat DUNIA. Bayangkan jika peperangan berlaku di sana, adakah masing-masing akan mempertahankan antara satu sama lain jika diserang? Bayangkan jika rakan mereka dibunuh di hadapan mata mereka, adakah mereka hanya melihat perkara itu berlaku? Bayangkan jika sahabat mereka dirogol di hadapan mata mereka, apakah mereka hanya membiarkan perkara itu dan langsung tidak ambil peduli? Itulah sebenarnya yang ingin ditunjukkan kepada masyarakat dunia mengenai sikap rakyat China. Kita sebagai umat Islam cuba fikirkan apakah CCTV yang diletakkan di situ semata-mata TAKDIR? Apakah lokasi kecelakaan tersebut yang betul-betul di hadapan CCTV hanyalah TAKDIR? Fikirkan

            Jadi, ingatlah kita sebagai UMAT ISLAM khususnya serta MANUSIA amnya hendaklah saling bantu membantu antara satu sama lain

dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan dan bertakwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya). / (2)


            Akhirul kalam, bersamalah kita muhasabah kembali apakah yang kita lakukan selama ini. Apakah amalan kita sudah cukup samada untuk diri sendiri mahupun orang lain. Wallahualam..







0 comments:

_-=|||$%SEKS SONGSANG VS SEKS BEBAS%$|||=-_

_-=|||$%SEKS SONGSANG VS SEKS BEBAS%$|||=-_

            Assalamualaikuim warahmatullahi wabarakatuh kepad sidang bloggers sekalian. Pertama sekali setinggi kesyukuran kehadrat Allah SWT diatas kesejahteraan yang dikurniakan terhadap negara kita berbadning dengan negara jiran yang masih berperang dengan makhluk yang amat patuh terhadapa arahan Penciptanya iaitu AIR. Tahukah kalian bahawa Thailand masih lagi bergolak dengan banjir yang besar bahkan gelombang yang besar akan menyusul lagi di sana. Besyukurlah kita di Malaysia kerana masih aman dari kecelakaan seumpama itu.

            Kedua, selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW kerana perjuangan baginda serta pertolongan dari Allah SWT yang membolehkan Islam tersebar kesemua tempat bahkan sehingga tersebar ke 2/3 dunia. Amat menakjubkan dan mengagumkan.

            Pada episode kali ini, bersama kita membincangkan mengenai pengajuran Seks Songsang oleh salah satu badan di negara kita MALAYSIA ini. Admin merasakan perkara ini amat menarik perhatian masyarakat setempat kerana penganjur pesta ini juga merupakan salah seorang tokoh kontroversi negara suatu tika dahulu dan juga merupakan orang besar dalam penganjuran BERSIH 2.0 pada 9 JULAI 2011 tempoh hari. Namun apa yang menarik perhatian admin ialah mengenai hebahan yang dibuat media terutama TV3 terhadap isu tersebut. Pada 4 NOVEMBER 2011, TV3 telah menyiarkan rakaman temubual terhadap :

·         Hindu
·         Kristian
·         Pengerusi Gereja-gereja
·         Agamawan Islam

Dan mereka menanyakan respon mereka terhadap penganjuran seks songsang terbabit. Dan apa yang jelas, semuanya memberi repon negatif dan berharap kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap pengajur program ini.

            Namun, admin gemar untuk melihat perkara ini dari sudut yang berbeza. Meskipun umum mengetahui bahawa seks songsang amat bercanggah dengan norma masyarakat serta tidak diterima oleh pelbagai agama dan kaum, adakah SEKS BEBAS, PERGAULAN BEBAS, IKHTILAT diterima masyarakat serta diterima semua kaum dan agama? Jika jawapannya TIDAK, mengapa ia tidak dibanteras oleh kerajaan sepertimana pembanterasan SEKS SONGSANG ini awal-awal lagi..? jadi persoalan yang ingin admin persoalkan di sini ialah :

· Apakah SEKS BEBAS tersebut bukan punca kepada PEMBUANGAN BAYI?
·         Adakah SEKS BEBAS bukan punca terhadap PENCULIKAN?

·         Adakah SEKS BEBAS bukan punca terhadap PEMBUNUHAN?

·  Adakah SEKS BEBAS bukan punca kepada KERUNTUHAN AKHLAK?


            Inilah akibatnya jika Hukum Tuhan dijadikan mainan oleh pihak pemerintah menyebabkan golongan-golongan sebegini mula mengambil tempat dikalangan masyarakat MALAYSIA.

            Selain dari itu, TV3 juga menyiarkan rakaman persoalan terhadap MB Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz B Nik Mat mengenai perkara ini. Tok Guru menjawab

“kita menyokong Ambiga dalam BERSIH 2.0 sebab itu merupakan perkara baik, dan apabila dia menganjurkan perkara salah, kita wajib tentang”     

Itulah serba sedikit jawapan dari Tok Guru yang disiarkan di TV3 dan itu amat menjawab jawapan terhadap persoalan yang dikemukakan oleh pihak kerajaan. Amatlah wajar jika admin mengatakan JAHIL kepada mana-mana manusia yang masih tidak memahami jawapan Tok Guru tersebut.

            Inilah yang admin cuba untuk peringatkan kembali kepada warga Malaysia khususnya mengenai penentangan keras terhadap SEKS SONGSANG ini. Bukan bermakna admin menyokong, namun apabila perkara ini dipolitikkan, ia umpama menunjukkan kesalahan dalam pengAWLAan sesuatu perkara. Tidak terkira banyaknya bayi yang dibuang dek kerana SEKS BEBAS, samada di longkang, tong sampah, sungai, laut, pantai serta tandas. Boleh dikatakan semua tempat adlah merupakan kawasan pembuangan bayi. Namun, apakah yang dilakukan oleh pihak kerajaan selain dari mengutip sisa-sia CINTA BUTA tersebut? Selain dari menubuhkan SEKOLAH TERMENGANDUNG (‘ter’ lah sangat) di Melaka? Selain dari menganjurkan konsert-konsert yang memberi peluang kepada SEKS BEBAS ini? Apakah sumbangan kerajaan selain dari itu..? admin berani mengatakan TIADA.

            Inilah sudut yang perlu kita lihat mengenai respon-respon terhadap pengajuran SEKS SONGSANG ini.

            akhir kalam, sekian saja perbincangan untuk kali ini dan moga-moga ia menjadi pengajaran buat semua agar kita ambil cakna dalam setiap perkara yang berlaku dalam negara kita. Wabillhi taufiq wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabaraktuh.    






0 comments:

Copyright © 2013 #cermin and Blogger Templates - Anime OST.